Travel log 10; Bukan sekadar Darul Quran.
Assalamualaikum
w.b.t.
“Nak
pergi DQ tak?”
Diri
sedikit tersentak, namun jawapan sudah pasti, “Nak.”
Lalu
bermulalah perjalananku, buat kali ke dua seumur hidup, meniti liku
ke Darul Quran, tanah tercinta.
Diri
ini bukanlah pelajar DQ, jauh sekali bakal atau pernah belajar di
situ. Kerana, DQ hanya menerima pelajar yang menduduki Bahasa Arab
Tinggi semasa SPM, sedangkan diri hanya memegang sijil Bahasa Arab
Komunikasi untuk PMR. Biarlah, ada hikmahnya.
Pertama
kali mendengar “Darul Quran” adalah semasa di sekolah lama. Diri
menanyakan soalan lazim kepada kakak senior yang mahu menduduki PMR.
“Lepas PMR nak pergi mana?”
Dengan
senyuman dan penuh harapan kakak itu menjawab, “Darul Quran.”
Kali
kedua mendengar “Darul Quran” adalah lima tahun kemudiannya.
Sehinggalah saat pertama kali melangkah, hinggalah mungkin semalam
kali terakhir, mungkin tidak keterlaluan jika ku katakan, tiada
tempat yang mampu menandingi Darul Quran di Malaysia ini.
Sekurang-kurangnya.
Berbeza
dengan UIA, keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke DQ menandingi
hampir segalanya. Jika saja ditanyakan kepadaku antar UM yang ku
impikan dulu dengan DQ, tanpa mengambil nafas seterusnya akan ku
berikan jawapan DQ. Tapi diri ini sedar, satu hakikat yang sungguh
menyentuh hati. Sesungguhnya, hanya orang terpilih sahaja akan berada
di situ. Yang dipilih Allah, untuk menghafaz kalamNya, al-Quran
al-Karim.
Bukan
sekadar Darul Quran, itulah tanah yang dirahmati Allah. Dipijak
ribuan hafiz dan hafizah. Tempat gugurnya air mata, titik peluh
tenaga pengajar dan murid-murid mereka yang berusaha, untuk keredhaan
Allah.
Pukul
8.30 pagi, bertolak dari Taman Ilmu dan Budi bersama Fatin Husna dan
Mas Munirah. Setibanya di KL Sentral, singgah sebentar di KFC dan
menaiki tren yang kedua tiba di platform setelah kehadiran rakan
sekolah lama mereka. Perjalanan agak jauh menuju ke Rawang. Menunggu
hampir sejam di Rawang dan akhirnya tiba di Kuala Kubu Bharu.
Segalanya
bagaikan terhenti dan masa berputar kembali.
Saat
pertama kali ke situ.
Alhamdulillah,
tiba di DQ pukul 1 menanti waktu Zohor. Beberapa banat; rakan kepada
Fatin dan Mas membawa kami masuk ke asrama banat dan solat di
musolla. Berjalan seketika sekitarnya dan berakhir di Dewan Muktamar.
Kemudiannya
kembali ke CFS menjelang Maghrib sampai di situ.
Perjalanannya
mudah walaupun panjang. Tapi hati tenang. Kerana diri tahu hendak ke
mana, apa ada di sana dan kembali dengan kegembiraan yang nyata.
Bagaikan mengunjungi seseorang yang dirindu, jasad ini telah
berkunjung ke tempat yang dirindu.
Subhanallah,
Maha Suci Allah.
Hakikatnya
semalam, ketika berfikir hendak menulis Travel Log ini, sedikit lain
di dalam hati dan difikiran. Sesuatu telah berlaku dan MasyaAllah,
mungkin akan merubah segala-galanya.
Ada
sesuatu yang hendak diberitahu, namun kerana kurangnya kepastian,
akan ku simpan hinggalah ia menjadi pasti. Buat seorang rakan yang
tahu, ketahuilah keputusan ini bukan sesuatu yang mudah.
Bukan
mudah, untuk menukar kebiasaan.
Bukan
mudah, untuk meninggalkan.
Bukan
mudah, untuk berseorangan lagi.
Bukan
sekadar Darul Quran,
Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia,
Universiti
Sains Islam Malaysia,
Kolej
Islam as-Sofa,
Kolej
Universiti Islam Selangor,
Kolej
Universiti Insaniyah,
Ma'had
Muhammadi Lelaki dan Perempuan,
Ma'had
Tahfiz Sains,
SAM,
SMKA, SBPI, SMAP,
dan
lain-lainnya.
Kita
membawa satu panji; panji Islam.
Kita
memegang satu manhaj; al-Quran dan as-Sunnah.
Kita
menuju satu matlamat; Mardhatillah.
Setibanya di DQ bersama Mas dan Fatin.
Darul Quran.
LAFUNTA :D
Perjalanan kembali ke CFS. Senyum tak nampak C:
Rasa macam dah gemuk >m<
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم