Pabila niqab ditakdirkan "haram".
Assalamualaikum
w.b.t.
“Ana
minta doakan kepada ukhti yang memakai niqab supaya selamat.”
“Niqab
diharamkan di CFS.”
Semalam
dan hari ini. Perkara yang dijangka sudah tiba. Penguatkuasaan
peraturan tidak boleh memakai niqab di CFS.
Berita
itu tidak sampai kepada ana, hinggalah lewat malam semalam. Ketika
jam sudah menunjukkan lebih pukul 12, masih berada di E007 untuk
mesyuarat bersama rakan ENGENIUS. Presiden mendapat mesej dan
membacanya dihadapan semua.
“Ukhti
yang memakai niqab sudah dipanggil principal. Mari kita doakan semua
ukhti yang memakai niqab supaya selamat.”
Semua
memandang ana. Ana memandang Presiden. Mata ana memandang dia, namun
hati ana entah ke mana. Seketika kemudian kami diminta bermuhasabah
diri. Hati ana entah ke mana.
Kembali
ke mahallah ana berehat.
Paginya
ana dikejutkan sahabat untuk solat Subuh berjemaah.
“Kalau
Amirah nak pakai niqab, Amirah kena bersedia untuk segalanya.”
Ana
menanti, wakil dari sesiapa yang mengetahui untuk memberitahu ana
secara rasmi. Akhirnya seorang ikhwan memberi mesej pada ana.
Ketika
itu ana sedar ana yang paling lewat menerima berita. Mungkin kerana,
di Mahallah Khadijah hanya ana seorang yang memakai niqab ke kelas
sedangkan yang lainnya di Mahallah Zainab dan Aisyah.
Ana
katakan pada seorang sahabat, dengan niat untuk menenangkan hatinya
dan hati ini.
“Jangan
sedih, Allah ada.”
Telah
dicampakkan rasa untuk memakai niqab kepadaku begitu saja oleh Allah
sejak dahulu. Bahkan sangat mudah bagiNya untuk menetapka segala
sesuatu. InsyaAllah, mungkin satu hari nanti peraturan berubah.
Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa.
Kuiz
Maths sebentar lagi, ana membuka buku Maths sambil berfikir. Semenjak
semester pertama, ana sudah mencuba pelbagai cara untuk melindungi
muka. Kerana pada masa itu tidak ada yang berniqab ke kelas. Kalau
memakai jubah, boleh menggunakan lengan jubah. Kalau memakai baju
kurung, sarung lengan yang dipakai jenis yang menutup tapak tangan.
Jika tidak, menggunakan kertas, buku, tisu dan sebagainya.
Ketika
itu Allah memberikan ilham, untuk memakai “mask” muka. Siapa saja
yang boleh menghalang seseorang memakai “mask”?
Lalu
ana beritakan kepada sahabat, meminta bantuannya mendapatkan “mask”
di klinik.
Bagi
yang mengenali ana secara rapat mahupun tidak. Ramai yang sudah
maklum, ana tidak suka perkara yang tidak logik dan tiak berasas.
Pada fikiran ana, ana tahu kenapa niqab tidak dibenarkan. Seperti
mana mengapa sebab peperiksaan Maths diulang tidak diberitahu kepada
pelajar, seperti itulah sebab pengharaman niqab tidak diberitahu
secara umum.
Sesuatu
itu kadang-kadang perlu rahsia.
Sesuatu
itu kadang-kadang perlu dijaga.
Tidak
ana salahkan mana-mana pihak. Tidak ana pertahankan mana-mana pihak.
Kerana tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah. Allah mengizinkan
pakaian dipakai, mengizinkan makanan dijamah. Bahkan setiap perbuatan
hingga yang paling kecil. Bersin, menulis, menutup mata, semuanya
mendapat keizinan Allah.
Kita
ini hamba. Kita ini hamba. Kita ini hamba.
Selepas
itu barulah kita ini Khalifah.
Siapa
kita untuk mengatakan sesuatu tanpa ilmu?
Bahkan
ilmu kita bagaikan setitis air dari lautan malah mungkin lebih
sedikit dari itu.
Siapa
kita untuk mempersoalkan segala sesuatu?
Bahkan
kita ini dibawah satu masyarakat. Kita bukan hidup seorang, bukan
hidup untuk kita.
Kita
perlukan Islam, bukan Islam perlukan kita.
Ingat,
al-Quran pembimbing kita. Ingat, Nabi Muhammad s.a.w kekasih kita.
Jangan cakap dengan ana antum cintakan al-Quran jika sehari tidak
luangkan masa walau 1/10 daripada hari antum untuk al-Quran. Jangan
cakap pada ana antum cintakan Rasulullah s.a.w jika apa yang antum
dengar sekarang lagu syair manusia bukan selawat mahupun qasidah.
Ana
boleh ditipu. Allah Maha Mengetahui.
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم