Menepis bisikan nafsu.
BismiLLAHirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
"Wahai saudaraku, para pencari dan penuntut ilmu,
oleh kerana kesungguhan dan hasrat serta kehausan ilmu ada pada dirimu,
pastikanlah itu dalam kebenaran.
Jangan sampai di dalam niatmu untuk mencapai ilmu itu dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu kebanggaan bagi dirimu sendiri dan untuk keangkuhan terhadap teman sejawatmu, untuk memikat perhatian orang terhadap dirimu sendiri dan untuk mengumpulkan pelbagai keduniawian yang hampa ini.
Maka kalau tujuan niatmu demikian halnya,
itu bererti engkau meruntuhkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri.
Menjual kehidupan hari kemudian yang abadi dengan keduniawian yang fana ini."
al-Imam Hujjatul Islam al-Ghazali.
Kami di al-Azhar dan seluruh Mesir umumnya sedang menjalani hari-hari terakhir tahun pengajian ini. Ada yang sudah bermula menduduki peperiksaan dan ada juga yang hanya menghitung hari.
BismiLLAHi masyaALLAH.
Peperiksaan pertama sudah tamat.
Physiology.
Setakat tahun ini sahaja, untuk Physiology kami diberi mandat menuntut ilmu 6 buah kitab.
Autonomic Nervous System (ANS)
Cell, Nerve and Muscle (CNM)
Blood
Cardiovascular System (CVS)
Respiration (RESP)
Digestive System (GIT)
Dua minggu kami di sini menelaah kitab, membina asbab.
Tidak mustahil ALLAH beri jawapan walaupun tidak membaca,
tapi siapa kami untuk berbuat begitu?
Sedarkan diri kami manusia biasa, hamba yang sering meminta,
maka kami membaca.
Tapi satu itu pasti; yang beri ingat bukan banyaknya membaca. Itu asbab.
Tapi ALLAH yang mengizinkan. Itu iman.
"Hanya majnun bergantung kepada asbab." Syeikhuna.
Usai peperiksaan, kami menaip kembali soalan dan jawapan dengan beberapa niat.
Dengan takdirnya, untuk penilaian lisan (oral examination), 3 daripada 6 soalan adalah dari soalan yang kami taip.
Walaupun kedua-dua doktor bukan pembuat soalan,
walaupun seribu satu soalan boleh ditanya dari 6 subjek,
tetapi ALLAH jua Maha Berkehendak
BismiLLAHi masyaALLAH.
Langkah seterusnya, menuju Biochemistry.
Dengan izinNYA,
perjuangan untuk 3 buah kitab lagi.
Dengan izinNYA,
kami diberi masa untuk membuat statistik dan jawapan untuk soalan tahun sebelumnya di kuliah kami.
Masih dalam proses, mohon doa kami mampu menyelesaikannya.
"Berbuatlah semampu-mu, dan ALLAH akan membalas semampu-NYA"
Ustaz Luqman.
Untuk rujukan soalan dan jawapan Biochemistry:
2012
2011
2010
2009
Moga ALLAH redha.
Ameen ya RABB.
"Tidak melakukan ibadah kerana takut riak -- itu adalah riak."
Moga setiap nafas hanya kerana-NYA.
Ameen ya RABB.
Menepis bisikan nafsu,
ketahuilah di dalam dirimu itu jua ada ruh.
Ada hati yang mengajak ke arah kebaikan.
ALLAHua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم