Past, Present, Future.
Assalamualaikum w.b.t.
Pagi tadi di kelas, ber"bahas" tentang nama.
Husna: Kenapa guna Umairah? Kan tak ada makna.
UH: Ada sejarahnya. *senyum* Inani tahu kan?
Inani: Apa ya? Saya dah tak ingat.
UH: Inani tak ingat? *sedih*
Aini: Kenapa tak Amirah, kan maksudnya ratu.
UH: Bukan ratu tapi puteri. Huhu.
Aini: Ya la, tapi kan elok ada maksud.
UH: Tapi kita lagi suka orang panggil Hazwani.
Aini: *senyum* Siapa ya yang panggil awak "Wani"?
Terhenti dengan ketibaan Miss Rahimah binti Abdullah. Kelas pun bermula.
Kalau mengikut perancangan, hari ini hari terakhir kelas. Jadi diri pun memutuskan untuk meminjam kamera Kee dengan niat mengambil gambar kelas. Walaupun lebih menyayangi G190 daripada S1, S1 tetap signifikan dengan teletah mereka sendiri. InsyaAllah, semester depan untuk G194, sama senyapnya dengan G190 dan dah tak meriah macam S1.
Note: G stands for group and S stands for Section.
Miss Rahimah menempah satu kotak blueberry cheese tart dari diri dan mengagihkannya kepada kelas. Jika ada yang mampu jawab soalan dengan betul, dapat lagi cheese tart. Sungguh, terasa hendak gelak sepanjang masa hari ini. Meraikan saat-saat terakhir bersama.
Di akhir kelas, diri mengumumkan hendak mengambil gambar. Sisters dan brothers asing-asing mengambil gambar dengan Miss. Oleh kerana di kelas tak dibenarkan memakai niqab dan diri tidak pula menutup muka semasa mengambil gambar, tidaklah dapat gambar ditayangkan di sini.
Keadaan sedikit lawak berlaku apabila brothers hendak mengambil gambar dan diri menjadi jurugambar tak bertauliah. Oleh kerana diri dengan S1 tidak dikatakan rapat, maka hanya dua, tiga orang brothers sahaja yang diri kenal lalu semasa hendak menyatakan sesuatu, terpaksa berkata,
"Yang baju biru itu tepi sikit."
"Yang baju merah duduk belakang."
"Korang dah sedia belum?"
"Yang itu haa tak nampak."
Dan ter"kantoi"lah bahawa diri tak ambil kisah dengan nama rakan kelas sendiri. Harap maaf.
Lalu tamatlah kelas, esok masih ada lagi satu kelas sebelum peperiksaan akhir semester. Suka dan duka bersama S1 insyaAllah tidak akan dilupakan.
Merindui G190.
Memikirkan G194.
Seorang diri, berjalan menuju ke UKC untuk membeli makanan. Dan tiba-tiba terpandang sepasang mata yang agak dikenali. Baru sekejap pandang, hilang. Pelik. Lalu berjalanlah menuju ke arah dinding itu dan mengintai di sebaliknya. Oh, dia.
Dan tak semena-mena tersenyum.
Orang yang satu-satunya memanggil "Wani" ada di situ.
'Baru sahaja terfikir semasa di kelas,' bisik hati.
Berborak seketika bertanya mengapa ada di CFS kerana dia tidak mendaftar untuk short sem, dan kembali membeli makanan. Kembali semula untuk memberikan sesuatu namun dia tengah rancak berborak bersama rakan lalu membiarkan dan kembali ke bilik.
Memikirkan tentang kebetulan, namun sebenarnya semua sudah ditakdirkan Allah.
p.s: Sanah Helwa ya Nur Syahidah Abdullah Zawawi. Barakallah 'alaik :D
p.p.s: Jadual 3 semester:
*masih tak tahu kelas di mana.
Wallahua'alam.

SEMESTER 1 2011/2012
SEMESTER 2 2011/2012
SEMESTER 3 2011/2012
*masih tak tahu kelas di mana.
Wallahua'alam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم