Nur cahaya,


Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami, Rasulullah s.a.w.

Hasil karya,

Umairah Hawani.

Hijab.

Ahlam duduk di situ. Di atas kerusi di hadapan Mahallah Khadijah. Dia di bawah bayang-bayangan pohon di situ, di hadapannya Mahallah Umar al-Khattab dan padang CFS. Dia melihat ke atas, melihat pohon. Cermin mata dibuka, dan yang hanya dilihat hanya warna hijau yang kabur. Sedikit dia bersedih hati kerana nikmat Allah yang diberikan untuk melihat telah dipersia-siakan. Penglihatannya semakin teruk, bermula saat dia kecil kerana terlalu banyak membaca buku di dalam gelap.

Tika dia di situ buat beberapa ketika, dia dikejutkan dengan ucapan salam. Dia menjawab lalu berpaling, melihat si pemberi salam. Dia memakai cermin matanya kembali.

“Nur,” tegur Ahlam sambil tersenyum.
“Anti buat apa di sini?” tanya Nur. Dia duduk di sebelah Ahlam.
“Sedang menunggu azan, kadang kala di bilik tidak dengar. Sebentar lagi sudah azan, insyaAllah ana kembali ke bilik untuk solat,” balas Ahlam. Kelihatan Nur menganggukkan kepala.
“Boleh ana menanyakan sesuatu?” tanya Nur lagi. Ahlam mengangguk.
“InsyaAllah, tanyalah,” jawab Ahlam.
“Bagaimana ya, hendak istiqamah bertudung?” tanya Nur.

Ahlam terdiam. Dia hairan sedikit mengapa Nur bertanyakan begitu sedangkan sepanjang pengetahuannya Nur bertudung sentiasa dan menjaga auratnya. Namun dia mengendahkan bisikan hati, cuba untuk bersangka baik.

“Adakah anti seorang Muslim, Nur?” tanya Ahlam setelah seketika menyepi.
Kali ini giliran Nur pula terdiam. “Ya, saya seorang Muslim,” jawabnya.
“Adakah anti seorang Mukmin?” tanya Ahlam lagi.
“InsyaAllah,” balas Nur.
“Adakah anti mempunyai Tuhan? Lalu siapa Tuhanmu?” soalan berganda daripada Ahlam.
“Ana mempunyai Tuhan. Allah Tuhanku satu-satunya,” balas Nur. Perasaan hairannya berganda. Namun dia sabar dan menanti. Pasti Ahlam akan menjelaskan.
“Apa kitabmu dan apa yang diucapkan Tuhanmu di dalam kitab itu?” tanya Ahlam.
“Kitabku Al-Quran al-Karim, yang membezakan antara hak dan batil. Sungguh, ana tidak mengerti apa maksudmu dengan ucapan itu. Al-Quran sepenuhnya firman daripada Allah,” jawab Nur.

Ahlam menghentikan pertanyaan.

“Wahai sahabat yang ku kasihi, jawapanmu benar sekali. InsyaAllah, anti seorang Muslim. InsyaAllah, anti seorang Mukmin. Tuhanmu adalah Tuhanku dan Tuhan mahkluk sekian alam yang kita lihat mahupun tidak. Lailahaillah, ya ukhti. Al-Quran kitabmu dan kitabku. Mukjizat terbesar kepada penghulu kita, Nabi Muhammad s.a.w. Dan Allah telah berfirman di dalamnya. Allah telah berfirman di dalam al-Furqon,

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Al-Ahzab:59]

Lalu mengapa seorang tidak istiqamah untuk menutup aurat? Wahai Nur,

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat daripada Tuhannya, lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami meletakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan sungguh pun kamu (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan medapat petunjuk selama-lamanya." [Al-Kahfi: 57]

Benar sahabat, kadang-kadang kita lupa. Ada masa kita leka.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan.Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah." [Al-Kahfi: 54]

Tapi, jangan lupa. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Manusia tidak lalai melakukan dosa, namun mengapa tidak berusaha untuk bertaubat? Sedangkan kematian semakin hampir setiap hari. Ingatlah sahabat,

"Dan Tuhanmulah Yang Maha Pengampun lagi mempunyai rahmat." [Al-Kahfi: 58]”

Ahlam berhenti berbicara, azan mula berkumandang. Mereka berdua diam seketika mendengar azan. Setelah azan tamat, Nur pula berbicara.

“Syukran ya ukhti, atas jawapan anti.”
“'Afwan. Ilhamku daripada Allah, segala pujian bagiNya. Nur, ana cuma hendak menambah sesuatu,” kata Ahlam.
“Tafadhal,” kata Nur.
“Perihal aurat, ada yang mungkin mula berjinak-jinak menutup aurat namun masih tidak sempurna. Dalam hal ini, pada pendapat ana sendiri, tidaklah perlu mengamalkan “sikit-skit, lama-lama jadi bukit.” Dosa pun “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.” Kalau mampu, tutuplah aurat sepenuhnya mengikut keselesaan, wallahua'alam. Ana minta diri dulu untuk solat, assalamualaikum,” Ahlam bangkit dan menyalam Nur. Nur juga bangkit dan mereka berdua berpisah menuju ke bilik masing-masing untuk menunaikan solat.

Nur berfikir sepanjang perjalanan. Tentang auratnya, tentang aurat rakan lain yang dikasihinya. Islam itu agama yang penuh kasih sayang. “Salahkah kalau aku mengingatkan orang lain?” bisik hatinya sendiri.

*****

Wallahu'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.