Monday, February 25, 2013

Muqaddimah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

"Eh, kenapa kau berhenti?"
"Sebab aku nak jaga hati."


*****

Seseorang itu, tidak akan bertemu nihayah (pengakhiran) tanpa adanya bidayah (permulaan). Sering ditanyakan kepada kami, "kenapa dan bagaimana?"

Kedua-dua jawapannya termaktub di dalam bidayah yang ALLAH takdirkan bagi kami.

Namun begitu, catalyst bagi kami dipilih ALLAH untuk jalan ini adalah dengan kehadiran kami berseorangan, mengakui kejahilan, menundukkan keegoan dihadapan guru pertama kami ustaz Muhadir bin Hj Joll.

Jujur, kami masih dalam perjalanan itu.

Dikhabarkan kepada kami oleh Murabbina Syeikh Yusuf Bakhour al-Hasani,
"Seorang yang bajunya kotor, tidak mungkin mampu membersihkan kekotoran di baju yang lain."

Mafhumnya, seorang yang hatinya masih bersisa hitam, tidak akan mampu membersihkan hati yang lainnya.

Maka beberapa kalam kami yang seterusnya kami akan menulis insyaALLAH; bukanlah, untuk menguasai pemikiran dan dibenarkan oleh sesiapa yang membaca. Hanyalah sekadar apa yang kami faham dan apa yang kami rasa dari bidayah kami dahulu, dan masihlah kami ini di takuk yang lama.

InsyaALLAH; penulisan ini terbahagi kepada lima. Menjawab persoalan lebihnya dari diri kami sendiri.

Ilham I: Terciptanya hatiku.
Ilham II: Calitan di hati.
Ilham III: Berhati-hati.
Ilham IV: Pencinta hati.
Ilham V: Pemilik hatiku.

Moga ALLAH redha.
Moga ALLAH permudahkan.


ALLAHua'alam.

No comments:

Post a Comment

بسم الله الرحمن الرحيم