Pertama VI.
Assalamualaikum w.b.t.
Video PERTAMA VI yang pertama sekali ana tengok:
Video PERTAMA VI yang paling ana suka:
Video PERTAMA VI yang pertama sekali ana tengok:
Video PERTAMA VI yang paling ana suka:
Video PERTAMA VI yang paling ana terkesan:
Yang pertama, ana tak nak ulas.
Yang kedua, ana cemburu dengan kefasihan bahasa Arab anak kecil itu.
Yang ketiga, muhasabah diri bagi ana.
Niat di hati nak menulis travel log. Sudah beberapa travel log ana tidak menulis. Bukan tidak ada masa, bukan tidak mahu. Tapi, mungkin terlampau banyak dan kebanyakan ana berjalan seorang diri. Rasanya tak ada yang nak baca cerita ana berjalan seorang diri kan? C:
Untuk yang ketiga itu ana terkesan kerana senario itu berlaku pada ana dan sahabat ana. Mungkin ramai yang tahu ana berdua saja di dalam KC939. Ana, dan Izzati. Ramai juga yang tahu, ana suka memuji diri sendiri comel :D
Tapi, Izzati lagi lah comel. Cuma ana tak pernah cakap saja, sebab kami jarang jumpa.
Ana sibuk dengan mesyuarat, sibuk dengan laptop, sibuk dengan travel log.
Ana sibuk dengan penyakit hati, sibuk dengan kelas malam, sibuk dengan buku.
Sampailah satu tahap di mana, ana sangat bersedih kalau Izzati terasa.
Makan kami jarang bersama, bertembung di bilik pun sekali sekala.
Ana tahu, mungkin puncanya ana sendiri.
Alhamdulillah, syukur pada Allahu Rabbi. Di bilik sebelah, ada empat rakan yang sudi menemani Izzati. Tipulah kalau ana tak terasa kerana mereka lebih rapat dengan Izzati. Tapi ana nak buat macam mana? Salah ana yang tak peka.
Sudahlah sekarang ini setiap hujung minggu ana pasti balik. Ana tak tahu sampai bila hal-hal ana ini akan berakhir. InsyaAllah, tak lama lagi.
Ini, untuk Nur Izzati binti Ishak, meskipun dia membaca atau tidak.
Janganlah diberitahu, tapi biarlah Allah yang menentukan.
Duhai sahabat,
dengarkanlah bicara hati ku ini.
Meskipun jarak memisahkan,
namun tiada noktah kasih.
Biarlah waktu menentukan,
nilai ukhwah yang terjalin.
dengarkanlah bicara hati ku ini.
Meskipun jarak memisahkan,
namun tiada noktah kasih.
Biarlah waktu menentukan,
nilai ukhwah yang terjalin.
Untuk yang lain, ana tulis lain kali ya?
Ini untuk yang teristimewa C:
Wallahua'lam.
p.s: Ana ingat nak buat tajuk post ini "Short but Sweet" sebab kebelakangan ini ana suka minta AJK bentang maklumat mesyuarat begitu. Ana nak tukar Bahasa Melayu menjadi "Pendek tapi Manis", macam... Lain macam pula bunyinya ><
Allah kn ade.jgn cdey2 ye!
ReplyDelete