Travel log 8.
Assalamualaikum w.b.t.
"Madrasah mana?"
Saya mengangkat muka, melihat dia.
"Madrasah mana?" ulang dia.
Saya menggeleng. Bermaksud, bukan dari mana-mana madrasah.
Dalam hati berbisik, 'Adakah dia bertanya tentang talaqqi?'
Diri baru sahaja pulang dari talaqqi Madrasah an-Nur. Dia menaiki bas yang sama di tempat yang sama. Jadi adakah dia bertanya tentang Madrasah an-Nur?
Tekaanku terhenti apabila dia bertanya, "Bukan hafiz?"
Sekali lagi menggeleng lalu mengalihkan pandangan. Perbualan tidak perlu diteruskan.
Bahkan dia menegur pun sudah cukup pelik bagi diri. Adakah diri memang perlu ditegur?
Sedikit terasa hati dengan pertanyaan itu. Namun, mengingatkan diri untuk sentiasa mencuba, sentiasa menghafaz, dengan izin Allah.
Bas semakin penuh dengan penumpang, saya berdiri di hadapan sekali, berdekatan pemandu dan cermin bas. Jalan raya jelas di hadapan.
"Boleh pinjam?"
Saya menoleh ke sebelah kiri. Dia lagi.
Pandangannya ke tangan, yang sedang memegang Tafsir al-Quran dan telefon.
Seketika tertanya-tanya, pinjam Tafsir atau telefon?
Pastilah Tafsir, lalu dihulurkan. Tetap tak berbicara. Tak perlu.
Pandangan sekali lagi dialihkan, namun masih lagi boleh melihat apa yang dia lakukan.
Tafsirku diselak, setiap nota yang ditulis mungkin dibaca, dan setiap tanda dilihat. Hanya Allah yang tahu apa yang bermain difikirannya.
"Tanda ini untuk apa?"
Saya menoleh untuk melihat. Tanda yang ditunjukkan adalah yang berwarna merah jambu.
"Itu untuk surah lazim, dan untuk hafazan," jawabku.
"Sudah hafal berapa juzu'?
Terdiam. Hafalan selalunya ikut surah, tak kira pula juzu'. Kalau mengikut juzu', baru bermula dari juz 30. Lalu menjawab, "Baru mula juz 30."
"Oh. Saidina Umar kata, kalau nak mula hafal, bermula dari juz 30, juz 29, juz 28. Juz 30 senang. Juz 29 susah."
Saya diam. Melihat dia menyelak tafsirku.
"Surah ini, saya ulang sampai 50 kali."
Dia menunjukkan surah al-Jin.
Saya diam lagi. Dan apabila dia tidak meneruskan, pandangan sekali lagi dialihkan.
"Madrasah saya di situ."
Saya memandang apa yang dikatakannya, dan mengalihkan pandangan.
Dan tiada lagi perbualan sepanjang perjalanan ke Alam Megah itu. Ketika bas berhenti di perhentian yang paling dekat dengan masjid, diri memutuskan untuk turun, walaupun rumah masih jauh. Tafsir sekali lagi bertukar tangan.
Turun, dan berjalan menuju masjid.
Sepanjang perjalanan, berfikir-fikir. Kedengaran suara imam di Masjid al-Munawwarah sedang mengetuai solat jemaah Asar. Dan juga imam di Surau Nurul Huda. Hati berkira-kira hendak ke surau atau ke masjid. Langkah diteruskan ke masjid.
Jemaah mula meninggalkan masjid, membuat kan diri berhenti seketika di luar masjid. Setelah kurang jemaah, langkah memasuki masjid. Mengambil wudhu' dan solat Asar.
Sekali lagi berkira-kira adakah hendak berlama-lamaan i'tikaf atau tidak. Lalu teringatlah mengapa wanita tidak digalakkan untuk ke masjid. Takut menjadi fitnah. Setelah mempertimbangkan dengan akal, mendengar bisikan hati. Langkah dimulakan, kembali ke rumah.
Pagi tadi, perjalanan ke talaqqi pertama kali dari Shah Alam. Sedikit gementar namun sudah memberitahu pemandu bas di mana hendak berhenti, dan apabila loceng ditekan, hanya diri seorang saja yang turun.
Kemudiannya menaiki teksi ke Madrasah, alhamdulillah, pemandunya baik sekali.
Talaqqi bermula, begitu jua ketenangan.
Kata Habib Ali,
"Akal berbeza dengan otak.
Otak tempat akal berfikir.
Hati untuk memahami apa yang difikir.
Selalunya hati, kalah dengan nafsu."
Wallahua'lam.

Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم