The things I accidentally did.

Assalamualaikum w.b.t.

My holidays are going to be cut short -- again.
So... what had I actually, accidentally did?

I agreed to attend RAFEST induction.


I'm scared.

Well, I actually am. The thing is, I am afraid of the possibility of going to the induction alone.
The others are not available. They are busy. And I'm not, I guess. I still have the time to write things.

With responsibility came along experience on handling it.



Teringat;
Akan berlaku di akhir zaman orang yang memperta­han­kan agamanya seperti menggenggam bara api.” (Riwayat Tirmizi)

Ketika berjalan-jalan di laman web untuk mencari ilmu tentang sunnah Nabi Muhammad s.a.w, bertemu dengan laman web: http://www.rakanmasjid.com

Sebuah persatuan dartri Universiti Teknologi Petronas (UTP). Teringat beberapa hari lepas bertemu dengan rakan-rakan sekolah lama dan kesemuanya sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi yang berlainan.

Nur Aisyah, Diploma Akaun di UiTM, Perak.
Ahmad Soliheen, A-Level, KYUEM.
Ilhan, Asasi TESL, UiTM Puncak Alam.
Muhammad Faiz, Diploma Perladangan, UiTM Negeri Sembilan.
Nik Nur Hasniza, STPM, Kelantan.
Nur Wahidah, Diploma, UiTM Perlis.

Antara yang diborakkan adalah tentang persatuan-persatuan yang bersifat keagamaan, dan pastilah persatuan pelajar Islam. Masing-masing menyebut nama persatuan masing-masing, bagaimana mereka beroperasi dalam berdakwah dan sebagainya. Dan tiba-tiba saya terdiam di penjuru dan terfikir tentang CFS.

Di CFS ada Iqra' (Persatuan Hafiz dan Hafizah), FSC (Persatuan Fasilitator), Campus Buddies dan lain-lain. Perbezaan CFS dan IPT lain mungkin terletak pada persatuan yang lainnya. Sementalah IPT lain mungkin ada persatuan tertentu yang mengkhususkan bidang dakwah sebagai objektif dan misi persatuan, setiap persatuan di CFS pula mempunyai biro Dakwah dan Tarbiah (DNT) sendiri. Atau pun lebih dikenali Discpline and Welfare (DNW).

Mungkin saya boleh katakan setiap persatuan itu, mempunyai pendakwah masing-masing. Perkara ini sedikit memudahkan, kerana pastilah setiap ahli persatuan mengetahui siapa yang bertugas untuk tujuan dakwah, mengingatkan antara satu sama lain tentang agama kita, Islam yang benar.

Sekali lagi bersyukur kerana terpilih UIA semasa mengisi borang permohonan IPT. Pilihan atas dasar akal dan nasihat teman. Walaupun UIA tidak sempurna, namun Islam itu masih ada insyaAllah.

Dan kebahagiaan terasa di situ mendengar aktiviti dakwah yang berjalan di semua IPT. Walaupun jasad mungkin berjauhan, namun Islam tetap berkembang. Cuma mungkin ada yang tidak tahu, dan perlulah mengambil tahu.

Takbir, ALLAHUAKBAR!



p.s: Oxygen, Potassium: Kisah Kimia. Inspirasi semasa Sem 2 hendak dilabuhkan tirai sebelum sem 3 bermula. Kata seseorang, "Dah biasa tengok Uranium-Fluorine-Oxygen." Harap tak ada yang 'cemburu' apabila baca "Tentang Jadual Berkala" :D 'Dia' tetap milik anda, insyaAllah.


Wallahua'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.