With-out it.
BismiLLAHirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuLLAHi wabarakatuh. اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Keputusan dibuat. Semalam, hari ketiga tanpa niqab. Ada yang bertanya, kenapa? Jawapan: ALLAHua'lam. :) Semalam dijemput iftar di rumah sahabat. Tak pernah berjumpa sebelum ini, tahu-tahu saja rumah diziarahi. Hampir saja membuat keputusan tidak pergi. Entah kenapa, hati diasak. "Pergilah, terima jemputan." Lalu kami pergi bersama satu-satunya ahli bayt yang masih di sini, Fatihah. BismiLLAHi masyaALLAH, sangat... mesra. Boleh saja bayangkan kami duduk sahaja melihat petahnya adik Zainab yang berumur 16 tahun itu menggamitkan suasana. Melihat kakak-kakak di sekitarnya sibuk mengatakan; "Apalah dengan Zainab ni." Kekeluargaan yang sebegitu... pelik. Duduk di atas sofa itu. Memandang ke kiri dan ke kanan. Yang kanan berbicara, dipandang. Yang kiri membalas, dipandang. Pelik. Lamanya tidak bertemu "ora...