Friday, November 2, 2012

The unconditional love;

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Allahummarzuqna hidayah abadan abada. Amin.

Dipesan padaku hanya untuk menyinta,
jangan pernah sekali membenci,
apa sahaja dipandangan mata,
kerana semuanya surah Ilahi.

Mereka yang sakit itu mungkin syadid,
keperluan dia menjaga agamanya,
untuk mengelak dari terpalit,
hitamnya kotoran kelamnya dosa.

Masih diri tetap berpendirian,
lebih mudah mencari kebahagiaan,
walau perjalanan masih berseorangan,
insyaALLAH pasti ada satu pertemuan.

Seorang pencinta memiliki cinta,
namun kepada siapa harus diberikannya?
Lalu dia mencari,
merentas jalan yang sepi,
langkah berhati-hati,
memilih kekasih yang menanti.

Jangan jatuhkan dirimu,
kerana kekasih yang tidak ditemu.
Kerana jodohmu yang satu itu,
masih terjaga walau jauh beribu batu.


"Tidak boleh membenci apa yang namanya manusia.""We shouldn't hate those who we call humans."


"Hati umpama cawan, cinta umpama air.Hati berubah mengikut cintanya.""The heart is equivalent to a cup, and love is the drink inside it.The heart changes is proportional to the condition of the love."

p.s: On our way; kitabul Hubb by Syeikh ibn 'Arabi with Syeikh Rohimuddin. Allahummarzuqna fahman.



Setia menanti, Quran hafazan yang dipinjamkan kepada rakan.

Allahua'lam.
Fahallu'alaik.

1 comment:

  1. nice blog. salam perkenalan :) do follow mine :)

    ReplyDelete

بسم الله الرحمن الرحيم