Posts

Showing posts with the label Sahabat

Kepada jawapan dia,

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kehadapan Fatin Nuradilah yang tercinta. Khitbah. Permohonan yang suci, dari sekeping hati, seorang insan digelar lelaki, kepada si dia yang dinanti. Ku tahu hatimu bergetar, tatkala berita itu dikau mendengar, hati yang licin bagai tercalar, dikau tertanya; tidakkah mereka sedar? Tidakkah mereka tahu, cintamu hanya kepada DIA? Tidakkah mereka fikir dahulu, cintamu hanya kepada RasulNYA? Tidak, bahkan tidak wahai sahabat. Dan bicara ku selepas ini, hanya bicara seorang hamba kepada hamba. Mungkin hatimu akan tersentuh, mungkin nafsu berasa tercabar. Itulah perjuanganmu hakikatnya – melawan nafsu. Duhai kekasih hatiku, sesungguhnya diriku mengenalimu sebagai wanita yang sangat berlemah lembut. Namun disebalik itu, hanya yang mengenalimu akan mengetahui, dirimu tegas membawa panji Islam. Daku menyayangimu tanpa pilihan. ALLAH yang mencipta ...

Warkah untuk dia.

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tidak pernah menyangka. Keadaan akan menjadi begini. Bagaimana harus memulakan bicara? ALLAH. ***** Sahabat, kenapa itu yang dikau luahkan? Kenapa perasaan itu yang dikau ikutkan? Bicaramu, mereka yang hanya di dalam masjid itu tidak patut ada di dalam Islam. Tertera di ayatmu menggelar mereka sufi. Terus ku cantas, dan dikau menarik kembali sufi itu. Namun, tetap sahaja kukuh pendirianmu. Mereka yang hanya di dalam masjid itu tidak patut ada di dalam Islam. Beberapa minit itu diri ini marah. Benar. Apa yang berlaku padamu sahabat? Dan kemudiannya beransur kepada kesedihan. Kerana marah tidak berguna. Hati masih bertanya, apa yang berlaku padamu di Malaysia? Maaf seribu kali maaf. Persoalanmu tentang sufi dan tasawuf, bukan hak diri ini hendak menjawab apatah lagi menerangkan. Faqir masih lagi faqir, ilmu di dalam dada hanya sehalus debu yang ber...

Pertama VI.

Image
Assalamualaikum w.b.t. Video PERTAMA VI yang pertama sekali ana tengok: Video PERTAMA VI yang paling ana suka: Video PERTAMA VI yang paling ana terkesan: Yang pertama, ana tak nak ulas. Yang kedua, ana cemburu dengan kefasihan bahasa Arab anak kecil itu. Yang ketiga, muhasabah diri bagi ana. Niat di hati nak menulis travel log. Sudah beberapa travel log ana tidak menulis. Bukan tidak ada masa, bukan tidak mahu. Tapi, mungkin terlampau banyak dan kebanyakan ana berjalan seorang diri. Rasanya tak ada yang nak baca cerita ana berjalan seorang diri kan? C: Untuk yang ketiga itu ana terkesan kerana senario itu berlaku pada ana dan sahabat ana. Mungkin ramai yang tahu ana berdua saja di dalam KC939. Ana, dan Izzati. Ramai juga yang tahu, ana suka memuji diri sendiri comel :D Tapi, Izzati lagi lah comel. Cuma ana tak pernah cakap saja, sebab kami jarang jumpa. Ana sibuk dengan mesyuarat, sibuk dengan laptop, sibuk dengan travel log. An...

Love letter,

Assalamualaikum w.b.t. This one, is for my family, teachers, and friends. To ami and abah, how could I express my apologize? For everything that I made that might hurt each of you. For the times I thought, I was alone but both of you are still there. Raising me up, to more than I can be. To Kika, Anith, Syahmi and Danish, how could I express my love? When people stared because of my niqab, you guys walked besides me. Trusted me for my choice. And you never complaint. How could I ask for more? To Acik, Dania, Danial, Adriana and Akif, it was hard to accept at first. But then, you are my family. I never thought I would have a huge family as I do now. And yes, I would never can thank you much. To Mak, what can I say? Mak dah besarkan Kira. You where there, everytime, everywhere. Siapa ambil Kira punya report card? Siapa masak untuk Kira? Siapa teman Kira pergi sekolah? Who else knows what I like and what I don't like?...

Buat mereka.

Assalamualaikum w.b.t. Buat sahabat, yang ku cintai kerana Allah untuk Allah. Buat Nur Izzati, Aimi Diyana, Nur Khairunnisa', Fatihah Izzah, Nurul Nasuha dan Fathin Athirah. Saatnya diri melangkah ke CFS IIUM, niatku terbahagi kepada beberapa. Yang paling utama, diri ke sini kerana Allah. Kemudiannya, diri ke sini untuk menimba ilmu. Dan, diri ke sini untuk mencari rakan seperjuangan seIslam. Sahabat, semenjak hari pertama, ada dua saja manusia yang ku tahu dan ku kenal. Kedua-duanya dari sekolah lamaku dan diizinkan bertemu di sini walau berbeza pengajian. Kemudiannya, empat lagi ku berjumpa dari sekolah yang satu lagi dan hanya seorang sama pengajian denganku. Teringat saat, ketika duduk di dalam bilik, menghafal satu persatu nama kalian. Izzati dan Aimi ku kenal di bilik, yang lainnya di bilik sebelah. Entah kenapa, tergerak hati untuk berkenalan walaupun hakikatnya hati lebih senang sendiri. Sahabat, sepanjang semester pertama, kawan ya...

Roti, tamar dan nasi.

Assalamualaikum w.b.t. Ingin ku katakan di sini, bahawa diri mudah sekali terasa. Maaf jika selalu berdiam, dan mungkin menjauhkan diri. Alhamdulillah, sudah ku khatam Panduan Bagi Hafiz-Hafizah & Qari-Qariah yang ditulis Hj Abu Najihat al-Hafiz. Bukunya sudah ku pulangkan ke perpustakaan petang tadi. Bab 1 hingga 5 sudah ku baca, melainkan bab yang ke 6 itu kerana ia menerangkan tentang ayat-ayat mutasyabihat. Untuk bab yang satu itu diri memutuskan akan lebih mempelajarinya dengan syarat sudah menghafal al-Quran mengikut juz yang ditetapkan hati dan juga berguru. InsyaAllah, dipermudahkan. Hari Rabu, malam Khamis, berkesempatan berjumpa Syeikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Ash-Shafi'e Al-Husofi di dewan bawah masjid di CFS ini untuk periwayatan hadith musalsal. Periwayatan ini kali kedua bagiku. Yang pertama diriwayatkan oleh murabbi, Ustaz Muhadir bin Joll dan daripadanya mendapat dua hadith musalsal dalam masa satu jam. Bersama Syeikh pula, alhamdulillah m...

When I got sick, this happened.

Image
  Assalamualaikum w.b.t. Today I woke up with, a fever. There were food on the table, bought by my ex-room mate and paid by current room mate. I haven't eat yet. I couldn't even think right now. Had slept for hours until the eye bag disappeared, it must had been a long sleep. And I dreamt. I felt sick. However, here are two pictures from yesterdays' journey, have a blast. Daripada Abdurrahaman bin Abi Bakrah, dia berkata kepada ayahnya : "Wahai ayah ! Saya selalu mendengar ayahanda berdoa Allahumma 'afini fi badani,Allahumma 'afini fi sam'iyy, Allahumma 'afini fi basari, la Ilaha illa Anta ( Maksudnya: Allah sihatkanlah badanku, pada pendengaranku dan pada penglihatanku) dibaca 3 kali setiap pagi & petang. Ayahnya menjawab : Sungguh aku telah mendengar Rasulullah saw berdoa dengan kata-kata ini, aku gembira mengikuti Nabi saw. ( Riwayat Abu Dawud no 4426 ) Source of hadith:  http://mohamadmuda.blogspot.com/2010/06/doa-...

Kata-Kata Hikmah Khulafa' Ar-Rasyidin

Assalamualaikum w.b.t KATA -KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA: Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu: Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna. SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA: Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA: Antara tanda-tanda ora...