Kepada jawapan dia,


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kehadapan Fatin Nuradilah yang tercinta.


Khitbah.

Permohonan yang suci,
dari sekeping hati,
seorang insan digelar lelaki,
kepada si dia yang dinanti.

Ku tahu hatimu bergetar,
tatkala berita itu dikau mendengar,
hati yang licin bagai tercalar,
dikau tertanya; tidakkah mereka sedar?

Tidakkah mereka tahu,
cintamu hanya kepada DIA?
Tidakkah mereka fikir dahulu,
cintamu hanya kepada RasulNYA?

Tidak, bahkan tidak wahai sahabat.
Dan bicara ku selepas ini, hanya bicara seorang hamba kepada hamba.
Mungkin hatimu akan tersentuh, mungkin nafsu berasa tercabar.
Itulah perjuanganmu hakikatnya – melawan nafsu.


Duhai kekasih hatiku,
sesungguhnya diriku mengenalimu sebagai wanita yang sangat berlemah lembut. Namun disebalik itu, hanya yang mengenalimu akan mengetahui, dirimu tegas membawa panji Islam.

Daku menyayangimu tanpa pilihan.
ALLAH yang mencipta cinta, maka DIA lah yang mencampakkan kasihku kepadamu dalam hatiku. Sungguh, diriku tidak punya pilihan.

Seperti itu jua mereka yang melamarmu.
Seperti itu jua mereka yang cuba merisikmu dengan berbagai cara.
Yang mungkin, cara itu mengikut syariat.
Atau mungkin, cara yang sedikit menganggu ketenteraman.

Tapi yang pertama harus dikau tahu dan hadamkan dengan kepercayaanmu,
sesungguhnya, mereka itu tidak ada pilihan.

Cinta yang ada itu, hanya semata datang dari ALLAH.

Seperti mana tidaklah seorang memilih bagaimana rupanya dia tatkala dicipta,
seperti itulah dia tidak mampu memilih siapa untuk dia menyinta.


Duhai sahabat,

bunga yang terjaga rapi, pastilah ramai yang berniat untuk memetik.
Namun umum mengetahui, pasti saja ada yang terluka terkena duri.

Ketahuilah sesungguhnya dirimu itu bunga,
kediamanmu itu taman yang menempatkanmu,
ibu bapamu itu pagar untuk memasuki tamanmu.

Dan duri itu bentengmu.
Agamamu, imanmu.

Tapi dan tapi, kekasih tidak akan dicari tanpa ada pencinta.

Jauh dari taman itu ada perhentian.
Di situ pencinta akan mula mengorak langkah, itulah umurnya.
Sebelum sampai ke pagar, ada sungai yang harus diredah,
itulah arus pendidikannya, tarbiah yang harus dilaluinya.
Baik agama mahupun konvesional.
Setelah bersedia, dia melalui pagar itu.
Kuncinya, kematangan dan niat suci.

Walaupun pagar terbuka, sekali lagi dia harus menapak.
Itulah pembaikan, menjadi bukti dia layak.
Sehinggalah dia akan tiba di hadapan bunga.
Dengan segala apa yang dia lalui, dia mengantung harapan.

Dia menunggu jawapan.



Dan walau apa pun yang berlaku,
pilihan masih akan berada di tanganmu.
Yakni, hatimu akan dibukakan oleh ALLAH.

Kerana tidak ada kekuatan melainkan dari ALLAH.

DIAlah yang menjagamu.
DIAlah yang akan menunjukkan untuk siapa dirimu.
Semuanya, dengan izinNYA.

Kerana tidak akan ada satu tangan yang mampu memetik bunga, tanpa izinNYA.

Duhai puteriku sayang,

perkhabaranmu dari jauh menenangkan hatiku.
ALLAH menjagamu, itu pasti.

Semoga dikau di sana, tenangnya hatimu.
Semoga dikau di sana, ditambahkan ilmu.
Semoga dikau di sana, diredhai, dirahmati, diberkati hayatmu.

Salam cinta dari Kaherah,
khas buatmu dari ilham ALLAH kepadaku.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.