Sunday, October 28, 2012

Sudah terang lagi bersuluh,


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tipu, kalau tidak terfikir: “Nak talaqqi 24 jam, tak nak ambil perubatan.”
Tapi, tiada kekuatan melainkan ALLAH.
Dan sesungguhnya pekerjaan separuh jalan itu menyeksakan dan membuang masa.
Jadi, 'ala kulli hal, dua-dua. Talaqqi wa Tibb.

Buat tolabul 'ilm, khususnya pelajar medik, amnya kepada semua.
Mungkin, terdetik di hatimu:
"Banyaknya perlu dihafal, perlu diketahui. Semua kena baca dan faham.”
Lebih ekstrem:
"Nak 'gila'.”
Lebih, terlampau ekstrem:
"Putus asa, tak nak belajar. Kalau Allah dah takdirkan lulus, lulus juga. Kalau takdir gagal, gagal juga.”

Berhentilah wahai sahabat yang dikasihi.
Pernahkah dikau tahu akan satu kisah?

Ketika di Medan Muktah, tentera Islam seramai 3000 orang yang dipimpin Zaid bin Harisah r.a. dihantar Rasulullah s.a.w berhadapan tentera Rom yang berjumlah 200 000 orang. Abdullah bin Rawahah r.a bersenandung dalam syairnya;

"Kenapa kita harus beredar dari medan ini
sedangkan pintu-pintu syurga telah terbuka untuk kita semua!”

Duhai sahabat, sedarkah akan dikau sekarang bahawa menuntut ilmu lebih payah?
Sedarkah akan pahalanya yang setaraf dengan mereka yang keluar berperang.

Sedangkan sakit mereka jiwa dan raga. Kita hanya peperangan mental dan intelektual.

Kata Syeikh Rohimuddin kepada kami,

"Antum mengaji, tinggalkan keluarga, tempat tinggal.
Penuh kerinduan, penuh ketakutan, mungkin kehinaan.”

Dengan ilmu barulah kita menjadi mulia.
Tapi bukan kemuliaan di mata manusia yang kita kejar. Tajdid niatmu.

Tatkala kamu merasa sukar akan hafazanmu, ketahuilah setiap penyakit itu ada ubatnya.
Lupa itu ada penawarnya.

Dibacakan syair Imam Syafi'i r.a kepadaku ketika menziarahi maqam Imam Waqi' r.a (wafat 192H/812M);

Mafhumnya: “Aku mengadu pada guruku Waqi',akan lemahnya hafalanku.Beliau memberiku petunjuk,agar ku tinggal laku durhaka (maksiat).Hafalan itu anugerah dari ALLAH Ta'ala.AnugerahNYA tidak diberikan kepada orang durhaka.

Ketika mengambil kitab juga ada doanya;

"Bismillah wa subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar.
Wa la hawla wa la quwwata illah billahil 'aliyyil 'azimil 'azizil 'alim.
'Adada kulli harfin kutiba wayuktabu abadal abidin wa dahra dahirin.”

Dan juga dari kitab yang sama menjadi rujukan, yakni Ta'lim Muta'allim,

"Bersiwak, minum madu, makan kemenyan putih dicampur gula, dan menelan kismis merah 21 butir setiap hari, kesemuanya dapat membuat mudah hafal lagi pula menyembuhkan berbagai macam penyakit.”

'Ala kulli hal, selawat dan memohon kepada Allahu 'Alim wa Fatah.

Hati diulit tidak percaya apabila telinga mendengar;
"Kalau nak pergi talaqqi, ajaklah.”

Pada mulanya, “Cakap dengan kami ke?”
Rupanya, aiwa. Sedikit bimbang, talaqqi mana yang perlu dibawa?
Bukanlah bimbang ramai ke talaqqi tempat kami menadah ilmu, namun istikharah itu lebih baik dalam menentukan keputusan, apatah lagi dalam hal memilih guru.

Kebimbangan itu bertambah bila kami menulis permasalahan ini.
Aiwa, yang mana ya?

Mohon doa, semoga ALLAH membantu kami dalam membimbing mereka ke majlis ilmu bukan sekadar tibb.
Kerana tiada kekuatan melainkan ALLAH.
Dan teringat akan kami Fatin Nuradilah yang bersama kami ke pengajian dahulu.
Mungkin sahaja anti membaca? InsyaALLAH.
Ketahuilah, semoga anti istiqamah. Hasbiyallah wa ni'mal waqil.
Segala ketakutan akan hilang, insyaALLAH.

Mohon doa, sangat-sangat memohon.
Kerana doa orang soleh itu mustajab, dan allahumma amin, semuanya soleh insyaAllah.

Salam dari Kaherah,
kegembiraan kami tercapai hajat ke maqam Imam yang ingin kami ikuti jejak langkahnya.
Imam Muhammad bin Idris bin al Abbas bin Usman bin Syafi'e.
Jumaat lepas, 26 Oktober 2012.

Aiwa, kenapa ya “Sudah terang lagi bersuluh?”
Lianna, al 'ilm nur, wal wudhu nur, fa yazdadu nur 'ilm bih.

Fatahallu 'alaik,
Allahua'lam.

Saturday, October 27, 2012

Ta'limul Muta'allim.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

"I would only write after I performed two rakaat of prayer and read two pages of al-Quran.” -sir Alizaman D. Gamon-

To meet someone who talks constantly is easy.
To meet someone who talks lesser than usual is quite easy.
To meet someone who talks beneficially is hard enough.
To meet someone who talks beneficially every, single, time is a challenge.

And that is also applicable to those who write.

On the 29th April 2012, I was given the sanad of the book Ta'limul Muta'allim with one condition (as we had only read the book more or less than half of it in front of Syeikhuna, Ustaz Muhadir bin Hj Joll as-Sanariy) – we have to read it cover to cover by ourselves.

If we had, then, qabiltu ijazah.

The copy that I own was dwi-languange, both Arabic and its Malay translation. To cut it short, I had only been able to read it entirely, every single words in both language, today. Yes, 27th October 2012. Egypt time.

Of course, Ta'limul Muta'allim can be found anywhere in any Islamic Bookstore. It is considered as the book that you can read it by your own but nevertheless, talaqqi would be a better option to comprehend it completely.

I won't write a summary of the book, but on the other hand, I would write what I had been thinking of writing about what I had learnt from the book, as well as from my experiences here in Cairo. InsyaAllah.

Sorry for the late wish, but... Eid Mubarak.
Kullu 'am wa antum bikhair.

Far, far away from Hayyu Safarad, Cairo.

Fatahallahu 'alaik.
Allahua'lam.

Monday, October 22, 2012

Hari Lahir,

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Peringatan hari lahir;


Telah tertulis suratan nasibmu.
Derita buatmu ada hikmahnya.
Terlukis senyum di bibir lesu.
Tak siapa tahu hatimu.

Mohon doa, mereka SYAHID.

Tiada siapa tahu hatiku.
Melainkan Dia yang ku cinta,
dan pasti akan jasad dan hati ini diuji kerana cinta juga.

Bagaimanakah mampu mengatakan ilmu yang tidak diamalkan?
Melainkan Dia akan memberi balasan.

Sukarnya istiqamah itu,
melainkan kepada mereka yang berasa dhaif.
Kerana dhaif itu membawa kepada kesedaran.
Akan diri yang lemah, faqir.
Akan Dia yang memiliki qudrah dan iradah.

Diajarkan kepadaku;
jangan pernah sekali melayan marah.
Kenapa melihat sesuatu yang buruk berlaku?
Sedangkan ada terkandungnya hikmah.

Dikatakan kepadaku;
kurangkan percakapanmu,
kurangkan makan minummu,
jangan sekali mengikut hawa nafsu.
Kerana pasti; ia menipu.

Dipesan kepadaku;
talaqqi itu bukan pilihan.
Yang dihadiri ketika lenggang.
Tapi itu satu kewajipan.
Walaupun... perjalanan seorang.

*****

Ditanya lagi, dan lagi.
"Anti seorang sahaja? Mana kawan?"
Pernah ada yang menegur,
"Mana musyrif?"

Soalan pertama, sekadar menjawab tiada.
Kebanyakan pelajar Kuliyyah Tibb Banat agak penuh jadualnya.
Siang hari belajar, malam hari menelaah.
Soalan kedua, sekadar senyap sahaja.

Hari jadi yang separa bahagia.
Alhamdulillah, masih mampu mengucapkan Lailahaillallah.
Masih bertemu masyaikh tercinta.
Masih melawat Masjid Azhar.
Walaupun mungkin tidak setiap hari kerana kesempitan waktu dan tanggungjawab lain.

Semakin dekat mati;
pertemuanku dengan Ilahi.
Moga diri diredhai,
oleh Dia yang Maha Mengetahui.
Isi hatiku. Dan isi hatimu.

Allahua'lam.


Wednesday, October 17, 2012

Raudhah Ilmu.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Memori di malam 1 Zulhijjah;

Apabila Raudhah bersandar padaku,
rasa bahagia namun tubuh menjadi kaku.
Risau pergerakan mengganggu anak guru,
tidak ku beralih hingga Raudhah berlalu.

Pesan diri kepada diri;

Jagalah adab,
jangan pernah biadap.
Dengan guru dan juga kitab,
demi barakah kita mengharap.

Kepada mereka yang menegur;

Bukan diri seorang,
mencari jalan yang terang.
Harus sedar tidak akan senang,
mungkin tiada masamu yang senggang.

Akhir kalam;

Denyut kasih medik,
bisikan cinta talaqqi.
Di saat hati berdetik,
merungkai cinta hakiki.


اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فأعفو عنا


Fatahallua'alaik.
Allahua'lam.

Tuesday, October 16, 2012

Mungkinkah diri bergelar Azhari?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh.

Mereka mengingatkan; ingatlah ALLAH.

*****

Dahulu, pernah sekali ana membaca.
Artikel bertajuk: Selayaknya Engkau Bergelar Azhari.
Pada saat itu hanya membayangkan teman di Azhar.
Tak terlintas, akan jatuh tanggungjawab itu pada hamba yang faqir.

Ketahuilah sahabat, atau sesiapa yang membaca.

Apa sahaja yang dinukilkan, apa saja yang diluahkan.
Diri ini sedang di kejauhan.
Kemungkinan emosi tidak tenteram, mungkin hati dibolak-balikkan.

Dan ingatlah ALLAH.

*****

Siapa kata di sini bahagia?
Berteman padang pasir gersang semata.

Siapa kata di sini sengsara?
Menuntut ilmu tanpa sempadannya.

Di sini, aku Umayr.

Bercita memegang panji Saidina Umar.
Mengikut langkah perwira Saidina Abu Bakar.

Mencari ilmu seperti Saidina Ali.
Bak Saidina Uthman, akhlak yang dimimpi.

Diharap semua bukan setakat angan.
Bertalaqqi itu bukan permainan.

Ilmu dikejar, guru dihormati.
InsyaAllah seperti itu, sehingga mati.

*****

Setiap apa yang ana tulis selepas ini, ketahuilah itu sekadar pemberi semangat.
Tipulah kalau ana tak takut akan jatuh.
Memendamkan diri di padang pasir.
Menjadi sekadar seperti biasa.

Sesungguhnya, ana datang ke Mesir dengan niat.

Mohon doakan,
dapat sujud di Masjid al-Azhar setiap hari.
Mohon doakan,
mampu berkejar ke talaqqi sekuat hati.
Mohon doakan,
dapat membentengkan hati seteguh besi.

Kerana di sini ada harapan, di sini ada dugaan.

Catatan hari ke-15 setelah bertapak di bumi Anbiya'.
Moga Allah redha.
Allahua'lam.