Talaqqi wat Tibb 1: Al-Hubb-Biochemistry.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Baru kembali dari Suq Tsamin, selepas tamat kelas satu-satunya hari yang tamat 12 tengahari tadi. Selepas solat di masjid Fatimah az-Zahra', maka diizinkan ALLAH selamat tiba dan selamat kembali ke Baiti Jannati di Hayyu Safarad.

Dan tatkala hati riang gembira melihat masa yang memungkinkan untuk kami menulis, segala puji bagi ALLAH. Al-Fatihah.


Kitab talaqqi: Al-Hubb wal Mahabbah Ilahiyyah, 'Ibn 'Arabi.
Kitab tibb: Biochemistry for Medical and Postgraduates Part 1, Said Oraby.

Perumpamaan cinta wanita kepada lelaki itu adalah dari juz kepada qul.
Perumpamaan cinta lelaki kepada wanita itu adalah dari qul kepada juz.

Cinta qul kepada juz adalah lebih kuat.
Kerana, satu qul mungkin boleh ada banyak juz.
Tetapi, tidak mungkin satu juz itu mempunyai lebih dari satu qul.

Makanya, dibolehkan ta'addud.

Di satu sudut yang lain, boleh diumpakan seorang lelaki itu seperti elemen carbon.
Carbon perlu ada berapa bond untuk sempurna?
Empat.

Tapi boleh sahaja yang empat single bond itu terdiri daripada dua double bond.
Maka di sini boleh disimpulkan, seorang lelaki itu adalah tempat asal. Satu perlabuhan. Di mana mungkin yang berasal darinya itu lebih dari satu.
Seperti banyak kapal yang berlabuh di satu tempat.

Dan cinta qul itu lebih kuat. Makanya dia mampu.
Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (ketika kamu menikahinya), maka nikahilahperempuan-perempuan (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang sahaja atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah An-Nisaa’: Ayat 3)
Wanita pula elemen hydrogen.
Hanya perlu satu single bond. Tidak akan hydrogen mempunyai lebih dari satu tempat berhubung.

Satu elemen carbon, bahkan elemen yang lainnya jika diketahui. Tidak akan membuat bond dengan elemen yang tidak sesuai dengannya.
Perlu tahu berapa valence electron dan mencukupnya supaya menjadi octet electron configuration. Konfigurasi yang kukuh,

Maka di dalam Islam ada kaedah ikhtiar. Khusus untuk mereka yang mahu menikah.

Harus bagi muhib (pencinta) yang mencari mahbub (kekasih) untuk suhbah dan mu'asyarah.
Kenal, berbincang, bercakap, melakukan itu dan ini supaya hubb-nya bukan muqayyad semata tetapi hubb mutlak.

Cinta secara 'aradi (tiba-tiba) itu hawa'.
"Orang jika hati bersih, suka dengan orang berhati bersih.”
Bagi wanita yang mencari, perlu diuji kemampuan akal lelaki itu melawan nafsu.
Bagi lelaki, apakah akal kalah dengan emosi wanita itu?
Dan ini tidak akan dapat diketahui melainkan dengan suhbah dan mu'asyarah.

Perlu diketahui, akal lelaki itu mudah atau tidak kalah dengan syahwat.
Kalau sudah syahwat, tinggalkan. Dan perempuan pula adalah emosinya.

Bukan mudah menilai lelaki atau perempuan yang baik.
Jangan tengok serban saja wa kholas.

Hakikatnya pernikahan itu baik dan mulia, maka bincang dan cakap itu hak.
Kalau mahu pejam mata, kerana jodoh itu maktub ALLAH, maka pejam jangan menyesal.
Jika hendak berusaha, agama ada caranya.

Fahami Islam menurut Islam, jangan menurut hawa'.

Cintalah sesuatu kerana cinta kepada ALLAH.

Sebagaimana kekasih tidak keluar dari mahabbah muhibnya,
seperti itu makhluk tidak keluar dari rahmat ALLAH.



Fatahallu 'alaik.
ALLAHUa'lam.

Comments

Post a Comment

بسم الله الرحمن الرحيم

Popular posts from this blog

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.