Berguru dengan kitab.
Assalamualaikum w.b.t.
Selawat dan salam ke atas junjungan, Nabi Muhammad s.a.w.
Semalam, diizinkan Allah, terfikir dan dikuatkan hati untuk bertanya kepada seorang yang ku gelar "Hamlatul Quran". Dia adalah kenalanku di CFS, seorang hafiz dan menjadi imam di sini semasa Ramadhan, subhanallah. Jarang sekali kami berhubung malah kalau berjumpa sepatah pun tidak akan kami katakan jika tiada apa-apa yang penting. Hanya kerana urusan persatuan, kami 'terpaksa' berhubung. Mesej pun masih boleh dikira dengan jari dan kesemuanya, insyaAllah penting.
Jadi semalam, mesej dimulakan dengan ayat,
"Salam. Maaf ganggu. Ana ada soalan, dan ana tegaskan di sini ana memang tak ada tempat lain nak nak tanya."
Dan soalan pun diajukan. Apabila dia menjawab, diri mengambil peluang bertanya lagi. (alang-alang dah bertanya dan dia tidak sibuk) Salah satunya:
"Boleh ke belajar kitab agama dan kitab syarahnya tanpa guru?"
Dan dia menjawab,
"Kalau nak belajar kitab agama, kena ada guru, takut2 kalau kt blajar sendiri, syaitan akn jd guru kt,dan kita akn tafsir ikut nafsu."
Terganggu seketika pembelajaran Kimia. Pen diletakkan dan hati sedih.
Persoalan yang mengganggu fikiran ketika itu,
"Macam mana nak cari guru, bukannya mudah nak cari ulama' di sini."
"Macam mana nak cari guru, masih belajar, asasi kejuruteraan pula. Bersimpang jauh dari IRK."
"Ada peluang lagi ke kalau nak tukar course jadi IRK (Islamic Revealed Knowledge)?"
"Takkanlah, teruskan saja. Nanti kan nak ambil double degree."
"Macam mana, nanti kalau cuti abah dan ami bagi ke belajar pondok?"
Bermacam-macam lagi bermain di minda, sampai satu saat memutuskan untuk menunda persoalan. Kimia ada di hadapan mata. Esok ujian, jangan dikaburi dengan perkara lain. Niat datang CFS, mahu belajar. Maka belajarlah.
Sehinggalah tamat Kimia sebentar tadi pukul 12.
Ketika dalam ANX102 itu, bersebelahan dengan rakan 190 dahulu. Aduhai, rindunya.
Merindui suasana belajar bersama mereka, walaupun jarang berbicara.
Kembali ke mahallah, pertanyaan sekali lagi di ajukan kepada diri sendiri.
Hinggakan terfikir,
"Kalau ambil 'study leave' setahun untuk belajar agama, boleh ke?"
InsyaAllah, CFS beri kebenaran.
Tapi keluarga bagaimana? Memikirkan adik yang baru lahir dan tanggungan yang semakin ramai, ku terfikir. Kalau lambat menamatkan pengajian, maka lambatlah juga bekerja dan kemampuan untuk menjaga diri sendiri dan keluarga juga bertangguh-tangguh. Tidak elok pula.
Walaupun masih tidak mematikan niat itu, tapi diri cuba mencari alternatif lain. Semester depan, insyaAllah, semua pengajian asasi akan berada di CFS. Maka, pensyarah IRK juga pasti di sini. Semester depan, jadual banyak kosong, boleh ke kalau minta kebenaran masuk ke kelas IRK?
Dan itu merupakan jalan terbaik buat masa ini, insyaAllah.
Moga dipermudahkan, insyaAllah.
Sedikit sebanyak, fitrahku sebagai manusia mula terlihat.
Fitrahku tidak sabar dengan sesuatu.
Fitrahku tidak merasa cukup akan apa yang ada.
Fitrahku berfikir dan mempersoalkan sesuatu sepanjang masa.
Fitrahku ingin menuntut ilmu.
Fitrahku mudah menangis pabila bersedih, mungkinkah hanya diri ini sebegitu?
"Imam Syafie pula pernah menyatakan, "sesiapa yang tafaqquh dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam". Para ulamak juga menyebutkan, "antara kebodohan terbesar, adalah menjadikan helaian-helaian sebagai syaikh".
Petikan dari: http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/hukum-belajar-tanpa-guru.html
Selain itu boleh dibaca,
http://aljoofre.blogdrive.com/archive/87.html
http://aljoofre.blogdrive.com/archive/88.html
Dapat dari laman talaqqi http://www.jom-talaqi.com/, tak Google :D
Rasanya kalau Google ada lagi rujukan lain, insyaAllah.
p.s: Niat untuk hadir, insyaAllah. Namun ada 2 program satu hari.
Wallahua'lam.

insyaallah kalau ada keinginan...Allah pasti akan bantu...
ReplyDeleteInsyaAllah C:
ReplyDelete