Wirid yang dinanti.
BismiLLAHirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.
Terjawab sudah mengapa dihadirkan di hati,
menulis kembali.
Persoalan Majmu' Syarif yang kami juga pernah dibelenggu dahulu.
Hingga kini, secara jujurnya kami tidak tahu apakah perlu diletakkan hukum.
Namun, pastilah bukan dari kami.
Jadi kami mengikut kaedah fiqh,
"Apabila bertembungnya dua kemudharatan, pilihlah kemudharatan yang ringan."
Kami memilih sesuai dengan kaedah hadith,
"Apabila dua hadith yang zahirnya bertentangan dan setelah mengikuti turuq (jalan) masih tidak dapat digabungkan, dinasakhkan dan sebagainya -- maka tawaqquf (berhenti)."
Namun bismiLLAHi masyaALLAH, tiada hadith yang ulama' tawaqquf dalam menilainya.
Khair.
Pertamanya, kitab Majmu' Syarif sudah lama di Tanah Melayu. Banyak pula dijual di maktabah. Jika difikirkan secara aqal, adakah sebuah kitab yang nyata salahnya akan dibiarkan tersebar oleh ulama' di Malaysia?
Kami merasakan tidak.
Walaupun kemungkinan lain tetap ada.
Oleh itu, bagi kami secara peribadi, khair (boleh) saja untuk beramal dengan bacaan, tetapi yang memang nyata sudah bersanad atau pun sekurang-kurangnya ada ulama' yang menyarankan pembacaannya.
Seperti yang kami bicara sebelum ini,
Wirdul Latif dan Ratib al-Haddad khair sahaja untuk dibaca.
Surah-surah di al-Quran juga sudah nyata khair walaupun tidak perlu disebutkan fadhilat.
Mungkin sahaja jika ada yang berniat, sesetangah surah boleh dibaca mengikut niat.
Namun di sini, kami lebih menyarankan membeli kitab wirid yang sudah jelas siapa penulisnya, apa sanadnya dan mungkin kelebihannya.
Kitab himpunan wirid dari Syeikh kami sendiri:
1. Bekal Akhirat, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki.
2. Ratibul Hadad, Ustaz Muhadir bin Hj Joll.
3. Perisai Tiga Kekasih ALLAH, Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki.
Dan yang sangat masyhur, amalan pagi dan petang,
1. al-Ma'thurat, al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna.
Kerana kami merasakan, yang dipertemukan dengan Majmu' Syarif adalah mereka yang mencari amalan untuk dijalankan sehari-hari.
BismiLLAHi masyaALLAH.
ALLAHua'lam.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Terjawab sudah mengapa dihadirkan di hati,
menulis kembali.
Persoalan Majmu' Syarif yang kami juga pernah dibelenggu dahulu.
Hingga kini, secara jujurnya kami tidak tahu apakah perlu diletakkan hukum.
Namun, pastilah bukan dari kami.
Jadi kami mengikut kaedah fiqh,
"Apabila bertembungnya dua kemudharatan, pilihlah kemudharatan yang ringan."
Kami memilih sesuai dengan kaedah hadith,
"Apabila dua hadith yang zahirnya bertentangan dan setelah mengikuti turuq (jalan) masih tidak dapat digabungkan, dinasakhkan dan sebagainya -- maka tawaqquf (berhenti)."
Namun bismiLLAHi masyaALLAH, tiada hadith yang ulama' tawaqquf dalam menilainya.
Khair.
Pertamanya, kitab Majmu' Syarif sudah lama di Tanah Melayu. Banyak pula dijual di maktabah. Jika difikirkan secara aqal, adakah sebuah kitab yang nyata salahnya akan dibiarkan tersebar oleh ulama' di Malaysia?
Kami merasakan tidak.
Walaupun kemungkinan lain tetap ada.
Oleh itu, bagi kami secara peribadi, khair (boleh) saja untuk beramal dengan bacaan, tetapi yang memang nyata sudah bersanad atau pun sekurang-kurangnya ada ulama' yang menyarankan pembacaannya.
Seperti yang kami bicara sebelum ini,
Wirdul Latif dan Ratib al-Haddad khair sahaja untuk dibaca.
Surah-surah di al-Quran juga sudah nyata khair walaupun tidak perlu disebutkan fadhilat.
Mungkin sahaja jika ada yang berniat, sesetangah surah boleh dibaca mengikut niat.
Hadith menyebut :
انما الأعمال بالنيات
Hanyasanya amalan itu itu dinilai berdasar kepada niat
Kaedah fiqh menyebut :
الأمور بمقاصدها
Sesuatu perkara itu berdasarkan kepada tujuannya.
Kitab himpunan wirid dari Syeikh kami sendiri:
1. Bekal Akhirat, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki.
2. Ratibul Hadad, Ustaz Muhadir bin Hj Joll.
3. Perisai Tiga Kekasih ALLAH, Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki.
Dan yang sangat masyhur, amalan pagi dan petang,
1. al-Ma'thurat, al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna.
Kerana kami merasakan, yang dipertemukan dengan Majmu' Syarif adalah mereka yang mencari amalan untuk dijalankan sehari-hari.
BismiLLAHi masyaALLAH.
ALLAHua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم