Posts

Showing posts with the label Majmu' Syarif

Wirid yang dinanti.

BismiLLAHirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Terjawab sudah mengapa dihadirkan di hati, menulis kembali. Persoalan Majmu' Syarif yang kami juga pernah dibelenggu dahulu. Hingga kini, secara jujurnya kami tidak tahu apakah perlu diletakkan hukum. Namun, pastilah bukan dari kami. Jadi kami mengikut kaedah fiqh, "Apabila bertembungnya dua kemudharatan, pilihlah kemudharatan yang ringan." Kami memilih sesuai dengan kaedah hadith, "Apabila dua hadith yang zahirnya bertentangan dan setelah mengikuti turuq (jalan) masih tidak dapat digabungkan, dinasakhkan dan sebagainya -- maka tawaqquf (berhenti)." Namun bismiLLAHi masyaALLAH, tiada hadith yang ulama' tawaqquf dalam menilainya. Khair. Pertamanya, kitab Majmu' Syarif sudah lama di Tanah Melayu. Banyak pula dijual di maktabah. Jika difikirkan secara aqal, adakah sebuah kitab yang nyata salahnya akan dibiarkan ters...

Majmu' Syarif.

Assalamualaikum w.b.t. Update 16/5/2013: http://umairahazwani.blogspot.com/2013/05/wirid-yang-dinanti.html Ingin ku katakan, apa yang bakal ku sebutkan hanya pendapat semata-mata. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Beberapa hari yang lepas, terlihatlah sebuah buku bertajuk, Majmu' Syarif. Pertama kali ku lihat dan tidak pernah ku ketahui sebelum ini. Jadi, diri memutuskan untuk melihat dan mempelajari apa yang di dalamnya. Buku yang ku baca itu terjemahan Melayu. Sedangkan kitab yang asal, tiada nama penulisnya. Dibahagikan kepada 30 bab, dimulakan dengan Fadhilat Surah Pilihan dan disusuli dengan pelbagai doa. Pada 10 bab pertama yang menerangkan fadhilat surah-surah, tidak merasakan apa-apa yang pelik di situ lalu diteruskan pembacaan dan sekali gus cubaan menghafal isi-isinya. Sehinggalah kepada bab yang menerangkan fadhilat doa. Kerana terdapat 20 bab yang selebihnya dipenuhi dengan doa, hanya 5 bab pertama saja yang dibaca. Kerana pernah ku baca,...