Posts

Showing posts from February, 2013

Muqaddimah.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. "Eh, kenapa kau berhenti?" "Sebab aku nak jaga hati." ***** Seseorang itu, tidak akan bertemu nihayah (pengakhiran) tanpa adanya bidayah (permulaan). Sering ditanyakan kepada kami, "kenapa dan bagaimana?" Kedua-dua jawapannya termaktub di dalam bidayah yang ALLAH takdirkan bagi kami. Namun begitu, catalyst bagi kami dipilih ALLAH untuk jalan ini adalah dengan kehadiran kami berseorangan, mengakui kejahilan, menundukkan keegoan dihadapan guru pertama kami ustaz Muhadir bin Hj Joll. Jujur, kami masih dalam perjalanan itu. Dikhabarkan kepada kami oleh Murabbina Syeikh Yusuf Bakhour al-Hasani, "Seorang yang bajunya kotor, tidak mungkin mampu membersihkan kekotoran di baju yang lain." Mafhumnya, seorang yang hatinya masih bersisa hitam, tidak akan mampu membersihkan hati yang lainnya. Maka beberapa kalam kami yang seterusnya kami akan

Hikmah.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kaifa hal? :) I am deeply, truly sorry for any inconvenience of my absence for this past few days. I was... not well ;D Please ignore the cigarette ;D Ustaz Zahidi perasan pula >< I was having a fever for a few days before, but I just ignore and swallowed a few panadols every now and then. But on the night of 11th February, I felt... too cold. I was just on my way back to my home from Darasat. Syeikh is not around so I don't have any talaqqi for the mean time except for my Quran classes with Syeikh Syazlie. I text-ed my friend and said that I wanted to go to the hospital. But, the moment I arrived at Hayyu Sabi', immediately I jumped into a taxi and went back straight home. It was pitch black dark literally. There was no electricity at my imarah. And there's no one at home. Creepy~ All right, I was kidding. So I called another friend and went to sleep. It was

Travel log 15: Apa perasaan seorang musyrif...ah? :D

Image
Last travel log posted: 9th September 2012. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ditakdirkan ALLAH, 'dilantik' menjadi seorang musyrifah pada 2hb Februari lepas. :) Profil Musyrifah. Nama: Amirah Hazwani binti Muhammad Azlan Nama panggilan Mesir sahaja: Umayr Nombor telefon: +20122 7899 554 Kawasan: Hayyu Safarat, Kaherah Masa bertugas: On-call Sedia menerima tugasan ^^ Pada mulanya, hasrat diluahkan oleh adik satu batch , Asmaa' sebelum winter break bermula. Katanya, hendak 'menempah' kak Umayr sehari membawanya melawat maqam sekitar Kaherah. Tapi tidak pula mendapat sebarang tempahan setakat ini. 'Ala kulli hal, ALLAH menggerakkan hati sahabat dari Indonesia, Mardhiah, untuk meminta kami menjadi musyrifah. Ternyata, apabila berita disampaikan, 3 daripada ahli bayt turut mahu ikut serta. (EH? Macam dah termasuk Bahasa Indonesia O.O) Kami berjanji akan bertemu sea

Dan menyucikan.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kisah Ahlam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjunganku, Rasulku, Nabi Muhammad s.a.w Hasil karya Umairah Hawani, SUCI. "Kenapa saya melakukan dosa lagi?” Ahlam memandang si dia yang berbicara. Di hadapannya tersimpuh seorang rakan yang dikasihi, mengalir air matanya membasahi telekung berwar na putih bersulam hijau. Dia membiarkan Hawa menangis. 'Biarlah dia melepaskan siksanya,' bisik hatinya. "Kenapa saya berbuat maksiat lagi?" rintih Hawa. Kedua tangannya memegang tangan Ahlam. Mengharap bantuan dan memohon simpati. Di fikirannya, adakah mungkin Ahlam mampu merasakan perit? Di hatinya, adakah mungkin Ahlam mampu memahami? 'Tidak! Dia tak mungkin faham!' bisik hati kecil Hawa. Baginya, sengsara itu milik dia. Dosa itu dia yang melakukan, bukan Ahlam, bukan sesiapa. "Ketahuilah, jika ALLAH tidak me

Kepada jawapan dia,

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kehadapan Fatin Nuradilah yang tercinta. Khitbah. Permohonan yang suci, dari sekeping hati, seorang insan digelar lelaki, kepada si dia yang dinanti. Ku tahu hatimu bergetar, tatkala berita itu dikau mendengar, hati yang licin bagai tercalar, dikau tertanya; tidakkah mereka sedar? Tidakkah mereka tahu, cintamu hanya kepada DIA? Tidakkah mereka fikir dahulu, cintamu hanya kepada RasulNYA? Tidak, bahkan tidak wahai sahabat. Dan bicara ku selepas ini, hanya bicara seorang hamba kepada hamba. Mungkin hatimu akan tersentuh, mungkin nafsu berasa tercabar. Itulah perjuanganmu hakikatnya – melawan nafsu. Duhai kekasih hatiku, sesungguhnya diriku mengenalimu sebagai wanita yang sangat berlemah lembut. Namun disebalik itu, hanya yang mengenalimu akan mengetahui, dirimu tegas membawa panji Islam. Daku menyayangimu tanpa pilihan. ALLAH yang mencipta