Apabila cinta pada...

Assalamualaikum w.b.t.


Apabila cinta pada...


kejuruteraan automotif.




Ramai yang berkata, dan bertanya...


"Amirah dah tak nak jadi cikgu?"
"Baguslah jadi jurutera."
"Kalau nak jadi jurutera, tak boleh menangis selalu."
"Kamu betul nak jadi jurutera?"
"Kejuruteraan automotif?"


...dan banyak lagi.


Sepanjang hidup sebelum tahun menduduki SPM mula mengintai tabir, tidak pernah terlintas di dalam hati untuk menjadi jurutera. Walaupun dahulu semasa darjah satu, guru kelas telah menetapkan di kotak kecil yang menanti di isi cita-cita: jurutera.


Sampai sekarang buku rekod itu masih ada dalam simpanan dan perkataan jurutera itu masih jelas.


Hari-hari pertama di CFS, seorang brother dari STAD telah memaparkan semua pilihan yang ditawarkan oleh Kuliyyah Kejuruteraan UIAM. Dan di saat itu, siapakah yang boleh memahami perasaanku? Di saat itu, di hadapan mataku terpapar; Kejuruteraan Automotif.


Walaupun ternyata, semasa brother itu menjelaskan tentang Kejuruteraan Automotif, tidak banyak yang dibincangkannya. Sehinggalah satu hari, ENGENIUS telah melaksanakan satu program yakni DISKOE (Discovery of Kuliyyah of Engineering). Saat itu ku lihat jadual, ku pergi tepat pada masa hanya untuk mendengar tentang Automotif. Sempat berbicara seketika dengan pensyarah, walaupun hanya diri seorang dan betapa gementarnya hati ketika itu, namun cintaku terhadap Automotif tetap utuh.


Teringat ketika ditemu ramah untuk Kejuruteraan Aeronautik. Betul-betul sehari selepas keuar daripada hospital. Setelah lulus ujian IQ, dihadapanku ketika itu dua orang pegawai dan mereka memandang sambil berbicara dalam bahasa Inggeris. Persoalan yang nyata diberikan, adakah diri mampu menjadi seorang jurutera?


Dan kadang-kadang sepanjang perjalanan menjadi seorang pelajar, seorang anak, seorang rakan dan yang paling penting, seorang hamba, diri terlupa seketika akan cinta terhadap Automotif. Yang dikejar hanya keputusan yang bagus, keputusan yang elok, keputusan yang boleh diberitahu kepada ibu bapa. Sedangkan, kepentingan Automotif itu sudah terlupa sedikit. Sehingga, bertanya kepada diri, mengapa perlu belajar?


Kenapa saya perlu belajar?


Acap kali setiap hari apabila duduk di meja belajar di CFS, akan melihat buku-buku yang ada di hadapan untuk ditelaah. Seperti yang berlaku semester lepas, ada Kimia, al-Hikam, Fiqh, Hadith dan sebagainya. Oleh kerana hanya subjek Kimia sahaja semester lepas, masa lebih banyak diluahkan untuk buku-buku yang lain. Kerana akal sering bertelagah dengan hati.


Akal mengatakan, "Belajarlah Kimia sebentar cuma, peperiksaan sudah hampir."
Hati membalas, "Kenapa perlu belajar Kimia? Bukankah belajar agama itu lebih penting?"
Akal memberitahu, "Bukan tidak mahu belajar agama. Tapi hanya sekejap sahaja melihat Kimia. Itu tanggungjawabmu sebagai seorang pelajar."
Hati membalas, "Tanggungjawab sebagai hamba pula bagaimana? Sebagai da'ie?"


Kenapa perlu saya belajar, fardhu kifayah?


Kerana saya seorang pelajar.
Saya telah berjanji dihadapan Dean semasa minggu ta'aruf. Bai'ah yang telah membuatkan diri menangis kerana besarnya janji itu.


Kerana saya seorang anak.
Saya perlu membalas jasa ami dan abah. Walaupun mereka tidak pernah meminta, tidak bermakna saya tidak perlu memberi.


Kerana saya seorang rakan.
Apalah gunanya rakan jika hanya mematahkan semangat yang melihat? Rakan yang baik akan menambah usaha rakan yang lain untuk berusaha fisabilillah.


Kerana saya seorang anak murid.
Bukti cinta saya kepada guru yang mengajar adalah dengan usaha yang tiada henti.
Bukti cinta saya kepada ilmu yang dipelajari adalah dengan memahami sepenuh hati.


Kerana saya seorang da'ie.
Walaupun hanya da'ie kepada diri sendiri, tapi tidak bermakna ilmu yang ada di dalam dada lebih sedikit daripada orang yang bukan Islam sendiri.


Kerana saya seorang hamba.
Tuhanku telah menetapkan diri untuk berada di CFS. Untuk belajar apa yang perlu dipelajari. Akan ada masa untuk fardhu 'ain, dan akan ada masa untuk fardhu kifayah. Terpulang pada diri untuk membahagikan masa dengan baik.


Bukankah kita semua sama, 24 jam sehari.




Satu hari ketika ada masalah yang sungguh berat bagiku, terlihat video ini dengan izin Allah.
InsyaAllah, bermanfaat bagi semua.

Wallahua'lam.

Comments

  1. Salam . Amirah , saya amat mengkagumi hasil penulisan kamu . InsyaAllah , semua kerjaya sesuai untuk kita . Hanya bagaimana kita menjadikkannya halal dan berkat sahaja perbezaannya antara yang lain .

    ReplyDelete

Post a Comment

بسم الله الرحمن الرحيم

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.