Posts

Showing posts from November, 2013

Hitam.

BismiLLAHirrahmirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. Berapa bulan menyepi. Aku hanya melihat perubahan alam ini. Sahabat aku berubah. Persekitaran aku berubah. Keadaan aku berubah. Aku sendiri, sudah berubah. "Sesungguhnya orang yang takut (melanggar hukum) TUHANnya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab TUHAN, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar." 67:12 Aku berjalan ke majlis hari Jumaat. Perhatian ditumpukan sedikit kepada kasut yang sudah berlubang di hadapan. Berfikir pula tentang sepasang lagi yang sudah haus dan berlubang di bahagian bawah yang berada di rumah. Berkira-kira mahu membuang keduanya dan membeli yang baru. Ketika itu aku dipertemukan, dua kanak-kanak kecil keluar dari imarah (bangunan) mereka. Aku memperhatikan pakaian mereka dan tahulah aku bahawa mereka bukan dari keluarga yang senang mahupun sederhana. Pandangan jatuh kepada kasut yang dipakai. Aduhai, selipar itu lebi