Posts

Showing posts with the label Cerpen

Nur Cahaya,

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah Sallallahua'laihiwassalam. Hasil karya, Amirah Hazwani. Cahaya. “Cantiknya matahari hari ini,” suaranya girang menyatakan pendapat. “Subhanallah, Maha Suci Allah yang menciptakan langit dan bumi,” sambungnya lagi. Dia berlari-lari anak menyusuri taman di sebelah kolej. Kelas yang bermula seawal 8 pagi baru sahaja tamat sebentar tadi. Perutnya berbunyi memberi isyarat minta diisi. Tangan kanannya diletakkan di atas perut. “Sabar ya, kejap saja lagi,” dia bermonolog sendiri. “Nur.” Dia memalingkan muka apabila namanya disebut. Kelihatan Aisyah sedang berjalan mendekati dirinya. Dia hanya memerhati Aisyah yang kelihatan tercungap-cungap. “Cepatnya kau jalan,” kata Aisyah. Dia berhenti di hadapan Nur dan duduk di kerusi berdekatan untuk berehat. Nur menghadiahkan sebuah senyuman kepada rakan baiknya itu. “Kenapa kau s...