Untitled.
Assalamualaikum
w.b.t.
Ana
rasa, ana telah menegur seorang secara sedikit kasar. Bukan ana tidak
mahu berlemah lembut namun yang ditegur itu adalah banin dan ana
sangat tidak suka untuk berbicara dengannya. Ana mengenali dia
biasa-biasa saja, sekadar nama dan umur. Dia melakukan sesuatu yang
ana tidak suka malah ana sendiri terlibat kerana ana berada
berhampiran dengannya. Lebih tepat lagi, hanya beberapa langkah saja
jarak antara kami. Lalu ana berniat menegur, namun setelah
difikirkan, mungkin ana tertinggikan suara walaupun bahasa tidak
kasar.
Ana
rasa bersalah, namun ana tahu banin itu sedar kesalahannya.
Dan
ana juga rasa, salah seorang rakan banat ana terasa juga dengan cara
ana menegur banin itu.
Alahai,
apa yang perlu ana lakukan?
Bila
kita ada rakan, yang berbuat salah, dan tidak ada cara lain selain
menegurnya, bagaimanakah itu? Ana dah cuba untuk menegur dengan
perbuatan, memeberikan reaksi bahawa ana tidak suka akan perbuatan
itu. Ana dah doa dalam hati. Ana tahu mereka semua itu faham tapi
kenapa kedegilan itu masih ada?
Bukanlah
ana berbuat begitu atau menegur hanya sekadar ana tidak suka namun
perkara itu memang tidak beradab secara umumnya. Minum menggunakan
tangan kiri, sedarlah yang minum bersama itu syaitan.
Menampakkan
aurat sesama manusia, sedarlah jika hanya sehelai rambut pun terlihat
sudah beribu tahun di neraka.
Meninggikan
suara semasa Maghrib, sedangkan jangka masa itu hendaklah sebaiknya
berdiam diri tanpa bicara.
Boleh
sahaja bergurau senda. Tapi janganlah 24 jam sehari.
Bagaimana
kita boleh ketawa sedangkan saudara kita yang lain sedang menangis?
Bagaimana
kita boleh ketawa sedangkan sudah dikatakan banyak ketawa itu
mematikan hati.
Biarlah
jika kita tidak mampu menangis sekalipun. Namun janganlah bergembira
sepanjang masa seperti syurga itu sudah dijanjikan untuk kita.
Dan
tidaklah kita ini diciptakan melainkan untuk beribadat kepada Allah
Yang Maha Esa.
Dulu,
ana pernah terfikir. Kenapa ramai sangat banat yang tidak boleh
senyum? Kadang-kadang ana terserempak dengan banat yang ana tahu
baik, namun jarang sekali dia senyum. Ana tahu mereka tidak sombong
namun sedikit sebanyak terasa jugalah apabila senyuman tak dibalas.
Baru kini ana faham. Kenapa perlu senyum? Bahkan dunia ini adalah
penjara bagi orang yang beriman. Menunggu saatnya menghadap diri pada
Yang Esa.
Ana
faham sekarang. Senyum itu bukan satu keperluan. Senyum itu pilihan.
Bukan
sekali ana dengar, tapi ana dah muak. “Amirah terlampau baik.”
Ana terasa dengan perkataan terlampau dan ana takut dengan perkataan
baik. Kadang-kadang manusia itu ada hadnya bila dipuji. Janganlah
mengatakan sesuatu yang mungkin mendatangkan penyakit hati, lebih
baik diam jikalau begitu. Neraca dunia dan neraca akhirat itu lain.
Kita hendak baik di mata siapa? Kalau ana sekadar baik pada mata
antum, apa guna jika hati ana ini kotor?
Apa
guna, jika ana tegur antum tak nak terima?
Marah
itu tanda sayang. Mungkin memang salah ana dan antum boleh saja
cakap, “Cara Amirah tegur yang salah.”
Khair,
ana terima.
Cuma,
berapa kali sajalah ana menegur. Ini baru kali pertama ana tegur
secara begitu tentang itu.
Ana
juga berbuat kesilapan, kadang-kala terbuat sesuatu yang melaghakan
jiwa. Tegurlah jika ana salah. Dan mungkin reaksi ana akan berbeza
mengikut situasi. “Iman setebal sehelai tisu.” Ayat yang ana baca
sebentar tadi. Mungkin sesuai dengan ana, walaupun ana berdoa,
moga-moga bertambah imanku.
Wallahua'lam.
teguran itu perlu =)
ReplyDelete