Pabila Iman Diuji.
Assalamualaikum w.b.t.
Kisah Ahlam.
Kisah Ahlam.
*****
Dengan
nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat
dan salam ke atas junjungan kami, Rasulullah s.a.w.
Hasil
karya,
Umairah
Hawani.
Pabila
iman diuji.
Langkah
Aisyah terhenti. Dia menoleh. Kelihatan rakan karibnya, Ahlam sedang
mengutip sesuatu di jalanan. Dia memandang memerhati, “Adakah Ahlam
terjatuhkan sesuatu?” bisik hatinya. Seketika kemudian Ahlam
mengangkat kepalanya, tersenyum dan berjalan mendapatkan Aisyah.
Aisyah
masih merenung tangan kanan Ahlam.
“Sampah?”
tegur Aisyah, sedikit terkejut. “Kenapa anti kutip sampah? Bukankah
sudah ada pekerja di CFS ini?” tanya Aisyah lagi, tanpa menunggu
jawapan. “Tak apalah, bukan susah pun. Itu, bukankah di depan sana
ada tong sampah? Boleh sahaja ana tolong buangkan,” ujar Ahlam
sambil pandangannya ditujukan kepada tong sampah berhampiran kafe.
Mereka berdua sedang berjalan pulang dari kelas di Blok E, menuju ke
mahallah.
Aisyah
masih tidak puas dengan jawapan itu. Dia tahu, Ahlam pasti mempunyai
hujah sendiri di sebalik tingkah lakunya. Tidak mungkin jawapannya
seringkas itu. “Kan sudah kotor tanganmu itu,” katanya. “Tangan
dikotori sampah boleh dibasuh. Tangan dicemari dosa, na'uzubillah,
bagaimanakah cara mensucikannya melainkan dengan taubat? Masih juga
ada kesannya jika yang menjadi punca kotornya tanganku ini dosa,”
balas Ahlam. “Hujahmu masih tidak mantap, ya ukhti,” tegas
Aisyah.
Ahlam
membuang sampah di tangannya ke dalam tong yang disediakan, lalu
membersihkan tangan di sinki kafe. Mereka menyambung perjalanan.
Ahlam menarik nafas, mempersiapkan diri untuk berkata-kata. “Semasa
talaqqi, ustazku menerangkan sebuah hadith. Hadith ke-23 daripada
Hadith Arbain. Akan ku bacakan sebahagiannya. Sanadnya bermula dari
Abi Malik al-Harith bin 'Asim al-Ash'ari r.a. katanya: Telah bersabda
Rasulullah s.a.w: Suci itu sebahagian iman. Ada juga yang
menafsirkan, membersihkan diri itu separuh daripada iman.” Dia
berhenti seketika. Mengutip sampah di tepi laluan lalu dibuang.
“Dari
Abu Hurairah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w : Iman itu mempunyai
lebih dari tujuh puluh atau lebih enam puluh cabang, yang paling
utama ialah perkataan tiada Tuhan melainkan Allah dan yang paling
rendahnya ialah membuang sesuatu yang menyakitkan dari jalan dan malu
itu satu cabang dari iman.” sambung Ahlam.
“Ana
masih tidak mengerti kaitannya dengan keperluan anti mengutip setiap
sampah yang terlihat dek mata,” potong Aisyah.
Ahlam
tersenyum, mendoakan kesabaran Aisyah di dalam hatinya. Dia
menyambung bicara. “Bukankah sampah itu sesuatu yang menjadikan
persekitaran kotor, wahai sabahat? Jadi diri cuba memelihara iman,
dengan membuang sampah itu di tempat yang sepatutnya. Maka hadith
yang pertama itu ku ikuti. Ana ingin menyucikan persekitaran CFS ini.
Bukankah jua, sampah itu sesuatu yang menyakitkan matamu dan berada
di jalanan? Jadi diri ini cuba membuang rasa sakit itu dan
mengantikannya dengan kebersihan. Dengan harapan tempat di mana kita
menimba ilmu ini, membuatkan sesiapa saja jatuh cinta kepadanya
kerana kebersihannya. Maka hadith yang kedua itu ku ikuti. Malahan
itu merupakan tahap iman yang paling rendah.”
Aisyah
terdiam. “Jadi bagi pihak ana yang tidak mengutip sampah itu,
bagaimanakah dengan imanku?” tanya Aisyah. Dia ragu, adakah maksud
Ahlam bahawa imannya memang serendah itu? Sekali lagi Ahlam
tersenyum. “Bukan begitu, wahai sahabat. Allah menurunkan ujian
yang berlainan kepada setiap hambaNya berdasarkan tahap keimanannya.
Tidaklah Allah membebankan hambaNya melebihi kemampuan. Sampah yang
ku lihat, bagiku adalah ujian yang ditujukan kepadaku. Boleh jadi
sahaja anti tidak sedar di situ ada sampah, kerana itu bukan ujian
bagimu. Malah bukan dengan sengaja diri mencari sampah, hanya mata
yang ditakdirkan untuk memandang. Itu semua, ketentuan Allah s.w.t,”
jelas Ahlam.
Sekali
lagi Aisyah terdiam, kali ini dia berfikir. Memang benar kata Ahlam
bahawa dia jarang terlihat sampah, hinggakan dia pelik bagaimana
Ahlam boleh menjumpainya. Mungkin benar, bukan takdir Allah.
“Iman
itu, boleh bertambah jua berkurang. Malahan iman juga boleh
dihinggapi penyakit, yakni penyakit hati dan selainnya. Maka dengan
itu, iman harus dijaga. Ibaratkan saja iman itu seperti sekuntum
bunga yang anti tanam. Bukankah ia perlu dijaga supaya bunga itu
mekar? Juga perlu dielakkan daripada dihinggap serangga perosak. Itu
menunjukkan bukan sahaja perlu melakukan amal, tetapi menjauhi
maksiat. Apabila dijaga baik bunga itu, ada pula yang cuba
memetiknya. Itu adalah ujian. Semakin cantik bunga itu, semakin ramai
yang mahukan. Persis seperti iman, semakin bertambah nilai imanmu,
semakin sukar ujianmu,” Ahlam menyambung penerangan.
“Dan
imanku diuji, dengan sampah di jalanan. Ana menghormati sampah itu
kerana itu mungkin kadar nilai imanku. Jadi dengan rasa hormat, ana
meletakkan ia di tempatnya. Bukankah kezaliman akan berlaku jika kita
meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya? Inilah hujahku kepadamu,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,” Ahlam menutup bicara. Mahallah
yang dituju sudah kelihatan di depan mata.
Dengan
langkah yang perlahan, keduanya membisu meneruskan perjalanan. Aisyah
masih berfikir, manakala Ahlam pula sedang berzikir.
Setibanya
di mahallah, Aisyah ternampak bungkusan kecil berdekatan tong sampah.
Dia mengutipnya lalu memasukkan ke dalam tong. Dia menoleh kepada
Ahlam yang memerhati, lalu keduanya tersenyum. “Yang itu adalah
ujian untukku,” kata Aisyah. Ahlam mengucapkan hamdalah di dalam
hati. Memuji kebesaran Allah s.w.t yang mempermudahkan dia untuk
berbicara dan Aisyah untuk memahami.
*****
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم