Apabila cinta pada...
Assalamualaikum w.b.t. Apabila cinta pada... kejuruteraan automotif. Ramai yang berkata, dan bertanya... "Amirah dah tak nak jadi cikgu?" "Baguslah jadi jurutera." "Kalau nak jadi jurutera, tak boleh menangis selalu." "Kamu betul nak jadi jurutera?" "Kejuruteraan automotif?" ...dan banyak lagi. Sepanjang hidup sebelum tahun menduduki SPM mula mengintai tabir, tidak pernah terlintas di dalam hati untuk menjadi jurutera. Walaupun dahulu semasa darjah satu, guru kelas telah menetapkan di kotak kecil yang menanti di isi cita-cita: jurutera. Sampai sekarang buku rekod itu masih ada dalam simpanan dan perkataan jurutera itu masih jelas. Hari-hari pertama di CFS, seorang brother dari STAD telah memaparkan semua pilihan yang ditawarkan oleh Kuliyyah Kejuruteraan UIAM. Dan di saat itu, siapakah yang boleh memahami perasaanku? Di saat itu, di hadapan mataku terpapar; Kejuruteraan Automotif. Walaupun ternyata, semasa brother...