Sudah terang lagi bersuluh,
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Tipu,
kalau tidak terfikir: “Nak talaqqi 24 jam, tak nak ambil
perubatan.”
Tapi,
tiada kekuatan melainkan ALLAH.
Dan
sesungguhnya pekerjaan separuh jalan itu menyeksakan dan membuang
masa.
Jadi,
'ala kulli hal, dua-dua. Talaqqi wa Tibb.
Buat
tolabul 'ilm, khususnya pelajar medik, amnya kepada semua.
Mungkin,
terdetik di hatimu:
"Banyaknya
perlu dihafal, perlu diketahui. Semua kena baca dan faham.”
Lebih
ekstrem:
"Nak
'gila'.”
Lebih,
terlampau ekstrem:
"Putus
asa, tak nak belajar. Kalau Allah dah takdirkan lulus, lulus juga.
Kalau takdir gagal, gagal juga.”
Berhentilah
wahai sahabat yang dikasihi.
Pernahkah
dikau tahu akan satu kisah?
Ketika
di Medan Muktah, tentera Islam seramai 3000 orang yang dipimpin Zaid
bin Harisah r.a. dihantar Rasulullah s.a.w berhadapan tentera Rom
yang berjumlah 200 000 orang. Abdullah bin Rawahah r.a bersenandung
dalam syairnya;
"Kenapa
kita harus beredar dari medan ini
sedangkan
pintu-pintu syurga telah terbuka untuk kita semua!”
Duhai
sahabat, sedarkah akan dikau sekarang bahawa menuntut ilmu lebih
payah?
Sedarkah
akan pahalanya yang setaraf dengan mereka yang keluar berperang.
Sedangkan
sakit mereka jiwa dan raga. Kita hanya peperangan mental dan
intelektual.
Kata
Syeikh Rohimuddin kepada kami,
"Antum
mengaji, tinggalkan keluarga, tempat tinggal.
Penuh
kerinduan, penuh ketakutan, mungkin kehinaan.”
Dengan
ilmu barulah kita menjadi mulia.
Tapi
bukan kemuliaan di mata manusia yang kita kejar. Tajdid niatmu.
Tatkala
kamu merasa sukar akan hafazanmu, ketahuilah setiap penyakit itu ada
ubatnya.
Lupa
itu ada penawarnya.
Dibacakan
syair Imam Syafi'i r.a kepadaku ketika menziarahi maqam Imam Waqi'
r.a (wafat 192H/812M);
Mafhumnya: “Aku mengadu pada guruku Waqi',akan lemahnya hafalanku.Beliau memberiku petunjuk,agar ku tinggal laku durhaka (maksiat).Hafalan itu anugerah dari ALLAH Ta'ala.AnugerahNYA tidak diberikan kepada orang durhaka.
Ketika
mengambil kitab juga ada doanya;
"Bismillah
wa subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu akbar.
Wa la hawla wa la quwwata illah billahil 'aliyyil 'azimil 'azizil 'alim.
Wa la hawla wa la quwwata illah billahil 'aliyyil 'azimil 'azizil 'alim.
'Adada
kulli harfin kutiba wayuktabu abadal abidin wa dahra dahirin.”
Dan
juga dari kitab yang sama menjadi rujukan, yakni Ta'lim Muta'allim,
"Bersiwak, minum madu, makan kemenyan putih dicampur gula, dan menelan kismis merah 21 butir setiap hari, kesemuanya dapat membuat mudah hafal lagi pula menyembuhkan berbagai macam penyakit.”
'Ala
kulli hal, selawat dan memohon kepada Allahu 'Alim wa Fatah.
Hati
diulit tidak percaya apabila telinga mendengar;
"Kalau
nak pergi talaqqi, ajaklah.”
Pada
mulanya, “Cakap dengan kami ke?”
Rupanya,
aiwa. Sedikit bimbang, talaqqi mana yang perlu dibawa?
Bukanlah
bimbang ramai ke talaqqi tempat kami menadah ilmu, namun istikharah
itu lebih baik dalam menentukan keputusan, apatah lagi dalam hal
memilih guru.
Kebimbangan
itu bertambah bila kami menulis permasalahan ini.
Aiwa,
yang mana ya?
Mohon
doa, semoga ALLAH membantu kami dalam membimbing mereka ke majlis
ilmu bukan sekadar tibb.
Kerana
tiada kekuatan melainkan ALLAH.
Dan
teringat akan kami Fatin Nuradilah yang bersama kami ke pengajian
dahulu.
Mungkin
sahaja anti membaca? InsyaALLAH.
Ketahuilah,
semoga anti istiqamah. Hasbiyallah wa ni'mal waqil.
Segala
ketakutan akan hilang, insyaALLAH.
Mohon
doa, sangat-sangat memohon.
Kerana
doa orang soleh itu mustajab, dan allahumma amin, semuanya soleh
insyaAllah.
Salam
dari Kaherah,
kegembiraan
kami tercapai hajat ke maqam Imam yang ingin kami ikuti jejak
langkahnya.
Imam
Muhammad bin Idris bin al Abbas bin Usman bin Syafi'e.
Jumaat
lepas, 26 Oktober 2012.
Aiwa,
kenapa ya “Sudah terang lagi bersuluh?”
Lianna,
al 'ilm nur, wal wudhu nur, fa yazdadu nur 'ilm bih.
Fatahallu
'alaik,
Allahua'lam.
Be strong dear
ReplyDelete