Lau Kana Murabbi,
Assalamualaikum
w.b.t.
Hampir
3 hari, berjauhan dari Taman Budi dan Ilmu tercinta, ber”musafir”
seketika ke Ampang, walaupun sebenarnya masih kurang lagi dalam jarak
musafir.
Niat
sejak tahun lepas, insyaAllah, ingin bertalaqqi bersama Syeikh
Muhammad Fuad Al-Maliki menghabiskan kitab Aqidah Islam dalam 3 hari.
Subhanallah, masa yang singkat untuk kitab yang panjang syarahnya.
Secara fizikal dan mental, diri cuba bersiap sedia. Kerana
sesungguhnya, ilmu itu tidak bermakna jika tiada amalnya.
Seperti
pepatah arab, “Al-'ilmu bi la 'amalin, kas syajarah bi la
thamarin.”
Mafhum,
“Ilmu tanpa amal bagai pokok tiada buah.”
Pada
hari Rabu, dua hari sebelum berangkat ke Bait al-Hikmah, tiba-tiba
nama tersenarai dalam kumpulan pertama untuk ke BTN. BTN itu wajib,
dan tempatnya pula di Kuarters KLIA, Sepang. Hanya Allah yang
memahami perasaan ku di ketika itu. Kerana semenjak diri tahu akan
BTN sebelum itu, memang sudah berniat, jika ada peluang hendak di
Kuarters KLIA itu. Kerana 4 tempat yang ditempatkan dan hati lebih
mahu ke situ.
Kalau
ikut hati, diri tidak tahu hendak berbuat apa.
Oleh
itu, diri bertanya dan mendengar nasihat.
Bertanya
diri kepada sahabati, Fatin Husna wa Nur Aini wa Inani Najihah.
“Talaqqi
atau BTN?”
Maka
Fatin dan Aini membalas, “Talaqqi.”
Hati
berat ketika itu, mungkin kerana tempat yang diingini itu. Namun
menjelangnya Maghrib, setelah berfikir dan menyerahkan rasa
ketenangan hati itu kepada Allah untuk dijadikan petunjuk,
alhamdulillah, keputusan dicapai. Menjelangnya matahari itu hendak
terbenam, hati cenderung ke talaqqi biiznillah. Berdasarkan jawapan
kepada soalan yang ditanya kepada diri,
“Apa
niatmu, wahai Amirah Hazwani?”
Jelaslah
di situ, saat itu, hanya talaqqi diri berniat kerana Allahu Rabbi.
Hari
Khamis bermula dengan padat sekali. Ada urusan menguruskan pembatalan
nama BTN, temuduga untuk sesuatu perkara dan kelas. Ami juga datang
pagi itu untuk memberikan barang yang tertinggal.
Malamnya,
menghadirkan diri ke talaqqi bersama Syaikhuna, Ustaz Muhadir bin Hj
Joll. Kitab yang disyarahkan, Riyadus Shalihin. Ada jua yang hadir
dari Kuantan dan Gombak mengunjungi Syaikhuna sebelum berangkat ke
talaqqi esok. Syaikhuna menasihati kami, mendoakan dan mengirimkan
salam kepada gurunya, yang bakal menjadi guru kami, Syeikh Muhammad
Fuad al-Maliki. Subhanallah, Maha Suci Allah yang memberikan diri
peluang untuk berjumpa orang-orang yang soleh dan menimba ilmu.
Jumaat
itu, bermula dengan penuh rahmat. Penghulu segala hari, hari untuk
ummat Nabi Muhammad s.a.w. Setelah kelas BTQ tamat, bergerak ke Shah
Alam, kembali ke Taman Budi dan Ilmu dan seterusnya berangkat ke Bait
al-Hikmah, Ampang.
Dan
Allah menguji diri, dengan kecetekan ilmuku akan tempat yang ingin ke
tempat yang tidak ku ketahui di mana dan bagaimana hendak pergi.
Perjalanan seorang diri, tersalah itu, tersilap ini. Alhamdulillah,
pukul 4.30 petang, sampai juga ke LRT Ampang dan terakhir yang
menaiki bas yang menunggu sebelum bas itu bergerak menuju ke Bait
al-Hikmah.
Subhanallah,
kehadiran niqabi yang jumlahnya agak ramai. Penuntut ilmu yang
lainnya. Kebanyakannya mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w, memakai
jubah dan muslimin pula berserban. Ketika itu, saat itu, merasa
bagaimana bahagia dan tenangnya berada di persekitaran Islam yang
benar.
Allahu
Rabbi jua mengurniakan diri nikmat dengan kehadiran seorang sahabat
yang tergerak hatinya pada pukul 1 pagi itu untuk hadir ke talaqqi.
Tidaklah diri berseorangan lagi dengan kehadirannya, syukran ukhti
Artika. Jua ukhti Aminatun, Na'imatun, kak Amira.
Doaku
sepanjang di situ, “Allahummastur 'uyubanna bisitrikaljamil.”
Pengajian
bermula dengan pengijazahan hadith musalsal kasih sayang oleh Syeikh.
Allahu
Rabbi mengurniakan kami semua dengan nikmat yang membuatkan diri
sungguh bersyukur dan tidak tersangka. Tuhanku telah menggerakkan
hati Syeikh dan kami juga membaca kitab Syamail Muhammad tulisan Imam
Tirmizi. Tambahan kepada Aqidah Islam tulisan Imam al-Haddad.
Alhamdulillah,
Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Sepanjang
di situ, membaca kitab, mendengar syarahnya dan tazkirah. Setiap masa
ada kelapangan sahaja, halaqah akan terbentuk di beberapa bahagian
tanpa disuruh atau diminta. Yang selebihnya membaca al-Quran,
menghafaz, berqasidah dan berselawat. Ada juga yang menunaikan solat
sunat. Muslimin bersama muslimin, muslimat bersama muslimat. Allahu
Rabbi, tenangnya di situ.
Hari
terakhir, hari Ahad itu, Syeikh mengijazahkan kami surah al-Fatihah,
zikir Lailahaillallah, tasbih dan Perisai Tiga.
Malam
itu bermalam di Bukit Jalil. Menaiki tren terakhir di Ampang ke
penghujung stesen LRT Sri Petaling. Bermalam di rumah sahabat bersama
11 yang lain. Diri dipanggil adik kerana merupakan yang paling muda
dalam kalangan itu. Allah, masih cetek lagi ilmu diri ini. Dan
bukanlah apa jika dibandingkan dengan ilmuMu ya Allah.
Pagi
Isnin, bergerak kembali ke Taman Ilmu dan Budi tercinta. Kelas
bermula pukul 11 pagi, berjumpa pula dengan pensyarah di sini yang
juga dicintai sepenuh hati.
Allah,
berkati semua guruku ya Allah.
Allah,
berkati ibu bapa dan keluargaku ya Allah. Amin.
Untuk
mengakhirkan kalamku kali ini, diri ingin berpesan-pesan kepada
kebaikan. Ukhti wa ikhwani, janganlah berputus asa untuk mencari
ilmu. Tidak kiralah ilmu agama atau bukan, kejayaan itu kita harus
cuba kecapi. Diri juga pernah berasa rendah sekali hati, tidak mahu
belajar. Kadang-kadang rasa tidak mahu ke kelas, tidak mahu belajar.
Ketahuilah,
selalunya bukan akal yang berfikir untuk itu, itu adalah tugas nafsu
untuk membuatkan kita malas.
Syeikh
berkata, manusia terdiri daripada akal, roh dan jasad.
Masing-masingnya
mempunyai hak.
Akal
haknya ilmu.
Roh
haknya zikir dan bacaan al-Quran.
Jasad
haknya makanan zahir.
Allahu
Rabbi.
Lau
Kana Bainana, adakah kehidupanku sehari-hari seperti di talaqqi?
Hanya ada al-Quran, kitab agama, zikrullah, qasidah, solat dan
berukhwah.
Banyaknya
dosaku, seperti pepasir di pantai. Allah, ampunkanlah, ampunkan kami
dengan sifatmu ar-Rahman ar-Rahim.
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم