Suhbah,
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Dari
Syeikh Rohimuddin, moga ALLAH memberkatinya.
Kata-kata
mutiara yang kami berniat untuk berkongsi.
Pada
malam 31 Oktober 2012.
Dikatakan
kepadaku;
Ilmu
seperti air, hati seperti tanah.
Hijab
terbahagi tiga; syaitan, nafsu dan wujudnya diri.
Zikir
untuk menjauhkan syaitan.
Mujahadah
nafs untuk mengawal nafsu.
Wujudnya
diri, cara utama adalah dengan suhbah.
Zikir
itu adalah keterpautan hati kepada ALLAH.
Zikir
adalah cahaya yang memenuhi ruang hatimu mengingati ALLAH.
Tidak
akan dapat melakukannya melainkan sentiasa dengan orang yang zikir
kepada ALLAH.
Antum
jika bersahabat dengan penyabar, mudah untuk antum menjadi sabar.
Kerana,
seseorang itu akan mengikut akhlak saudaranya.
Suhbah
adalah untuk seseorang membuang 'uyub.
Hujjatul
Islam Imam al-Ghazali r.a. Menyatakan 4 cara untuk membuang 'aib:
Pertama,
bergaul dengan ramai orang.
Dengan
bergaul dengan ramai orang, akan berjumpa dengan pelbagai akhlak
buruk.
Kita
tidak menjadi sepertinya kerana kita belum menghadapi apa yang
membuat nafsu keluar.
Maka
katakanlah, “Ya ALLAH, dia yang KAU pilih untuk tampilkan akhlak
buruk, bukan aku. Untuk memberi pengajaran kepadaku, dan mungkin
sifat itu pun ada padaku.”
Kedua,
dengar keburukan kita daripada musuh. Musuh yang sangat membenci
kita, kerana musub mengintip 'aib.
Ketiga,
dari sahabat yang soleh. Kerana sahabat yang soleh mengingatkan kita
dikala lupa.
Terakhir,
cari orang yang engkau anggap ilmunya lebih tinggi, amalnya lebih
soleh, umurnya lebih tua. Itulah yang dipanggil Syeikh. Umpamanya
seperti hadir kepada doktor yang menjelaskan apa penyakitnya dan
ubatnya.
Namun,
dia sendiri yang perlu menahan nafsu untuk menerima nasihat.
Allahua'lam.
"Orang yang menulis tentang sabar, mungkin ketika menulis, tidak sabar juga.”
Fatahallu 'alaik.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم