Majmu' Syarif.

Assalamualaikum w.b.t.

Update 16/5/2013:

Ingin ku katakan, apa yang bakal ku sebutkan hanya pendapat semata-mata.
Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Beberapa hari yang lepas, terlihatlah sebuah buku bertajuk, Majmu' Syarif.
Pertama kali ku lihat dan tidak pernah ku ketahui sebelum ini.
Jadi, diri memutuskan untuk melihat dan mempelajari apa yang di dalamnya.

Buku yang ku baca itu terjemahan Melayu.
Sedangkan kitab yang asal, tiada nama penulisnya.
Dibahagikan kepada 30 bab, dimulakan dengan Fadhilat Surah Pilihan dan disusuli dengan pelbagai doa.

Pada 10 bab pertama yang menerangkan fadhilat surah-surah, tidak merasakan apa-apa yang pelik di situ lalu diteruskan pembacaan dan sekali gus cubaan menghafal isi-isinya.
Sehinggalah kepada bab yang menerangkan fadhilat doa. Kerana terdapat 20 bab yang selebihnya dipenuhi dengan doa, hanya 5 bab pertama saja yang dibaca.

Kerana pernah ku baca,
"Berdoalah sesuai dengan kehendak."
Doa yang ada banyak sekali dan mungkin tidak mampu kita membaca setiap satunya setiap hari. Kata Imam Ghazali dalam kitabnya Bidayatul Hidayah,

"...hendaklah engkau berdoa dengan apa sahaja doa yang engkau kehendaki daripada segala doa yang masyhur..."

Setelah itu, notaku berhenti pada Bab 15: Istighfar Rejab.

Setelah kembali ke bilik, sedangkan tadi berada di perpustakaan. Ditakdirkan Allah untuk "Google Search" Majmu' Syarif. Ternyata, ada dua pandangan yang berbeza. Ada yang menyarankan mengamalkan beberapa doa dan ada pula yang membangkang. Hujah-hujahnya banyak sekali, insyaAllah di bawah nanti ada rujukan yang pada ku bermanfaat daripada yang lain.

Ustaz Azhar Idrus pernah berkata,
"Setiap penulis, pengarang, pencetak akhbar, mereka bertanggungjawab di akhirat nanti atas apa berita palsu atau fitnah berkenaan dengan saudara sesama Islam. Kalau benar, alhamdulillah. Nah, kalau fitnah, balik awal."

Ratib Al-Haddad dan Wirid Latif juga berada di dalamnya, di mana kedua-duanya diwasiatkan kepadaku oleh Murabbi untuk mengamalkannya.

Kadang-kadang, rasa bersalah juga. Ada persoalan saja, terus tanya "Google". Alahai. Semoga satu hari nanti ada seorang yang boleh ku tanyakan segala-galanya, insyaAllah.

Maka di sini rujukan yang boleh dilihat:


  1. Majmu' Syarif (banyak dijual)
  2. http://emjayjb.multiply.com/journal/item/107?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem 
  3. http://abusyuaib.protajdid.com/?p=6
  4. http://www.fulltimemuslim.com/2010/09/kitab-majmuk-syarif-jangan-berdusta.html


Wallahua'lam.

Comments

  1. Syukran for bringing this matter to light. I found this post very intriguing as I felt the same way when I suddenly thought of studying the kitab a while back. What triggered my curiosity was the fadhaail that was given to many of the wirid and doa, as well as the fadhilat mentioned(from a hadith apparently) regarding the recitation of surah yaasin on Thursday nights.
    Hopefully someone who knows more about this can enlighten us all.
    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Have you read this:

    http://jomfaham.blogspot.com/2009/07/hukum-membaca-surah-yasin-pada-malam.html

    Even though I didn't look at it as a "perfect" reference but it helped a little.

    Another link is an oppose of it (the opinion):

    http://almuhaqqiq.blogspot.com/2011/02/baca-yasin-malam-jumaat-bidaah.html

    Still am finding a better answer.
    But sometimes we need to stop asking and maintain what we know, as long as it based on Quran and Sunnah (Sahih hadith).

    Allah knows everything.
    He'll help us find the way.


    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. https://www.youtube.com/watch?v=tq-vZrfjUcI

    ReplyDelete
  4. Berguru dengan Guru yang Myrshid akan terjawab segalanya ...Hendaklah membaca daripada membaca wirid- wirid dan zikir-zikir dan selawat- selawat dan berdoa pada malamnya dan siangnya oleh kerana ada didalamnya satu waktu yang diperkenankan padaNya doa - doa ...telah berkatalah Al - Qutubul Ghaish Al- Sidi Abdullah Al - Haddad dan ketahui olehmu menjadi akan dikau oleh Allah Taala daripada orang yang bahagia bermula hari Jumaat penghulu sekelian hari dan baginya kemuliaan pada sisi Allah Ta ala yang amat dan padanya telah menjadi oleh Allah akan Adam Alaihissallam dan padanya mendiri oleh Allah Taala akan Hari Kiamat ..

    ReplyDelete

Post a Comment

بسم الله الرحمن الرحيم

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.