Pintu hatinya;
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
"Dan berilah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang yang takut akan dihimpunkan dihadapan Tuhannya, sedang mereka tidak ada seorang pelindung dan pemberi syafaat pun selain daripada ALLAH agar mereka bertakwa.” 6:51"
Give this warning to those in whose (hearts) is the fear that they will be brought (to Judgement) before their Lord: except for Him they will have no protector nor intercessor: that they may guard (agains evil).” 6:51
Pada
malam 25 November, hari ke-55 kami di Mesir, 23:11 waktu di
sini.
Dengan takdir ALLAH, kami dilamar seorang hamba, seorang ustaz, melalui perantaraan gurunya.
Dengan takdir ALLAH, kami dilamar seorang hamba, seorang ustaz, melalui perantaraan gurunya.
Jika
dahulu, mungkin terus saja kami dikawal emosi dan menolak.
Jika tanpa ilmu, mungkin akal tidak berfungsi malah terus menerima.
Jika tanpa ilmu, mungkin akal tidak berfungsi malah terus menerima.
Namun
teringat di hati kami kata-kata Syeikh Rohimuddin.
Lalu kami membalas kepada mereka, “Istikharah dengan ALLAH, musyawarah dengan guru dan keluarga. Suhbah dengan ana. Dah habis tiga-tiga, masih nak kahwin, khair sahaja. Jodoh dah tetap, ana tiada kuasa menghalang.”

Lalu
mereka membalas, “Ibn Atho'illah pernah berkata dalam hikamnya,
'ar-roja ma qoronahul amal, wa illa fahwa amniah.' Keinginan itu
perlu diusahakan jika tidak, ia hanyalah angan kosong. InsyaALLAH
akan diusahakan.”
Terdiamlah
ana di situ, maka istikharah memanggilku menghadap TUHAN.
Hari
berlalu, ana menangguh jawapan. Masih tiada ilham.
Hinggalah
tarikh 27 November menjengah. Malam sebelumnya kami syura bersama
beberapa sahabat. Meminta pandangan dan nasihat, meluahkan rasa hati.
Kami juga bertanya kepada sahabat yang berhajat, untuk mengenali.
Kerana sungguh, sedangkan banin kuliyyah tibb tak dikenali, apatah
lagi ustaz.
Dikhabarkan
dirinya paling 'arif membaca kitab.
Dikhabarkan dirinya baik agamanya.
Dikhabarkan dirinya baik agamanya.
Masih
tiada ilham. Hinggalah membuat keputusan, syura bersama
Syeikhuna.
Hati sayu memikirkan perbezaan masa, bagaimana hendak menghubungi guruku?
Takut menganggu, apatah lagi perkara begini.
Hati sayu memikirkan perbezaan masa, bagaimana hendak menghubungi guruku?
Takut menganggu, apatah lagi perkara begini.
Dengan
takdir ALLAH, bertanya kepada Syeikhuna di Kaherah sahaja.
Rendahnya rasa diri, tapi jika malu bertanya, sesat pula perjalananku.
Rendahnya rasa diri, tapi jika malu bertanya, sesat pula perjalananku.
Syukur
seribu kali syukur, alhamduLILLAH.
Syeikhuna memberi jawapan, terus kami sampaikan pada guru kepada ustaz berkenaan.
Moga sahaja, hati semuanya tenang.
Moga sahaja, jodohnya sebanding dengannya. Amin.
Syeikhuna memberi jawapan, terus kami sampaikan pada guru kepada ustaz berkenaan.
Moga sahaja, hati semuanya tenang.
Moga sahaja, jodohnya sebanding dengannya. Amin.
Dan
ku katakan kepadanya, bukanlah lelaki dan wanita itu diciptakan
sekadar untuk bercinta.
Tiada
yang lain untuk kami katakan, tapi khusus kepada sahabat di al-Azhar,
umum kepada sahabat di seluruh Mesir dan di mana jua.
Bernikahlah
kamu, hanya pada saat yang sesuai.
Walau apa pun umurmu, walau bagaimana pun keadaanmu.
Bernikahlah kamu, apabila telah memenuhi syaratnya.
Jangan dirisau akan rezekimu, kerana ALLAH akan membantu.
Walau apa pun umurmu, walau bagaimana pun keadaanmu.
Bernikahlah kamu, apabila telah memenuhi syaratnya.
Jangan dirisau akan rezekimu, kerana ALLAH akan membantu.
Usah
dibiarkan istikharah itu mengaburi.
Apakah benar ia dari Tuhan? Jangan keliru akan permainan nafsu.
Apakah benar ia dari Tuhan? Jangan keliru akan permainan nafsu.
Bersabarlah,
dan jika tidak mampu, puasa.
Hindarkan apa yang boleh mendekatkanmu dengan fitnah,
jika hati masih gentar akan dunia.
Hindarkan apa yang boleh mendekatkanmu dengan fitnah,
jika hati masih gentar akan dunia.
Bertakwalah
kamu kepada ALLAH.
Kerana sungguh, tiada seorang pun hamba mampu memberikan hidayah.
Kerana sungguh, tiada seorang pun hamba mampu memberikan hidayah.
*****
Untuk
dia yang bergelar hamba;
Ketahuilah,
jika perlu untuk hati ini menyintaimu,
tidak sekali mungkin mengalahkan cintaku pada ALLAH.
Sedarlah, jika benar hati ini bakal merindu,
tidak akan mencapai rinduku pada Rasulullah s.a.w.
tidak sekali mungkin mengalahkan cintaku pada ALLAH.
Sedarlah, jika benar hati ini bakal merindu,
tidak akan mencapai rinduku pada Rasulullah s.a.w.
Bukan
sekadar suami, tapi separuh agama yang dinanti.
ALLAHua'lam.
FatahALLAHu'alaik.
FatahALLAHu'alaik.
"Al Imam berkahwin dan melakukan sunnah Rasulullah s.a.w, sedangkan aku tidak berkahwin.
Beliau dikurniakan anak, lalu mendidik mereka dengan ilmu dan zikrullah serta mereka mendapat kebaikan.
Maka beliau pun mendapatkan kebaikan mereka di dalam ilmu serta zikrullah sedangkan aku tidak melakukannya.
Dia telah diuji pada jalan ALLAH lalu dia bersabar sedang aku tidak melakukannya."
-Bisyr al-Hafi tentang Imam Ahmad bin Hanbal-
I alwaysss wonder... do you not want to get married? You reminded of rabiah adawiyah for some reason... huhu
ReplyDeleteI don't know :)
DeleteALLAH had created me with HIS love,
and Prophet Muhammad s.a.w also love me as his ummah.
To gain both of that love and to take it in to my heart,
the love of others are not comparable.
It just can't be replaced.
I'm not Rabiatul Adawiyah, far from it.
She's the chosen Rabiatul.
And I'm just me.
Either Amirah or Umayr or any other names that you might call :)