Posts

Showing posts with the label Sabar

Sabar itu cahaya, sinaran.

Assalamualaikum w.b.t Sebahagian orang Salaf yang soleh berkata :”Barangsiapa yang mengadukan musibah yang menimpanya, seakan-akan dia mengadukan Rabb-nya”. Pembacaan asal dari  http://ummufarras.wordpress.com/2011/02/26/ash-shabru-dhiya-sabar-itu-cahaya/ Malam ini, berjalan di CFS seorang diri. Hujan membasahi bumi tempat diri menimba ilmu. Tidak ada siapa yang bersama, gelap sahaja langit. Pagi, ketika diri sedaya upaya mengekalkan diri untuk tetap terjaga, cahaya matahari perlahan-lahan membiaskan diri dari celah-celah awan. Langit masih tidak berapa biru, awan masih lagi putih gebu. Maha Suci Allah, malam ini berlainan sekali dengan paginya. Bahkan hari ini berlainan sekali dengan semalam. Tadi, ditegur dengan ayat, "kita boleh melihat keimanan kita, rendah atau tinggi, dengan pembacaan al-Quran seharian. Jika malas, mungkin ada kelemahan pada iman kita." Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah. Ada sebuah hadith, ertinya : ...