Warkah untuk dia.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
Tidak
pernah menyangka.
Keadaan
akan menjadi begini.
Bagaimana
harus memulakan bicara?
ALLAH.
*****
Sahabat,
kenapa
itu yang dikau luahkan?
Kenapa
perasaan itu yang dikau ikutkan?
Bicaramu,
mereka
yang hanya di dalam masjid itu tidak patut ada di dalam Islam.
Tertera
di ayatmu menggelar mereka sufi.
Terus
ku cantas, dan dikau menarik kembali sufi itu.
Namun,
tetap sahaja kukuh pendirianmu.
Mereka
yang hanya di dalam masjid itu tidak patut ada di dalam Islam.
Beberapa
minit itu diri ini marah. Benar.
Apa
yang berlaku padamu sahabat?
Dan
kemudiannya beransur kepada kesedihan.
Kerana
marah tidak berguna.
Hati
masih bertanya, apa yang berlaku padamu di Malaysia?
Maaf
seribu kali maaf.
Persoalanmu
tentang sufi dan tasawuf,
bukan
hak diri ini hendak menjawab apatah lagi menerangkan.
Faqir
masih lagi faqir,
ilmu
di dalam dada hanya sehalus debu yang berterbangan.
Namun
duhai sahabat,
mengapa
sepotong ayat itu yang harus diperkatakan?
Jika
mungkin, yang dikau benci itu fasik.
Jika
hanya, yang dikau benci itu munafik.
Jika
cuma, yang dikau benci itu kafir yang menzalimi diri mereka sendiri.
Mungkin,
hanya mungkin dan cuma mungkin akan ku mengerti.
Tapi
mereka yang menyepikan diri di dalam masjid itu, di baitullah itu,
apa salahnya mereka?
Apakah
salah mereka beribadah?
Apakah
salah mereka beruzlah?
Apakah
salah mereka memikirkan diri sendiri, apakah itu salah?
Yang
mungkin mereka fikir, zikir mereka, ibadah mereka, pahala mereka.
Dan
ku katakan cuma mungkin kerana bukan diri ini yang berada di situ.
Apakah
salah?
Benar
dan pada diri memang benar,
mereka
tidak berdakwah seperti kamu.
Mereka
tiada haraki yang menjadi jalan dakwahmu.
Mereka
tidak ada apa yang dikau canangkan;
"'Amar
ma'ruf nahi mungkar.”
Tapi
ketiadaan itu mungkin hanya di matamu.
Dakwah
itu bukan hanya pada ajakan,tapi perbuatan.
Mungkin
benar mereka tidak berbicara, bermadah kata.
Tapi
ibadah mereka mungkin dilihat ummat,
lantas
tercetus di dalam hati masing-masing untuk mencuba.
Haraki
itu pula, hanya salah satu cabang mengajak kebaikan.
Dan
mereka yang hanya melakukan ma'ruf, di mana kemungkarannya di matamu?
Biarlah,
tenanglah sahaja melihat mereka.
Kebahagiaan
mereka di rumah Allah.
Kita
tidak merasa apa yang mereka rasa.
Jika
dakwah yang dikau risaukan,
Allah
Maha Mengetahui. Dialah pembuka pintu hati.
Benar,
seorang 'alim lebih baik daripada seribu 'abid.
Namun
di zaman ini, sukar sekali bahkan untuk mencari seorang 'abid.
Maka
biarkanlah.
Kita
tidak merasa apa yang mereka rasa.
Janganlah
dikau membenci kerana mereka masih saudara.
Jangan juga tidak suka sesuatu perkara.
Itu takdirnya DIA.
ALLAH yang Maha Esa.
*****
Sahabat,
tarbiyyah
kita pernah sama.
Persoalan
kita pernah serupa.
Jalan
kita pernah sehala.
Namun
tatkala diri cenderung ke talaqqi,
dan
tanggungjawabmu lebih kepada haraki.
Kita
berpisah dan berjalan sendiri.
Tapi,
adakah dikau lupa akan malam itu?
Dikau
yang membuat keputusan bagiku.
"Pergilah
ke majlis ilmu.”
Dan
membiarkan kaki ini melangkah, sedangkan jasadmu masih di situ.
Apakah
yang berlaku padamu sahabat?
Keterbukaanmu,
kecerdikanmu?
Tertutup
semuanya akan perasaanmu.
Bukakanlah
kembali.
Lihatlah
kebaikan dari semua segi.
Kerana
hidup bukan untuk sendiri.
Apatah
lagi untuk satu haraki.
Islam
itu agama hakiki.
Hanya
untuk menyembah Ilahi.
*****
Fatahallahu'alaik.
Allahua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم