Nilai hijab itu,
Assalamualaikum w.b.t.
Pernahkah anda mendengar, atau anda sendiri mengatakan:
"Tak pakai tudung (hijab) pun tak apa. Tak semestinya semua orang yang pakai tudung itu baik."

"Pakai tudung memang tak semestinya baik, tapi yang tak pakai tudung sah-sah masuk neraka." (Macam tak betul sikit, tapi lebih kurang, insyaAllah)
Jadi, sebenarnya, situasi agak janggal sebab semua berbalah.
Yang cakap begitu, tetap begitu. Yang cakap begini, tetap begini.
"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam al-Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah." (Al-Kahfi: 54)
Pernah berjumpa yang berniqab.
Pernah berjumpa yang bertudung labuh.
Pernah berjumpa yang bertudung biasa.
Pernah berjumpa yang tidak bertudung.
Pernah berjumpa yang menutup aurat sepenuhnya, setiap masa.
Pernah berjumpa yang menutup aurat, tidak setiap masa.
Pernah berjumpa yang menutup aurat, tidak sepenuhnya.
Sebenarnya, perkara seperti ini mudah saja.
Tanyalah, adakah awak seorang Muslim?
Tanyalah, adakah awak seorang Mukmin?
Tanyalah, adakah awak mempunyai Tuhan?
Tanyalah, siapa Tuhanmu?
Tanyalah, apa kitabmu?
Tanyalah, apa yang diucapkan Tuhanmu di dalam kitabmu?
Tanyalah, mengapa?
Katakanlah, insyaAllah awak seorang Muslim.
Katakanlah, insyaAllah awak seorang Mukmin.
Katakanlah, awak mempunyai Tuhan yang satu.
Katakanlah, Allah Tuhanmu, lailahaillallah.
Katakanlah, al-Quran kitabmu.
Katakanlah, Allah telah berfirman di dalam surah al-Ahzab ayat 59,
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Katakanlah, saya masih tidak tahu mengapa awak tidak menutup aurat.
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat daripada Tuhannya, lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami meletakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan sungguh pun kamu (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan medapat petunjuk selama-lamanya." (Al-Kahfi: 57)
Tapi, jangan lupa,
"Dan Tuhanmulah Yang Maha Pengampun lagi mempunyai rahmat." (Al-Kahfi: 58)
Pernah terbaca Ustaz Azhar Idrus menjawab soalan dengan ini (lebih kurang):
Allah tak hairan manusia melakukan dosa, tapi mengapa manusia tidak mahu bertaubat?
Ucapkanlah, astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.
Tak semestinya taubat itu dengan melakukan solat sunat taubat.
Dan tak semestinya taubat itu sekali-sekala.
Tak ada halangan, bertaubatlah setiap masa. Astaghfirullah.

*****
Muslimah sejati tidak dilihat dari tangannya yang selalu membawa Al – Qur’an, tetapi dilihat dari hafalan dan pemahamannya akan kandungan Al – Qur’an tersebut.
Muslimah sejati tidak dilihat dari tundukan matanya ketika interaksi, tetapi bagaimana dia mampu membentengi hati.
Muslimah sejati tidak dilihat dari komitmennya dalam menjalankan kegiatan, tetapi dilihat dari keikhlasannya dalam bekerja.
Muslimah sejati tidak dilihat dari solatnya yang lama, tetapi dilihat dari kedekatannya pada Rabb di luar aktiviti solatnya.
Muslimah sejati tidak dilihat kasih sayangnya pada orang tua dan teman – teman, tetapi dilihat dari besarnya kekuatan cinta pada Ar-Rahman Ar-Rahiim.
Muslimah sejati tidak dilihat dari rutin dhuha dan tahajjudnya, tetapi sebanyak apa titisan air mata penyesalan yang jatuh ketika sujud.
Seorang muslimah sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di sebaliknya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana dia menutupi bentuk tubuhnya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan tetapi dari keikhlasan dia memberikan kebaikan itu.
Akhwat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kefasihan berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya dia berbicara.
Muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalan tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauhmana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa syukur.
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم