Travel log 15: Apa perasaan seorang musyrif...ah? :D
Last travel log posted: 9th September 2012.
Bismillahirrahmanirrahim.
(Mungkin
ada yang faham dan tidak)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Ditakdirkan
ALLAH, 'dilantik' menjadi seorang musyrifah pada 2hb Februari lepas.
:)
Profil
Musyrifah.
Nama:
Amirah Hazwani binti Muhammad Azlan
Nama
panggilan Mesir sahaja: Umayr
Nombor
telefon: +20122 7899 554
Kawasan:
Hayyu Safarat, Kaherah
Masa
bertugas: On-call
Sedia
menerima tugasan ^^
Pada
mulanya, hasrat diluahkan oleh adik satu batch, Asmaa' sebelum winter
break bermula. Katanya, hendak 'menempah' kak Umayr sehari membawanya
melawat maqam sekitar Kaherah.
Tapi
tidak pula mendapat sebarang tempahan setakat ini.
'Ala
kulli hal, ALLAH menggerakkan hati sahabat dari Indonesia, Mardhiah,
untuk meminta kami menjadi musyrifah. Ternyata, apabila berita
disampaikan, 3 daripada ahli bayt turut mahu ikut serta.
(EH?
Macam dah termasuk Bahasa Indonesia O.O)
Kami
berjanji akan bertemu seawal 9.30 pagi di “hot spot” penantian
para musyrif di Kaherah. Yakni, Arabiatta ;D
Bergegas
menyiapkan diri, menyarung cincin di jari (ehem) dan menanti.
Menanti
siapa? Ahli bayt.
Perasaan menjadi musyrif #1
Takut musyrif ditunggu lama oleh mereka yang 'menempah'.
Apabila
arterial blood pressure makin meningkat, negative feedback cycle
bermula. Bas ke Arabiatta dari Hayyu Safarat bukan semudah itu. Hati
si musyrifah mula gundah gulana. Tiba-tiba, ahli bayt menyarankan:
“Jom naik teksi. 3 genih.”
Dan
si musyrifah membalas: “Ok, seorang segenih belanja musyrif.” ><
Perasaan menjadi musyrif #2
Sangat-sangat menghargai jika mereka yang 'menempah' membayar tambang.
Sepantas
proses homeostasis, teksi meluncur pergi menuju ke arah Arabiatta.
Kami
duduk di hadapan, sementara 3 ahli bayt yang lain duduk di belakang.
Perasaan menjadi musyrif #3
Kami mahu melindung mereka yang 'menempah'. Apa-apa yang bakal terjadi, biarlah kami terkena dahulu. Dan mereka yang berada di belakang sempat menyelamatkan diri.
Sampai
di Arabiatta, kami menelefon Mardhiah. Tidak diangkat.
Perasaan menjadi musyrif #4
Tertekan. Orang yang 'menempah' tak angkat telefon. Sudahlah kredit digunakan >< Saya mobinil, anda etisalat~
Hinggalah
kami mendapat berita, lagi 15 minit Mardhiah akan tiba. Sesungguhnya
dia terlupa bahawa pagi itu gilirannya memasak.
Perasaan menjadi musyrif #5
Tertekan darab dua. Masa oh masa.
Kami
dan ahli bayt mengambil keputusan 'menziarahi' ar-Rayah. Ahli bayt
sedikit terkejut: “Ar-rayah dah buka?” Hal ini kerana, kebanyakan
kedai di Mesir tidak akan dibuka melainkan sudah menjelang pukul 10
dan ke atas. Mungkin mengelakkan pembaziran perbelanjaan di pagi hari
;D
Setelah
jam menunjukkan hampir pukul 10:10 pagi, akhirnya Mardhiah muncul di
hadapan mata.
Perasaan menjadi musyrif #6
AlhamduLILLAH sudah kenal sebelum ini. Kalau belum kenal, harus bertanya pakai baju apa untuk mengenal pasti si musyrif dan sebaliknya.
Kami
menunggu bas di simpang, dan alhamduLILLAH, bas 912 tiba beberapa
minit setelah itu. On board :)
Oleh
kerana kami berlima, 4 orang yang 'menempah' duduk berdua-dua dan si
musyrifah mengambil tempat di kerusi tempat seorang.
Tambang
dikutip, si musyrifah membayarkan sekali.
Perasaan menjadi musyrif #7
Senang bayar tambang semua orang sekali.
Kami
tiba di Saida 'Aisyah dan terus berjalan ke seberang dan mengambil
tremco untuk ke Maqam Imam Syafi'e.
Perasaan menjadi musyrif #8
Perlu berada di hadapan untuk menjaga keselamatan semasa melintas jalan yang sesak.
Ziarah
bermula dengan maqam Imam Waqi', kemudiannya ke maqam Imam Syafie'.
Perasaan menjadi musyrif #9
Perlu bersedia menjadi photographer tak bertauliah.
Di
maqam Imam Syafie', kami ditakdirkan berjumpa dengan keturunannya
yang bernama Syafi'iah.
Perasaan menjadi musyrif #10
Perlu bersedia menjadi translator Arab-Melayu tak bertauliah.
Perasaan menjadi musyrif #11
Perlu menyediakan Hizb Tawassul.
Perasaan menjadi musyrif #12
Perlu mengetahui banyak maklumat tentang tempat yang dituju.
Seterusnya,
kami menunggu tremco untuk bergerak ke Saida Nafisah.
Perasaan menjadi musyrif #13
Perlu mengetahui tempat untuk menunggu tremco.
Setelah
sekian lama menanti, seorang warga Arab menegur. Dan sebagai musyrif,
perlu mendengar apa yang hendak di kata.
Ternyata,
di situ tiada sudah tremco menuju ke tempat yang dihajati.
Perasaan menjadi musyrif #14
Oh. Segannya.
Kami
berlima berjalan menyusuri onak duri menuju ke jalan besar.
Perasaan menjadi musyrif #15
Perlu bertahan mendengar keluhan.
Sebuah
tremco berhenti dan bertanya. Dia menyarankan kami menaiki tremco
hingga ke Bastatin dan kemudiannya baru ke Saida 'Aisyah. Kami
setuju. Akhirnya, kami mempelajari bahawa tidak perlu sampai ke
Bastatin, tapi hanya perlu berjalan ke jalan belakang menuju maqam
Imam Syafi'e r.a.
Photographer: Umayr :D |
~Selitan
info~
Bagi
yang hendak ke maqam Imam Syafi'e dari Hayyu Sabi'.
- Menaiki bas 912 dari mahattah Sabi' ke Saida 'Aisyah, lintas jalan, naik tremco yang menuju Bastatin.
- Menaiki tremco dari mana-mana menuju ke Saida 'Aisyah. Pastikan kawasan yang tremco itu berhenti ada masjid di tepi. Kalau tidak, baru lintas.
Setelah
itu, tremco akan berhenti di dua tempat. Sama ada di hadapan maqam,
yakni, hanya berjalan 'ala tul ke maqam Imam Syafi'e. Atau, berhenti
di barisan kedai.
Jika
berhenti di barisan kedai, itu namanya: Jalan Belakang.
Kalau
tahu, tak apa.
Kalau
tak tahu, maklumkan pemandu bahawa anda tidak tahu. Masyi?
Di
barisan kedai itu, tremco akan berhenti. Di kanan, akan ada lorong.
Jalan 'ala tul sampai tak boleh jalan. Kalau tak silap ana, hampir
penghujung jalan, syimal, yamin, syimal, yamin :D Sehinggalah jumpa
pintu pagar kecil ke Masjid Imam Syafi'e.
Ma
fi musykilah, penduduk tempatan sangat 'arif anda ke situ untuk
melawat maqam. Tanya sahaja: “Imam Syafi'e fin?” dan mereka akan
menunjukkan jalan.
~Info
tamat~
Tiba
di Bastatin, terus menaiki tremco ke Saida 'Aisyah.
Tiba
di Saida 'Aisyah, terus menaiki tremco yang menuju Giza, tetapi akan
berhenti di jalan belakang menuju Saida Nafisah.
Walaupun
sebenarnya, dari Saida 'Aisyah boleh sahaja berjalan kaki ke jalan
belakang itu :)
Susah
sedikit hendak menerangkan jalan belakang yang ini kerana perlu
melalui muqottom, jadi pilihan yang lebih afdhal jika hendak ke Saida
Nafisah adalah dengan menaiki teksi.
Usai
solat Zohor di Masjid Saida Nafisah, kami bergerak melawat maqam dan
menuju ke maqam Saida Ruqayyah dan Imam Ibn Sirrin.
Di
Imam Ibn Sirrin, kami mendengar sejarah Imam Ibn Sirrin dari penjaga
maqamnya. SubhanALLAH, kali pertama kami ditakdirkan berjumpa dengan
penjaga maqamnya sepanjang ziarah kami ke situ.
Kemudiannya,
berjalan ke jalan besar untuk menuju ke Darasat. Setelah tiba, kami
ke masjid al-Azhar untuk berehat dan solat Asar. Usai solat, kami
bergerak menziarahi maqam di belakang masjid Azhar.
Bermula
dari maqam gurunya Saidina Hasan dan Saidina Hussein, sepanjang
perjalanan menziarahi beberapa maqam hinggalah tiba ke maqam Imam
Dasuki dan kemudiannya maqam cicit RasuluLLAH s.a.w, Saidatina
Fatimah.
~Selitan
info~
Maqam
di belakang masjid Azhar ada yang tersembunyi sedikit dan ada yang
zahir di tepi jalan. Kali pertama kami bersama dua orang musyrif yang
sudi menunjukkan jalan, kemudiannya baru ziarah sendiri. ALLAHu'alam.
~Info
tamat~
Kami
kembali ke mahattoh Darasah dan pulang ke Baiti Jannati.
AlhamduLILLAH, selamat tiba menjelang Maghrib.
Perasaan menjadi musyrif #16
Bersyukur tiba di rumah dalam keadaan selamat bersama mereka yang 'menempah'.
Seharian
menjadi musyrifah.
Barulah
sedar betapa 'terasa'nya tanggungjawab yang digalas.
Betapa
pengharapan itu besar.
Akhirul
kalam, kami sangat berterima kasih kepada para musyrif di Kaherah
khususnya dan seluruh Mesir amnya. Maaf jika kami menyusahkan antum.
FatahALLAHu'alaik.
ALLAHua'lam.
ape maksud musyrifah
ReplyDelete