Jasad berlainan roh.

Assalamualaikum.


Apabila difikir-fikirkan,
adakah saya terlampau angkuh?
Adakah saya hanya memikirkan diri saya sendiri?
Sekali-sekala saya sedari,
setiap apa yang saya lakukan untuk orang lain,
ada sedikit di dalam hati saya terfikirkan diri saya sendiri.
Cuma saya.


Bongkakkah saya?
Angkuhkah saya?


Setiap manusia ingin menjadi orang yang beriman.
Sama sekali saya tidak mahu tergolong dalam golongan munafik.


Hadis riwayat Zaid bin Arqam ra., ia berkata:
Kami pernah keluar bersama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan di mana orang-orang banyak yang tertimpa musibah. Lalu Abdullah bin Ubay berkata kepada para pengikutnya: Janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang Muhajirin yang ada di sisi Rasulullah saw. supaya mereka bubar meninggalkan Rasulullah saw. dari sekitarnya Zuhair berkata: Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, benar-benar orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah daripadanya. Kata Zaid bin Arqam selanjutnya: Lalu aku datang melaporkan kepada Nabi saw. tentang ucapan Abdullah bin Ubay itu. Rasulullah saw. memanggil Abdullah bin Ubay untuk menanyakan hal itu. Tetapi, Abdullah bersumpah tidak pernah berkata demikian. Dia berkata: Zaid berbohong kepada Rasulullah saw. Aku merasa sangat susah mendengar perkataan itu, sampai Allah menurunkan ayat yang menyatakan kebenaranku: Apabila orang-orang munafik datang kepadamu. Kemudian Nabi saw. memanggil mereka (Abdullah bin Ubay dan para pengikutnya) untuk dimintakan ampun, tetapi mereka membuang muka (menolak dan berpaling),
Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandarkan. Mereka sebenarnya adalah orang-orang yang bertubuh bagus. (Shahih Muslim No.4976)



Sejenak saya termenung,
memikirkan diri ini.
Diri ini juga.
Tiadakah yang lain dalam fikiranmu, Amirah Hazwani?
Saya buntu.
Lalu saya memutuskan saya harus berhenti.
Berhenti dari perjalanan saya ini.
Kembali ke pangkal jalan, permulaan hidup.
Kembali melangkah berhati-hati.
Tanpa hanya memikirkan untuk saya sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.