Thursday, November 29, 2012

Pintu hatinya;


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


"Dan berilah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang yang takut akan dihimpunkan dihadapan Tuhannya, sedang mereka tidak ada seorang pelindung dan pemberi syafaat pun selain daripada ALLAH agar mereka bertakwa.” 6:51" 
Give this warning to those in whose (hearts) is the fear that they will be brought (to Judgement) before their Lord: except for Him they will have no protector nor intercessor: that they may guard (agains evil).” 6:51
Pada malam 25 November, hari ke-55 kami di Mesir, 23:11 waktu di sini.
Dengan takdir ALLAH, kami dilamar seorang hamba, seorang ustaz, melalui perantaraan gurunya.
Jika dahulu, mungkin terus saja kami dikawal emosi dan menolak.
Jika tanpa ilmu, mungkin akal tidak berfungsi malah terus menerima.
Namun teringat di hati kami kata-kata Syeikh Rohimuddin.
Lalu kami membalas kepada mereka, “Istikharah dengan ALLAH, musyawarah dengan guru dan keluarga. Suhbah dengan ana. Dah habis tiga-tiga, masih nak kahwin, khair sahaja. Jodoh dah tetap, ana tiada kuasa menghalang.”
Lalu mereka membalas, “Ibn Atho'illah pernah berkata dalam hikamnya, 'ar-roja ma qoronahul amal, wa illa fahwa amniah.' Keinginan itu perlu diusahakan jika tidak, ia hanyalah angan kosong. InsyaALLAH akan diusahakan.”
Terdiamlah ana di situ, maka istikharah memanggilku menghadap TUHAN.
Hari berlalu, ana menangguh jawapan. Masih tiada ilham.
Hinggalah tarikh 27 November menjengah. Malam sebelumnya kami syura bersama beberapa sahabat. Meminta pandangan dan nasihat, meluahkan rasa hati. Kami juga bertanya kepada sahabat yang berhajat, untuk mengenali. Kerana sungguh, sedangkan banin kuliyyah tibb tak dikenali, apatah lagi ustaz.
Dikhabarkan dirinya paling 'arif membaca kitab.
Dikhabarkan dirinya baik agamanya.
Masih tiada ilham. Hinggalah membuat keputusan, syura bersama Syeikhuna.
Hati sayu memikirkan perbezaan masa, bagaimana hendak menghubungi guruku?
Takut menganggu, apatah lagi perkara begini.
Dengan takdir ALLAH, bertanya kepada Syeikhuna di Kaherah sahaja.
Rendahnya rasa diri, tapi jika malu bertanya, sesat pula perjalananku.
Syukur seribu kali syukur, alhamduLILLAH.
Syeikhuna memberi jawapan, terus kami sampaikan pada guru kepada ustaz berkenaan.
Moga sahaja, hati semuanya tenang.
Moga sahaja, jodohnya sebanding dengannya. Amin.
Dan ku katakan kepadanya, bukanlah lelaki dan wanita itu diciptakan sekadar untuk bercinta.
Tiada yang lain untuk kami katakan, tapi khusus kepada sahabat di al-Azhar, umum kepada sahabat di seluruh Mesir dan di mana jua.
Bernikahlah kamu, hanya pada saat yang sesuai.
Walau apa pun umurmu, walau bagaimana pun keadaanmu.
Bernikahlah kamu, apabila telah memenuhi syaratnya.
Jangan dirisau akan rezekimu, kerana ALLAH akan membantu.
Usah dibiarkan istikharah itu mengaburi.
Apakah benar ia dari Tuhan? Jangan keliru akan permainan nafsu.
Bersabarlah, dan jika tidak mampu, puasa.
Hindarkan apa yang boleh mendekatkanmu dengan fitnah,
jika hati masih gentar akan dunia.
Bertakwalah kamu kepada ALLAH.
Kerana sungguh, tiada seorang pun hamba mampu memberikan hidayah.
*****
Untuk dia yang bergelar hamba;
Ketahuilah, jika perlu untuk hati ini menyintaimu,
tidak sekali mungkin mengalahkan cintaku pada ALLAH.
Sedarlah, jika benar hati ini bakal merindu,
tidak akan mencapai rinduku pada Rasulullah s.a.w.
Bukan sekadar suami, tapi separuh agama yang dinanti.

ALLAHua'lam.
FatahALLAHu'alaik.

Karya ustazah Halimah alaydrus: http://halimahalaydrus.blogspot.com/2011/01/kata-bijak.html



"Al Imam berkahwin dan melakukan sunnah Rasulullah s.a.w, sedangkan aku tidak berkahwin.
Beliau dikurniakan anak, lalu mendidik mereka dengan ilmu dan zikrullah serta mereka mendapat kebaikan.
Maka beliau pun mendapatkan kebaikan mereka di dalam ilmu serta zikrullah sedangkan aku tidak melakukannya.
Dia telah diuji pada jalan ALLAH lalu dia bersabar sedang aku tidak melakukannya."
-Bisyr al-Hafi tentang Imam Ahmad bin Hanbal-

Friday, November 23, 2012

Bubbles from the sea;


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


The end of my second month here is approaching soon.
And my, how had I changed and re-changed after changing.
People says, life is like a wheel, sometimes ball or even roller coaster.
Whatever it is, it will be once up, once down and up and down all over again.

"So, verily, with every difficulty there is relief:Verily, with every difficulty there is relief.” 94:5-6

I had been in another mode for quite a while.
So here am I again. Just simply me, writing. This only post perhaps, just to tell you what is going on in my life.

A simple post, from one of zillion humans.

This previous week had been hard. Not very, but almost. To start with, I had a very busy weekend (that is Thursday and Friday here in Egypt) therefore I think I had lost my pace of getting things right in schedule. Everything was – almost – a mess.

Syeikhuna Rohimuddin was leaving 'ala thul.
I had offered myself to cook for Habib Hassan al-Kaf every Thursday. (This is a happy thing mind you.)
There were quizzes and exams.
I hadn't revise anything yet.
I had not visited Azhar Mosque as often as I wanted to.
Seriously I am getting stressed of not having enough Arab vocabulary.
And that was – almost – all of it.

ALLAH.

It was a hard week. No doubt.

Every morning I woke up, or already woke up since the day before with a trillion things to do. Chores around the house, rush to the gamaah, revise what I could, murajaah when I can, back to baiti jannati, cook if it was my turn, flee to talaqqi, went back home and do whatever else I had to.

To think about it now... I think I know what went wrong.

Any how, it is getting better alhamduLILLAH.

"Evaluate yourself.” -Prof Dr Laila-

Syeikh Yusuf always, always, remind us about the value of time. We can't waste our time or spend it recklessly. Since I had this kind of concept in my mind, I started to think that I had indeed, lost a lot of time previously. On the other hand, we had also been told that there is no use of regret. What had happened, happened. ALLAH made it so and what will happen, will happen. ALLAH have HIS plan.

Bismillahitawakkaltu 'alaLLAH.

Not to mention, I had lost my way several times just this week. Travelling alone is fine by me, but this previous week, it was a real nightmare. I just couldn't take it until the point my heart whispered: “I'm getting worn out.”

Practising patience in the middle of Arabians are... getting to my nerve.

And yet, I just couldn't stop finding their good sides.

I am not planning to write travel logs; though my travels here had been more than what I would call adventurous. Walked quite a distance, been to the places even my musyrif didn't recognise and yes, got lost multiple times multiple days in a row.

I just don't know what happened.

And I can't speak Arabic to ask directions.

'Ala kulli hal, I don't really plan to write too much. Whatever happened, happened.

ALLAH.

Wallahu'alam.
Fatahallahu'alaik.

Friday, November 16, 2012

Ia yang mati.

Dengan nama ALLAH, yang Maha Melihat.
Yang membolak-balikkan hati.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Tidak terhitung dengan jari dosa diri.
Bukan kiraan di tangan ini.
Namun semua makhluk di muka bumi.
Masih, tidak terhitung lagi.
ALLAH, hitamnya hati!

Di hadapan mata seekor kucing sedang mencari makanan,
berdiamnya ia di tengah jalan.
Di bahagian belakang terdengar deruan,
kereta meluncur tanpa memerhatikan.
ALLAH, sungguh kasihan!

Terlompat ia di situ,
sedangkan diri berdiri kaku.
Berjalan mencari orang Melayu,
dengan harapan mungkin membantu.
ALLAH, tiada walau satu!

Sekembalinya diri yang lemah,
ke tempat tumpahnya darah.
Takdir menentukan terlewat sudah,
ia sudah kalah. Terkulai lemah.
ALLAH, rahmatilah!

Kazib seribu kali kazib.
Penipu.
Majnun seribu kali majnun.
Gila.
Khayalan semata! Wahm.

Bermimpi menjadi doktor cemerlang terbilang.
Berangan ilmu di dada tidak akan hilang.
Apa guna ilmu perubatan itu?
Apa guna ilmu talaqqi itu?

Jika tidak beramal!
Jika setelah pulang masih kurang akal!

Majnun.
Lagha.
Hijab.

Dan ALLAH Maha Mengetahui isi hati.
Dan ALLAH, Maha Melihat seluruh isi bumi.
Langit dan segalanya.
ALLAH Maha Mendengar semua.

FatahALLAHu'alaik.

Wednesday, November 14, 2012

Bicara rindu dari cinta.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bagaimana harus ku meluahkan rasa rindu?
Benar hati rindu.
Sungguh diri merindu.
Tak mungkin menipu,
pilu menahan rindu.

Habibuna, wa syeikhuna, wa ustazuna.

ALLAH.
Bagaimanakah keadaan guru-guruku ya ALLAH?
Hanya kepadaMU takdir ku serah.
Apa saja berlaku, akan ku pasrah.
Tidak akan sekali ku pernah,
ya RABB tidak akan diri ini pernah.
Dengan izinMU tidak akan berasa marah.

Tambahkan ilmu mereka ya 'ALIMul HAKIM.
Sinarkan ibadah mereka ya 'AZIZ.
ALLAHumma amin.


Rindu,
menatap wajah guru.
Rindu,
mendengar bicara hikmah.
Rindu,
segalanya.
"Apa gunanya berlari ke sana ke mari mencari ilmu, jika kamu tidak dapat mendirikan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh.”
Di Ardul Kinanah, ditarbiyah lagi.
Ditarbiyah lagi, ditarbiyah lagi.


"Jika ALLAH tidak bagi kamu cinta, bagaimana kamu mencintai?”
p.s: Its been a while. Since my last drop of ice lemon tea.

ALLAHua'lam. 

Monday, November 12, 2012

Talaqqi wat Tibb 1: Al-Hubb-Biochemistry.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Baru kembali dari Suq Tsamin, selepas tamat kelas satu-satunya hari yang tamat 12 tengahari tadi. Selepas solat di masjid Fatimah az-Zahra', maka diizinkan ALLAH selamat tiba dan selamat kembali ke Baiti Jannati di Hayyu Safarad.

Dan tatkala hati riang gembira melihat masa yang memungkinkan untuk kami menulis, segala puji bagi ALLAH. Al-Fatihah.


Kitab talaqqi: Al-Hubb wal Mahabbah Ilahiyyah, 'Ibn 'Arabi.
Kitab tibb: Biochemistry for Medical and Postgraduates Part 1, Said Oraby.

Perumpamaan cinta wanita kepada lelaki itu adalah dari juz kepada qul.
Perumpamaan cinta lelaki kepada wanita itu adalah dari qul kepada juz.

Cinta qul kepada juz adalah lebih kuat.
Kerana, satu qul mungkin boleh ada banyak juz.
Tetapi, tidak mungkin satu juz itu mempunyai lebih dari satu qul.

Makanya, dibolehkan ta'addud.

Di satu sudut yang lain, boleh diumpakan seorang lelaki itu seperti elemen carbon.
Carbon perlu ada berapa bond untuk sempurna?
Empat.

Tapi boleh sahaja yang empat single bond itu terdiri daripada dua double bond.
Maka di sini boleh disimpulkan, seorang lelaki itu adalah tempat asal. Satu perlabuhan. Di mana mungkin yang berasal darinya itu lebih dari satu.
Seperti banyak kapal yang berlabuh di satu tempat.

Dan cinta qul itu lebih kuat. Makanya dia mampu.
Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (ketika kamu menikahinya), maka nikahilahperempuan-perempuan (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang sahaja atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah An-Nisaa’: Ayat 3)
Wanita pula elemen hydrogen.
Hanya perlu satu single bond. Tidak akan hydrogen mempunyai lebih dari satu tempat berhubung.

Satu elemen carbon, bahkan elemen yang lainnya jika diketahui. Tidak akan membuat bond dengan elemen yang tidak sesuai dengannya.
Perlu tahu berapa valence electron dan mencukupnya supaya menjadi octet electron configuration. Konfigurasi yang kukuh,

Maka di dalam Islam ada kaedah ikhtiar. Khusus untuk mereka yang mahu menikah.

Harus bagi muhib (pencinta) yang mencari mahbub (kekasih) untuk suhbah dan mu'asyarah.
Kenal, berbincang, bercakap, melakukan itu dan ini supaya hubb-nya bukan muqayyad semata tetapi hubb mutlak.

Cinta secara 'aradi (tiba-tiba) itu hawa'.
"Orang jika hati bersih, suka dengan orang berhati bersih.”
Bagi wanita yang mencari, perlu diuji kemampuan akal lelaki itu melawan nafsu.
Bagi lelaki, apakah akal kalah dengan emosi wanita itu?
Dan ini tidak akan dapat diketahui melainkan dengan suhbah dan mu'asyarah.

Perlu diketahui, akal lelaki itu mudah atau tidak kalah dengan syahwat.
Kalau sudah syahwat, tinggalkan. Dan perempuan pula adalah emosinya.

Bukan mudah menilai lelaki atau perempuan yang baik.
Jangan tengok serban saja wa kholas.

Hakikatnya pernikahan itu baik dan mulia, maka bincang dan cakap itu hak.
Kalau mahu pejam mata, kerana jodoh itu maktub ALLAH, maka pejam jangan menyesal.
Jika hendak berusaha, agama ada caranya.

Fahami Islam menurut Islam, jangan menurut hawa'.

Cintalah sesuatu kerana cinta kepada ALLAH.

Sebagaimana kekasih tidak keluar dari mahabbah muhibnya,
seperti itu makhluk tidak keluar dari rahmat ALLAH.



Fatahallu 'alaik.
ALLAHUa'lam.

Friday, November 9, 2012

The dinar spent.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

I still remember that moment.
The moment when I was still safe and sound, attending Ta'lim an-Nur by my first Syeikh.

And I also, still remember that moment biiznillah.
The moment when I started to search for more.
I never wonder, the reason why. But it had started, therefore I continue. InsyaALLAH.

My second Syeikh, ya'ni Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki taught me a lot about being the slave of ALLAH. He did pushed my mind to accept things - just like that. To hold in my hand, and heart a part of one verse in the Quran:

"But, truly, the Command is with ALLAH in all things!" 13:31


Why, exactly?

Truth to be told, it involves something worldly but you may take benefits from it for the Akhirat. That is, money.

To run around and about here, sometimes there - even in Selangor only - demands a certain amount of money. Not to mention the price of the books. And for tolabul 'ilm especially, many books must be owned. And read. And re-read.

ALLAH prepared me for this by the words of Syeikhuna. He said that, whatever we spent for the sake of ALLAH, HE will be the one who in charge of how the money will eventually get to us. We will have the money, if we needed it. It is not our responsibility to think about it.

Because, we are fisabilillah insyaALLAH.
Because,  HE is the only one who gives sustenance.

Rabi'atul Adawiyyah also had mentioned about this. She said, if ALLAH gives enough necessities for those who doesn't remember HIM, why HE would forget those who remember HIM?

HE doesn't give what we want. HE gives what we need.

Here in Cairo, I never, ever plan to further my studying in the field of Tasawwuf.
However, biiznillah, I met Syeikh Yusuf Hasani.
He said, if you did not make an account of whatever is it that you are spending (especially food), why must you make an account of the total that you spent for the sake of ALLAH?

Yes, huge slap on me.

Ustaz Muhadir as-Sanariy once told me a story of one person who never counts his money when he gives it away lillah. Yet, he still have money.

Writing this, it is more to remind myself rather than anyone else.
Medicine is not inexpensive. May ALLAH gives me and you the calmness of heart.

Allahumma amin.

To complain to anyone other than Allah is to debase oneself.

Fatahallahu 'alaik.
Allahua'lam.

Warkah untuk dia.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tidak pernah menyangka.
Keadaan akan menjadi begini.

Bagaimana harus memulakan bicara?
ALLAH.

*****

Sahabat,
kenapa itu yang dikau luahkan?
Kenapa perasaan itu yang dikau ikutkan?

Bicaramu,
mereka yang hanya di dalam masjid itu tidak patut ada di dalam Islam.
Tertera di ayatmu menggelar mereka sufi.
Terus ku cantas, dan dikau menarik kembali sufi itu.
Namun, tetap sahaja kukuh pendirianmu.
Mereka yang hanya di dalam masjid itu tidak patut ada di dalam Islam.

Beberapa minit itu diri ini marah. Benar.
Apa yang berlaku padamu sahabat?
Dan kemudiannya beransur kepada kesedihan.
Kerana marah tidak berguna.
Hati masih bertanya, apa yang berlaku padamu di Malaysia?

Maaf seribu kali maaf.
Persoalanmu tentang sufi dan tasawuf,
bukan hak diri ini hendak menjawab apatah lagi menerangkan.
Faqir masih lagi faqir,
ilmu di dalam dada hanya sehalus debu yang berterbangan.

Namun duhai sahabat,
mengapa sepotong ayat itu yang harus diperkatakan?

Jika mungkin, yang dikau benci itu fasik.
Jika hanya, yang dikau benci itu munafik.
Jika cuma, yang dikau benci itu kafir yang menzalimi diri mereka sendiri.

Mungkin, hanya mungkin dan cuma mungkin akan ku mengerti.

Tapi mereka yang menyepikan diri di dalam masjid itu, di baitullah itu, apa salahnya mereka?

Apakah salah mereka beribadah?
Apakah salah mereka beruzlah?
Apakah salah mereka memikirkan diri sendiri, apakah itu salah?

Yang mungkin mereka fikir, zikir mereka, ibadah mereka, pahala mereka.
Dan ku katakan cuma mungkin kerana bukan diri ini yang berada di situ.

Apakah salah?

Benar dan pada diri memang benar,
mereka tidak berdakwah seperti kamu.
Mereka tiada haraki yang menjadi jalan dakwahmu.
Mereka tidak ada apa yang dikau canangkan;
"'Amar ma'ruf nahi mungkar.”

Tapi ketiadaan itu mungkin hanya di matamu.

Dakwah itu bukan hanya pada ajakan,tapi perbuatan.
Mungkin benar mereka tidak berbicara, bermadah kata.
Tapi ibadah mereka mungkin dilihat ummat,
lantas tercetus di dalam hati masing-masing untuk mencuba.

Haraki itu pula, hanya salah satu cabang mengajak kebaikan.

Dan mereka yang hanya melakukan ma'ruf, di mana kemungkarannya di matamu?

Biarlah, tenanglah sahaja melihat mereka.
Kebahagiaan mereka di rumah Allah.
Kita tidak merasa apa yang mereka rasa.

Jika dakwah yang dikau risaukan,
Allah Maha Mengetahui. Dialah pembuka pintu hati.

Benar, seorang 'alim lebih baik daripada seribu 'abid.
Namun di zaman ini, sukar sekali bahkan untuk mencari seorang 'abid.
Maka biarkanlah.
Kita tidak merasa apa yang mereka rasa.

Janganlah dikau membenci kerana mereka masih saudara.
Jangan juga tidak suka sesuatu perkara.
Itu takdirnya DIA.
ALLAH yang Maha Esa.

*****

Sahabat,
tarbiyyah kita pernah sama.
Persoalan kita pernah serupa.
Jalan kita pernah sehala.

Namun tatkala diri cenderung ke talaqqi,
dan tanggungjawabmu lebih kepada haraki.
Kita berpisah dan berjalan sendiri.

Tapi, adakah dikau lupa akan malam itu?
Dikau yang membuat keputusan bagiku.
"Pergilah ke majlis ilmu.”
Dan membiarkan kaki ini melangkah, sedangkan jasadmu masih di situ.

Apakah yang berlaku padamu sahabat?
Keterbukaanmu, kecerdikanmu?
Tertutup semuanya akan perasaanmu.

Bukakanlah kembali.
Lihatlah kebaikan dari semua segi.
Kerana hidup bukan untuk sendiri.
Apatah lagi untuk satu haraki.
Islam itu agama hakiki.
Hanya untuk menyembah Ilahi.

*****



Fatahallahu'alaik.
Allahua'lam.

Friday, November 2, 2012

'Alaihi solawatullah, al-Habib.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

How is that possible,
to not love him sollallahu 'alai wa salam and HIM The Almighty? :)





La ilaha ilallah muhammadun rasulullah, 'alaihi salatullah wa alihi wal ahibba
La ilaha ilallah muhammadun rasulullah, 'alaihi salatullah wa alihi wal ahibba

Shine your mercy like the sun, and be gracious as the earth;
Let your kindness come like rain that cares not whom it falls upon;
And let ocean deep your wisdom be, your heart and lanterns spreading peace;
Give yourself in love of him, be like al-Habib;
And in your deepest needs and in your deepest grieve, call on him in humility;
Place your trust in the One, to whom creation turns;
You'll find redemption and find peace.

La ilaha ilallah muhammadun rasulullah, 'alaihi salatullah wa alihi wal ahibba

Be a blazing fire of truth, be a soothing balm of peace;
With the light of your sincerity, break the clouds of tyranny;
Let your faith be like a blessed tree, give your shade to all who seek;
May your roots run true and deep, take your strength from al-Habib.

Ya nabi salamalaik, Ya rasul salamalaik, Ya habib salamalaik,
Salawatullah 'alaik.

And all the certainty will bring tranquillity, contentment with Allah's decree;
Give thanks for all that comes, be patient and know that someday you will return to Him.

La ilaha ilallah muhammadun rasulullah, alaihi salatullah wa alihi wal ahibba.

Hold fast to the company of the folk of certainty;
Through the gaze and through your love for them;
May you be as one of them.
Be as gentle as the whispering breeze, spread solace to the world we're in;
Let your heart and soul be mirror clear, give life and love to al-Habib.

Ya nabi salamalaik, Ya rasul salamalaik, Ya habib salamalaik,
Salawatullah 'alaik.


And stand before Allah like nothing else exists, and worship him like you are seen;
Be with all creation and all your deeds and words;
As though you have no self to clean.

La ilaha ilallah muhammadun rasulullah, 'alaihi salatullah wa alihi wal ahibba.

Yet when you master all of this, forget not your neediness;
Were it not for Allah's grace, none of this can be achieved;
So be humble as the lonely earth, that all creatures walk up on;
Be the slave of the most merciful, take your light from al Habib;
So shine your mercy like the sun, send your light across the earth;
Let your kindness flow like rivers, quench the thirst of all who come;
And let mountain strong your spirit be, let your heart melt out of love for him;
Take the road that leads to him, may you be with al-Habib.

Ya nabi salamalaik, Ya rasul salamalaik, Ya habib salamalaik,
Salawatullah 'alaik.

La ilaha ilallah muhammadun rasulullah, 'alaihi salatullah wa alihi wal ahibba.

*****

ALLAH menanam di dalam hatiku mahabbah kepada tibb dan talaqqi.
ALLAH menyubur di dalam hatiku kasih kepada manusia.

Apakah salahmu untuk kami membenci?
Sedangkan kamu surah Ilahi.

Tiada cinta berkaitan ALLAH dari makhluk.
Hanya ada cinta berkaitan makhluk dari ALLAH.

Kalau cinta itu siang, maka benci itu malam.

Tambah 'amal kita, maka itu syukur.
ALLAH sentiasa lebih baik dalam memberi.

"Pada orang itu mestilah kita syuhud."

Allahua'lam.
Fatahallahu'alaik.