Sunday, December 11, 2011

For the first time in my life,

Assalamualaikum w.b.t.


Ketika diri, terasa dengan masa, maka mendengar dan menyemak bacaan di http://qurantracker.com.

Kebiasannya, hanyalah seperti biasa. Tapi tadi, terdengar bacaan daripada salah satunya yang buat pertama kalinya, diri suka mendengar bacaan itu. Bukan bermaksud di sini, diri tidak suka akan bacaan al-Quran yang lain, tapi bacaan itu, daripada Mishary Rashid Alafasy menyentuh jiwaku. Buat pertama kalinya merasa begitu.


Adakah yang memahami perasaanku?








Dikatakan kepadaku,
Kadang-kadang ada orang yang hafalannya kuat, tapi tarannumnya biasa.
Kadang-kadang ada orang yang tarannumnnya masyaAllah sedap, tapi hafalannya biasa.


Untuk mengelakkan sombong.
Elakkan penyakit hati.


Masing-masing ada kelebihannya. Dan yang tarannumnya baik, bukan untuk riya', tetapi untuk mencantikkan bacaan. Menenangkan hati yang mendengar.




Dikatakan kepadaku,
Kita berkehendak, Allah Maha berkehendak.
Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.


Tanamkan sifat redha di dalam diri, insyaAllah, hati akan mudah menerima segala sesuatu.






Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

بسم الله الرحمن الرحيم