Tasbih memuji keagungan Rabbi,
Assalamualaikum w.b.t.
Dengan nama Allah,
Tuhanku.
Dengan nama Allah,
Tuhanku.
Bagaimana kau merasa bangga?
Akan dunia yang sementara.
Bagaimanakah bila semua
hilang dan pergi meninggalkan dirimu?
Bagaimanakah bila saatnya?
Waktu terhenti tak kau sedari.
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu?
Dunia dipenuhi dengan hiasan.
Semua dan segala yang ada akan kembali padaNya.
Bila waktu telah memanggil,
teman sejati hanyalah amal.
Bila waktu telah terhenti,
Teman sejati tingallah sepi.
Teringat saatnya, pertama kali pergi ke Masjid Negeri di saat tahun baru, untuk menghadirkan diri ke tempat yang dihadiri Syeikh Nuruddin bin Hj Marbu bin Abdullah Thaiyib. Kerana namanya disebut berulang-ulang kali oleh Murabbi, Ustaz Muhadir bin Hj Joll. Kerana ketinggian ilmunya, dan niatku untuk berjumpa para ulama'.
Mulanya pada hari itu ingin pergi sendiri namun ami berkata ingin pergi sekali.
Dan perginya ke situ membawa kembali satu pengetahuan, satu keyakinan.
لا حول ولاقوة إلا بالله
Tiada kekuatan melainkan Allah.
Khair, benar kita usaha.
Khair, kita berdoa.
Khair, kita yang melakukan.
Tapi siapa yang mengizinkan?
Kata guru, "Lagi 7 bulan, macam-macam boleh terjadi."
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم