Tuesday, August 13, 2013

Things I want to understand.

BismiLLAHirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.


 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

GOD inspired David [Daud] a.s. by saying,

“If those who turn from ME knew

how I wait for them and 
how tenderly I treat them 
and how I long for them to desist from their sins, 

they would die out of sheer longing for ME and 
their limbs would be hacked into pieces for love of ME.

O David, this is MY will for those who turn away from ME.
How then would MY will be for those who come towards ME?

O David, man needs ME most when he thinks to dispense with ME
I am most compassionate of My servant when he turns to ME 
but 
man is most sublime when he comes back to ME.”


- Imam al-Ghazzali in his Iyha Ulūm al-Dīn -


“I know of nothing more useful to you than four matters:

surrender to ALLAH,
to humbly entreat HIM,
to think the best of HIM,
and to perpetually renew your repentance to HIM,

even if you should repeat a sin seventy times in a day.”

Hikam of Imam Ibn Ata’illah


ALLAHua'lam.

Sunday, August 11, 2013

10 pesan guru.

BismiLLAHirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.


 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

10 pesanan tarbiyyah Syeikhuna as-Sharif Yusuf Muhyiddin al-Bakhour al-Hasani.


1. Hendaklah mengenal orang yang kamu pilih sebagai sahabat.

2. Sentiasa bermuzakarah dengan Syeikh (Murobbi) atau Pengasuh.

3. Jangan tinggalkan zikir dan majlis ilmu.

4. Muhasabah sebelum tidur akan perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan.

5. Berhusnu-dzon (baik sangka) kepada orang lain.

6. Pertimbangkanlah sebelum berbuat dan bertindak.

7. Gunakan pelbagai kesempatan dengan perkara-perkara yang baik dan jangan bermalas-malas.

8. Perbanyak ibadah-ibadah sunat, khususnya di waktu malam hingga fajar.

9. Senantiasa lahirkan (perbaharui) semangat dan tidak menunda-nunda dalam melakukan kebaikan.


10. Jadikanlah kekeliruan dan kesalahanmu sebagai pelajaran baru atau pesan rahsia dari ALLAH untuk kesempurnaanmu.

*****

10 pesanan Syeikhuna Rohimuddin al-Bantany.


1. Tempuhlah jalan kebaikan agar engkau selamat dari kesedihan dan marabahaya dan tahap suluk ada tiga: Islam, Iman dan Ihsan.

2. Zuhudlah! Maka engkau akan terpuji.

3. Bermujahadahlah melawan nafsu, maka hatimu akan cerdas menangkap semua rahsia ALLAH. 

4. Tawakallah! Maka engkau akan diterima (di sisi KHALIQ dan makhluq).

5. Banyaklah berdzikir kepada ALLAH! Engkau akan menyaksikan cahaya ketuhanan.

6. Senantiasalah engkau lapar (tidak banyak makan) dan hindarilah banyak tidur.

7. Diam merupakan sifat orang-orang Ashfiyaa (orang-orang yang berhati bersih). Sedangkan jidal (banyak bicara yang tidak ada manfaatnya) merupakan pekerjaan dan perilaku orang-orang jahil.

8. Uzlah (membatasi pergaulan hanya kepada orang soleh dan lingkungan soleh) bagi para pemula merupakan keselamatan agamanya, Sedangkan bergaul (dengan semua lingkungan) bagi para Syeikh justeru menambah keyakinannya.

9. Beradab kepada semua orang (khususnya para ulama) sebenrnya beradab kepada ALLAH.

10. Tamak kepada makhluk bererti ragu kepada Khaliq (ALLAH).

ALLAHua'lam.

Wednesday, August 7, 2013

Sebenarnya, aku...

BismiLLAHirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.


اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Sebenarnya, aku... takut akan Ramadhan.


Benar. Sungguh. Tak tipu.

Ramadhan itu suci.
Ketua bagi seluruh bulan.

Sedangkan aku...
Kotor, hati berlumpur.
Hitam segala bagai.

Mana mungkin aku boleh bersama Ramadhan!
Mana mungkin yang suci itu dikotori!

Aku tidak menghitung hari.

Aku cuma membiarkan saja Ramadhan pergi.

Kerana aku takut,
dosa yang aku lakukan membuatkan Ramadhan membenci.
Cukuplah aku dibenci.

Janganlah ditambah dengan kebencian bulan yang paling murni!

Sebenarnya, aku... sangat takut akan Ramadhan.

Sedikit sebanyak aku menanti Syawal.

Bukan,
bukan sebab aku ingin merayakan perginya Ramadhan.
Bukan.

Bahkan aku menunggu Ramadhan yang seterusnya.
Jika ajal tak kunjung tiba.

Cuma aku malu!
Aku malu dengan kealpaanku.

Aku malu dengan aku.

Hingga ke hujung ini,
aku sendiri.



Dan DIA memberi.

Aku bukan diciptakan untuk Ramadhan.
Ramadhan itu yang diciptakan untukku.

DIA tahu,
akan dosa-dosaku.

Lalu diberinya, satu bulan yang ditutup pintu neraka.
Satu bulan yang dikunci segala musuh melata.
Dimana hanya pintu syurga dibuka.
Seluas-luasnya.

DIA mengerti,
aku ingin kembali.

Lantas diserunya,
setiap saat tanpa ada sebarang dugaan, cabaran, halangan.
Mintalah ampun, AKU akan ampunkan!
Menangislah kamu, AKU akan dengarkan!

Kerana engkau hamba,
AKU-lah TUHAN!

ALLAHu RABBi.

Kalau DIA mahu,
sudah dicipta manusia yang umpama malaikat tiada dosa.
Kalau DIA mahu,
tidak dicipta syaitan untuk menggoda.

Tapi tidak!
DIA masih menciptakan aku,
aku yang masih berbuat dosa kerana kelemahanku!

Dan DIA menunggu,
aku bersujud mengadu pilu.

Bukan hanya untuk sebulan,
bukan untuk setahun,
tetapi untuk sepanjang hidupku.

Akal tidak akan tercapai,
apa yang dirancang-NYA.
Kenapa masih berdosa?

Kerana akal itu makhluk.
Dan tidak mungkin makhluk mengerti PENCIPTA.
Seperti DIA mengenal DIA.



ALLAHua'lam.

Friday, August 2, 2013

Sakif Habibi, snips snaps I.

BismiLLAHirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh.


 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Short versions of Sakif Habibi.
The journey of Qaiser and Farhan.


Lalalalabuuu.

"Sedapnya!"

Farhan bersungguh-sungguh menikmati hidangan di hadapannya. Cuti musim panas sudah bermula. Walaupun di Indonesia tiada perubahan musim yang ketara seperti di Amerika Syarikat, mujur cuti dia dan Qaiser seiiring.

"Aku tak rasa sedap pun. Biasa ja." Balas Qaiser. Perlahan dia membicarakannya itu. Sekadar supaya Farhan mendengar.

"Sedaplah. Hmm. Tapi aku tahu kenapa hang tak rasa macam aku."

Farhan mengangguk-anggukkan kepala seperti menyetujui pendapatnya sendiri. Qaiser hanya tersenyum melihat reaksi sahabatnya itu.

"Kenapa?" dia bertanya.

"Sebab hang dah rasa yang lagi sedap." Selamba Farhan menjawab.

"Oh." Selamba juga Qaiser membalas pendek.

"Sat."

Farhan kini memusingkan badannya ke belakang, tangan kirinya mencapai beg galas lalu dibuka. Dikeluarkannya sekotak makanan dan dihulurkan kepada Qaiser.

"Nah. Maaf tangan kiri."

"Eh. Sayur labu masak lemak? Mana hang dapat?" Qaiser mengerut kehairanan. Namun, tetap juga penutup makanan dibuka dan terus ditambah ke atas nasi.

"Adalah. Aku tahu hang gila labu. Dan aku tahu kenapa hang gila labu."

Farhan tersenyum besar memandang Qaiser. Dia tahu Qaiser tidak gemar penggunaan perkataan "gila." Saja dia mahu menunjukkan betapa hiperbola penyataannya itu.

"Kenapa?"  tanya Qaiser. Tidak menghiraukan senyuman Farhan.


"Sebab orang yang paling hang cinta suka labu. Kan?"

Qaiser terdiam.

"Aku tahu juga, hang tak makan sayur sebab bagi hang tak tepati selera. Tapi hang makan labu. Hang juga makan bila ada yang hulur dan hang akan habiskan juga." Sambung Farhan.

Qaiser tidak membalas apa-apa.

Tiba-tiba Farhan menghulur tisu kepada dia.

"Nah. Aku tahu hang akan teriak sekejap lagi. Siap-siap," kata Farhan.

Benar. Dia menyambut huluran. Air mata sudah tidak tertahan.


*****
Aishah R.A berkata :

RasuluLLAH S.A.W bersabda yg bermaksud,


 "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka".