Berjalan menuju kematian, mampukah?
Assalamualaikum w.b.t.
Marilah kita memuji Allah, seketika menjadi sentiasa,
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar.
Marilah kita berselawat, sesaat menjadi selamanya,
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad s.a.w.
Dan marilah,
kita mengingati mati.
Di saat diri menyusuri lorong-lorong kematian ini, maka terciptalah "Ahlam".
Di mana, ramai yang mengenali "Ahlam" itu melalui Pohon Cinta.
Malah dikaitkannya dengan diri ini.
Bahkan tidak, bukanlah diri ini "Ahlam".
Kisah-kisah Ahlam itu banyak. Namanya yang bererti mimpi, adalah menjadi impian diri untuk amar ma'ruf nahi mungkar. Bukan apa, diri tidak pandai berkata-kata di hadapan jutaan manusia ataupun seorang cuma. Diri hanya tahu, menulis dan menulis.
Dan walaupun Ahlam itu cuma mimpi, demikian di bawah ini salah satu kisah yang ingin ku ceritakan. Kisah tentang kematian.
Marilah kita memuji Allah, seketika menjadi sentiasa,
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allahuakbar.
Marilah kita berselawat, sesaat menjadi selamanya,
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad s.a.w.
Dan marilah,
kita mengingati mati.
Di saat diri menyusuri lorong-lorong kematian ini, maka terciptalah "Ahlam".
Di mana, ramai yang mengenali "Ahlam" itu melalui Pohon Cinta.
Malah dikaitkannya dengan diri ini.
Bahkan tidak, bukanlah diri ini "Ahlam".
Kisah-kisah Ahlam itu banyak. Namanya yang bererti mimpi, adalah menjadi impian diri untuk amar ma'ruf nahi mungkar. Bukan apa, diri tidak pandai berkata-kata di hadapan jutaan manusia ataupun seorang cuma. Diri hanya tahu, menulis dan menulis.
Dan walaupun Ahlam itu cuma mimpi, demikian di bawah ini salah satu kisah yang ingin ku ceritakan. Kisah tentang kematian.
*****
Hasil karya,
Umairah Hawani.
Dengan izin Allah diri menulis,
Detik dan Nafas.
Ahlam membuka matanya, lalu menutupnya kembali. Dia mengira di dalam hati, "Satu, dua, tiga, empat, lima," dan dia berhenti. Perlahan, matanya terbuka. Perlahan, dia menyedari. Dia masih di situ. Di hadapannya Central Spine, dia sedang duduk di tangga. Tiada siapa yang berlegar di situ, itu membuatkan dia suka. Petang seperti itu memang kebiasannya ramai yang memilih untuk beriadhah di padang, atau sekadar berehat di mahallah. Di saat seperti itu, dia berjalan kaki, membawa al-Quran bersama dan mengelilingi CFS tercinta.
Tapi dia sedikit kecewa, kerana dia masih di situ.
Dia kembali ke mahallah, dan ditakdirkan berjumpa dengan rakannya, Fatin.
"Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh, ukhti," sapa Ahlam.
Salamnya dibalas penuh jua.
"Anti dari mana?" Fatin bertanya.
"Saja, berjalan-jalan," jawab Ahlam. Dia senyum.
"Tidak penatkah? Bukankah anti sering sibuk kebelakangan ini, hingga ana sendiri jarang berjumpa anti," ujar Fatin. Dia sering melihat, walaupun Ahlam aktif ke sana ke mari, tapi di sebalik mata itu, ada keletihan yang hanya Ahlam sendiri tidak sedari.
"InsyaAllah, masih ada kudrat," jawab Ahlam. Di fikirannya terlintas satu perkara.
"Melihat anti, ana sering teringat sesuatu," Fatin memulakan bicara. Mereka berdua mengambil tempat di atas sebuah kerusi berdekatan. Fatin mengerutkan dahinya, dia sendiri kurang memahami maksud apa yang terluah.
"Adakah anti mengingati mati apabila melihat ana?" tanya Ahlam. Raut wajahnya tenang.
"Ada apa dengan kematian, mengapa anti berbicara begitu?" Fatin menjawab dengan pertanyaan. Kadang-kadang, Ahlam membuatkannya bingung. Apa yang dikata, pasti ada yang tersirat. Dan yang tersirat itu akan dirungkaikan jua.
"Kerana ana hendak menjadi sahabat yang baik untuk anti. Seorang
sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah
sahabat yang paling baik bagi kami?”
jawabnya,
“Seorang
yang apabila kamu melihatnya, kamu akan teringat kepada Allah.
Apabila kamu mendengar pembicaraannya, pengetahuanmu mengenai Islam
akan bertambah. Dan apabila kamu melihat kelakuannya, kamu akan ingat
akhirat," jawab Ahlam.
Fatin terdiam seketika. Dirinya mula menghitung amalan sendiri, adakah dia seorang sahabat yang baik? Ahlam memahami, lalu memegang tangan sahabatnya.
"Anti seorang sahabat yang baik untuk ana. Cuma ana sedikit risau, dengan kesibukan kita dengan dunia, dengan kealpaan kita terhadap urusan yang manfaatnya mungkin cuma sedikit di sisi Allah, adakah kita sudah semakin lupa akan sesuatu yang pasti? Kematian itu, ya ukhti, sesuatu yang pasti," ujar Ahlam dengan lemah lembut. Tidaklah pernah suaranya dinaikkan walaupun sedikit.
"Siapakah yang berhak mengatakan orang muda tidak akan mati, siapa pula yang berhak mengatakan yang tua itu hanya menunggu detik kematian? Siapa yang menilai jaraknya kematian itu dengan kita, dekat atau jauh. Bukankah Allah sudah berfirman di dalam al-Quran, pada ayat ke 32, surah al-An'am,
Dan
tidaklah kehidupan di dunia ini kecuali hanya sebagai permainan
belaka, sedang kehidupan akhirat lebih baik bagi orang bertakwa.
Apakah kamu tidak mahu memikirkannya?
Ana telah terfikir, dengan kata-katamu tadi wahai sahabat, betapa manusia itu sering terlupa. Bukan hanya sekadar Melayu mudah lupa, tetapi insan itu sendiri. Kita lupa, setiap saat, umur kita semakin berkurang dan menuju ke penghabisan," tambah Ahlam.
Fatin tertunduk, dan air matanya mengalir. Ahlam tidak mengusap, malah membiarkan. Tangisan itu mungkin akan memadamkan api neraka, membawa dosa-dosa bersama.
Setelah tangisannya berhenti dengan sendiri, Fatin berbicara,
"Ana pernah terbaca sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Perbanyakkanlah
olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati.
(Hadis
riwayat al-Tirmizi)
Adakah itu satu keperluan, ukthi?"
Ahlam mengangguk.
"Mengingati mati itu satu keperluan. Kerana apa? Supaya kita ingat, diri kita di dunia ini hanyalah sebagai musafir. Cuba saja anti bayangkan, jika anti hendak bermusafir ke negara orang. Pasti anti akan mempersiapkan segala-galanya bukan? Supaya anti tidak akan bersusah payah apabila sampai di tempat tujuan. Begitulah perihalnya dengan dunia dan akhirat. Kita ini dalam perjalanan ke akhirat, maka perlulah kita mengumpul bekalan. Supaya tidak kita sengsara di sana," terang Ahlam.
Fatin mengiakan dia memahami. Perbicaraan mereka terhenti pabila laungan azan
berkumandang. Sekejap cuma, tapi menusuk di hati keduanya.
*****
Dan marilah sahabat, diri sedar akan kemungkinan peringatan ini hanya berkekalan sekejap cuma. Tapi marilah sejenak, kita mengingati mati.
Dan janganlah sekali-kali, kamu lupa akan orang yang pernah berada di sisimu dahulu, dan tiada sekarang. Kerana mereka sudah berada di alam yang lain.
Janganlah sekali-kali, kamu lupa, setiap detik berlalu, setiap nafas yang dihembus, perlu kamu abdikan untuk Tuhan Yang Esa, Allah s.w.t.
"Ya Allah, jika aku menyembahMu
kerana takut neraka, bakarlah aku di dalamnya.
Dan jika aku menyembahMu
kerana mengharap syurga, campakkanlah aku darinya.
Tetapi jika aku menyembahMu
demi Engkau semata,
janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajahMu yang abadi padaku."
Rabiatul Adawiyah.
Wallahu'alam.
tak pernah bosan baca penuisan mira.. teruskan menulis:)
ReplyDelete