Talaqqi wat Tibb 1: Al-Hubb-Biochemistry.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Baru
kembali dari Suq Tsamin, selepas tamat kelas satu-satunya hari yang
tamat 12 tengahari tadi. Selepas solat di masjid Fatimah az-Zahra',
maka diizinkan ALLAH selamat tiba dan selamat kembali ke Baiti
Jannati di Hayyu Safarad.
Dan
tatkala hati riang gembira melihat masa yang memungkinkan untuk kami
menulis, segala puji bagi ALLAH. Al-Fatihah.
Kitab
talaqqi: Al-Hubb wal Mahabbah Ilahiyyah, 'Ibn 'Arabi.
Kitab
tibb: Biochemistry for Medical and Postgraduates Part 1, Said Oraby.
Perumpamaan
cinta wanita kepada lelaki itu adalah dari juz kepada qul.
Perumpamaan
cinta lelaki kepada wanita itu adalah dari qul kepada juz.
Cinta
qul kepada juz adalah lebih kuat.
Kerana,
satu qul mungkin boleh ada banyak juz.
Tetapi,
tidak mungkin satu juz itu mempunyai lebih dari
satu qul.
Makanya,
dibolehkan ta'addud.
Di
satu sudut yang lain, boleh diumpakan seorang lelaki itu seperti
elemen carbon.
Carbon
perlu ada berapa bond untuk sempurna?
Empat.
Tapi
boleh sahaja yang empat single bond itu terdiri daripada dua double bond.
Maka
di sini boleh disimpulkan, seorang lelaki itu adalah tempat asal.
Satu perlabuhan. Di mana mungkin yang berasal darinya itu lebih dari
satu.
Seperti
banyak kapal yang berlabuh di satu tempat.
Dan
cinta qul itu lebih kuat. Makanya dia mampu.
Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (ketika kamu menikahinya), maka nikahilahperempuan-perempuan (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang sahaja atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah An-Nisaa’: Ayat 3)
Wanita
pula elemen hydrogen.
Hanya
perlu satu single bond. Tidak akan hydrogen mempunyai lebih dari satu
tempat berhubung.
Satu
elemen carbon, bahkan elemen yang lainnya jika diketahui. Tidak akan
membuat bond dengan elemen yang tidak sesuai dengannya.
Perlu
tahu berapa valence electron dan mencukupnya supaya menjadi octet
electron configuration. Konfigurasi yang kukuh,
Maka
di dalam Islam ada kaedah ikhtiar. Khusus untuk mereka yang mahu
menikah.
Harus
bagi muhib (pencinta) yang mencari mahbub (kekasih) untuk suhbah dan
mu'asyarah.
Kenal,
berbincang, bercakap, melakukan itu dan ini supaya hubb-nya bukan
muqayyad semata tetapi hubb mutlak.
Cinta
secara 'aradi (tiba-tiba) itu hawa'.
"Orang jika hati bersih, suka dengan orang berhati bersih.”
Bagi
wanita yang mencari, perlu diuji kemampuan akal lelaki itu melawan
nafsu.
Bagi
lelaki, apakah akal kalah dengan emosi wanita itu?
Dan
ini tidak akan dapat diketahui melainkan dengan suhbah dan
mu'asyarah.
Perlu
diketahui, akal lelaki itu mudah atau tidak kalah dengan syahwat.
Kalau
sudah syahwat, tinggalkan. Dan perempuan pula adalah emosinya.
Bukan
mudah menilai lelaki atau perempuan yang baik.
Jangan
tengok serban saja wa kholas.
Hakikatnya
pernikahan itu baik dan mulia, maka bincang dan cakap itu hak.
Kalau
mahu pejam mata, kerana jodoh itu maktub ALLAH, maka pejam jangan
menyesal.
Jika
hendak berusaha, agama ada caranya.
Fahami
Islam menurut Islam, jangan menurut hawa'.
Cintalah
sesuatu kerana cinta kepada ALLAH.
Sebagaimana
kekasih tidak keluar dari mahabbah muhibnya,
seperti
itu makhluk tidak keluar dari rahmat ALLAH.
Fatahallu
'alaik.
ALLAHUa'lam.
terbaik la...=)
ReplyDelete