Posts

Showing posts from February, 2011

Jasad berlainan roh.

Assalamualaikum. Apabila difikir-fikirkan, adakah saya terlampau angkuh? Adakah saya hanya memikirkan diri saya sendiri? Sekali-sekala saya sedari, setiap apa yang saya lakukan untuk orang lain, ada sedikit di dalam hati saya terfikirkan diri saya sendiri. Cuma saya. Bongkakkah saya? Angkuhkah saya? Setiap manusia ingin menjadi orang yang beriman. Sama sekali saya tidak mahu tergolong dalam golongan munafik. Hadis riwayat Zaid bin Arqam ra., ia berkata: Kami pernah keluar bersama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan di mana orang-orang banyak yang tertimpa musibah. Lalu Abdullah bin Ubay berkata kepada para pengikutnya: Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang Muhajirin yang ada di sisi Rasulullah saw. supaya mereka bubar meninggalkan Rasulullah saw. dari sekitarnya Zuhair berkata: Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, benar-benar orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah daripadanya. Kata Zaid bin Arqam selanjutnya: Lalu aku dat