Kerana ini.

Assalamualaikum w.b.t.


Apabila ada yang bertanya, "Kenapa awak pergi talaqqi?"




Kebelakangan ini, sedikit sibuk.


Lirik di atas, "Betapa untungnya kita, diutus yang teristimewa."
Pengubat hati, mengulit rindu.


Dekat tapi jauh, tidak pernah berjumpa namun hampir.


Macam mana ana nak ungkapkan?
Bagaimana untuk ana menulis?


"Lau Kana Bainana, maza taf'al?"


Bila baca surah yang diberikan nama Rasul-Rasul terdahulu, tertanya-tanya.
Kenapa kita tak dihidupkan pada zaman itu?


Rasul ada depan mata.
Mukjizat depan mata.


Dan kemudiannya teringat.
Betapa beruntungnya kita dipilih menjadi ummat Nabi Muhammad s.a.w.
Betapa beruntungnya kita menjadi umat akhir zaman.


Kerana apa?
Kerana Allah s.w.t memilih kita untuk kekasihNya.
Memilih kita untuk mendapat syafaat kekasihNya.


Kerana Allah s.w.t,
memilih kita, menjadi seorang Muslim, pada zaman ini.


Lihat sekeliling, betapa ramai yang bukan Muslim.
Lihat sekeliling, betapa ramai yang hanya Muslim kerana Melayu.


Lihat diri kita.
Sekurang-kurangnya iman setebal sehelai tisu.
Masih lagi kita mempersoalkan dunia.


Sedangkan, dahulu, kata Ustaz Muhadir, roh kita tidak kenal akan dunia.
Kenapa sekarang, sayang sangat dengan dunia?


Sedangkan, jikalau hari ini ana meninggalkan dunia.
Tidak akan dirindu, dan tidak akan merindu.


Kerana apa?


Wallahua'lam.


p.s:

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.