Friday, November 1, 2013

Hitam.

BismiLLAHirrahmirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.

Berapa bulan menyepi.
Aku hanya melihat perubahan alam ini.
Sahabat aku berubah.
Persekitaran aku berubah.
Keadaan aku berubah.

Aku sendiri, sudah berubah.

"Sesungguhnya orang yang takut (melanggar hukum) TUHANnya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab TUHAN, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar." 67:12

Aku berjalan ke majlis hari Jumaat.

Perhatian ditumpukan sedikit kepada kasut yang sudah berlubang di hadapan.
Berfikir pula tentang sepasang lagi yang sudah haus dan berlubang di bahagian bawah yang berada di rumah.

Berkira-kira mahu membuang keduanya dan membeli yang baru.

Ketika itu aku dipertemukan,
dua kanak-kanak kecil keluar dari imarah (bangunan) mereka.

Aku memperhatikan pakaian mereka dan tahulah aku bahawa mereka bukan dari keluarga yang senang mahupun sederhana.

Pandangan jatuh kepada kasut yang dipakai.

Aduhai, selipar itu lebih besar dari kakinya!

Tahulah aku bahawa kemungkinan itu milik ibu, mahupun bapanya.

Malu; sungguh aku malu.
Kasut bertukar setiap kali, sedangkan ada yang memakai apa yang dipunya.

Berjalan terus aku ke sana.
Jalan yang sama, orang yang sama.

Atas takdir ALLAH, semasa aku menunggu pengangkutan awam,
dihadapanku ada beberapa pekerja awam membersihkan jalan.

Apa yang membuat aku terkedu?

Duhai nafsu,
mereka tersenyum mengangkat sampah itu!
Dengan tangan mereka, dengan tenaga mereka.

Aku malu, sungguh aku malu.

Sedikit sahaja kelas berlanjutan, aku sudah tertekan.
Apakah memang aku sentiasa dalam kelalaian?

Aku malu.

Betapa hina.

Tiada apa yang aku miliki.
Di dunia mahupun akhirat sana.

ALLAHua'lam.