Ini kisah ana.
Assalamualaikum w.b.t.
Sesuatu berlaku Ahad lalu, menyebabkan ana terlepas talaqqi.
Ana berada di sana, perjalanan 1 jam lebih menaiki kereta dari tempat ana talaqqi di Madrasah an-Nur. Ana bertanya yang lain, lagi 30 minit talaqqi tamat.
Ana diam, menyalahkan diri. Ana menangis, menangis lagi.
"Kenapa ana sanggup tinggalkan talaqqi? Kenapa ana tak susun jadual supaya sempat ana pergi talaqqi?"
Ana tidak pernah tinggal satu muka surat kitab Imam Al-Haddad, "Dakwah Yang Sempurna Peringatan Yang Utama." Habib Ali yang mensyarahkan. Yang mengajar talaqqi termasuklah Habib Najmuddin dan Ustaz Azhar.
Ana menyalahkan diri sendiri.
Sehinggalah ada yang menegur, "Percaya pada Allah."
Tetap ana diam, berdiri dan menangis tapi persepsi berubah.
Percaya pada Allah.
Beberapa halangan muncul, ada yang berkata, "Tak sempat pergi, tak perlu pergi."
"Kenapa nak pergi juga?"
Ana tak cakap apa melainkan, "InsyaAllah sempat. Ana nak pergi juga."
Lalu kereta itu bergerak, ana tidak tahu ke mana. Dan berhenti juga ana tidak tahu berada di mana.
Ana berdiri di tempat yang asing, benar-benar seperti seorang musafir, sungguh berserah pad a Allah. Ana tiada telefon, tiada jam dan bersendiri. Dengan segera ana menahan sebuah teksi, ana katakan ana hendak ke kelas. Dia membawa ana pergi dari situ, tempat yang tidak ana tahu namanya.
Perjalanan sedikit jauh. Sehinggalah tiba, ana membayar tambangnya RM25. Pernah dulu ana terkesan kerana duit. Sehinggalah saat ana bertalaqqi bersama Syeikh Fuad dan dikatakannya, "Ini urusan Allah, biar Allah menentukannya."
Ana tahu, niat ana ke talaqqi untuk apa. Ilmu yang Allah beri itu urusan daripadaNya. Bagaimana hendak ana pergi juga urusanNya. Ana berserah. Innallahama'ana.
Setibanya di madrasah, ana terlihat ahli pengajian sudah beransur pulang. Ana segera meletakkan beg di hadapan dan masuk. Ana masuk ke bahagian muslimah dan ternampak Ukhti Fatimah. Ana katakan ana baru sahaja sampai dan dia membalas, "InsyaAllah, mendapat berkat." Hati menjadi tenang.
Ana duduk bersamanya menikmati juadah yang dihidangkan. Talaqqi sudah lama tamat, namun ana tahu Habib masih berada di situ. Perlahan sekali ana cuba makan, dan akhirnya, ana dengar bait-bait suara Murabbi. Cukuplah bagi ana setakat itu, kesedihan yang selama ini ana rasa, hilang. Cukuplah diri ini tahu ana sudah berusaha.
Selepas itu ana solat, Habib pula pulang. Ana berada di situ bersama anaknya, Zam Zam. Zam Zam tidak pandai berbicara Melayu lalu kami hanya menggunakan isyarat dan berbahasa Arab. Sedikit sahaja perkataan Melayu yang difahaminya. Tidak pernah, ana merasa lebih gembira melayan seorang kanak-kanak. Walidnya keturunan kekasihku, Nabi Muhammad s.a.w.
Mana mungkin, hati tidak terhibur. Maha Suci Allah yang menggantikan kesedihanku dengan kebahagiaan.
Selepas solat, ana kembali ke CFS tercinta. Yang bakal ana tinggalkan.
Sedikit, hanya sedikit mungkin ingatan.
Ketika iman ini lemah pada suatu malam, ana tidak tahu apa yang perlu ana lakukan.
Sehinggalah ana ingat, ingat pada Rasulullah s.a.w.
Ana buka mushaf al-Quran di tangan, dan jawapan terpampang di hadapan mata.
Sedikit, mungkin hanya sekelumit ingatan.
Kembalilah kalian kepada al-Quran dan Sunnah.
Kembalikan ana, sekiranya ana tersasar.
Hancurkan ego ana, hingga tidak ada nampak debunya.
Wallahua'alam.
ALLAHUMMARZUQNA MAHABBATAN NABI FI QULUBINA.
Mafhum: Ya Allah kurniakanlah kami kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w ke dalam hati kami.

HABIB NAJMUDDIN BIN OTHMAN BIN MOHAMMAD BIN JA'FAR BIN ALAWI BIN HUSSIN BIN ALI BIN SULAIMAN BIN ABDULLAH BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN ABU BAKAR BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI AL-KHERED BIN MUHAMMAD BIN ABDUR RAHMAN BIN MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN ALI BIN ALAWI BIN MUHAMMAD BIN ALAWI BIN ABDULLAH BIN AHMAD AL-MUHAJIR BIN ISA AR-RUMI BIN MUHAMMAD AN-NAQUIB BIN ALI AR-RIDHA BIN JA'FAR AS-SHODIQ BIN MUHAMMAD AL-BAQIR BIN ALI ZAINAL ABIDIN BIN ALHUSSIN BIN ALI KARAMALLAHU WAJHAH SUAMI FATIMAH AZ-ZAHRAH BINTI RASULILLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM.
Mana mungkin, hati tidak terhibur. Maha Suci Allah yang menggantikan kesedihanku dengan kebahagiaan.
Selepas solat, ana kembali ke CFS tercinta. Yang bakal ana tinggalkan.
Sedikit, hanya sedikit mungkin ingatan.
Ketika iman ini lemah pada suatu malam, ana tidak tahu apa yang perlu ana lakukan.
Sehinggalah ana ingat, ingat pada Rasulullah s.a.w.
Ana buka mushaf al-Quran di tangan, dan jawapan terpampang di hadapan mata.
Sedikit, mungkin hanya sekelumit ingatan.
Kembalilah kalian kepada al-Quran dan Sunnah.
Kembalikan ana, sekiranya ana tersasar.
Hancurkan ego ana, hingga tidak ada nampak debunya.
Wallahua'alam.
Assalamualaikum, amirah. Salam ukhuwah. Semoga segala urusan enti dlm mencari ilmu sebegini dipermudahkan olehNya. Orang yg cintakan talaqi maka akan dipertemukan dgn orang yg mencintai talaqi juga. Semoga kita bertemu dalam majlis ilmu kecintaan kita para pencinta ilmu. Khair teruskan perjuangan enti. Ukhuwah fillah.~amira <3
ReplyDelete