Tak kenal, maka tak cinta.
Assalamualaikum w.b.t
Bagaimanakah dengan imanmu hari ini?
Dikatakan kepadaku, "Mengapa belajar hukum agama jika tidak mengenal akidah?"
Dan itu ternyata, membuat diri terfikir.
Selalu sahaja, apabila seorang itu tidak solat, akan diri kata, "solatlah."
Selalu sahaja, apabila Ramadhan menjelang, akan diri kata, "puasalah."
Mengajak saudara se-Islam yang lain menjalankan hukum.
Yang wajib itu wajib. Bukankah taqwa itu salah satunya, mentaati perintah Allah?
Tapi bagaimana, jika kita sendiri tidak mengenal Allah siapa?
Bagaimana, jika kita tidak tahu pentingnya Islam itu?
Permasalahan akidah ini, bukan milik diri ini untuk menerangkan apatah lagi membahaskan.
Cuma sekadar pendapat, berusahalah memahami agamamu sendiri.
Kadang-kadang, orang tak solat itu bukan tidak tahu hukum, bukan tidak tahu cara.
Tapi tidak tahu kenapa perlu solat.
Janganlah hanya dikatakan: "Kerana solat itu wajib."
Siapa sahaja tidak tahu solat itu wajib?
Kadang-kadang, orang tidak puasa itu bukan tidak tahu hukum, bukan lapar sungguh.
Tapi tidak tahu kepentingan puasa, signifikannya kepada diri sendiri.
Janganlah hanya dipaksa: "Kalau tidak puasa, tidak dapat duit raya."
Kerana duit itu akan habis, seperti mana senangnya dia menghulur tangan menerima, senangnya juga dia memberi.
Semua manusia mendambakan syurga, bukan setakat kita sesama Islam sahaja.
Tapi ramai juga sedar diri akan masuk ke neraka, kerana alpa dengan dunia.
Dikatakan kepadaku, "Dunia ini umpama puteri kepada akhirat. Jika kamu mengahwini dunia, maka tidak mungkin kamu dapat memiliki akhirat."
Kita tidak cinta Islam, kerana kita tidak kenal.
Dan kita tidak kenal, kerana kita tidak cuba.
Sungguh, diri memahami ego itu. Bukankah kita sesama manusia? Bahkan siapa yang mengatakan kita berbeza? Sedikit sebanyak sama juga.
Diri cuba mencari rujukan untuk akidah, insyaAllah, pilihannya banyak. Jika Allah menggerakkan hatimu untuk membaca walau satu ayat, maka bacalah.
http://drmaza.com/home/?cat=21
http://mazhab.sementoji.net/v1/
http://helwaipj.tripod.com/akidah.htm
http://www.e-fatwa.gov.my/kategori-fatwa/akidah
http://id.wikipedia.org/wiki/Aqidah
http://www.sabah.edu.my/cwm010/akidahahlisunnah.htm
http://muslim.or.id/aqidah/tauhid-akidah-dalam-kehidupan-insan.html
Peringatan umum: InsyaAllah, mari bersama menghadirkan diri.
Wallahua'lam.
Bagaimanakah dengan imanmu hari ini?
Allah
berfirman:
وَلَقَدْ
بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولا
أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا
الطَّاغُوتَ
“Dan
sungguh telah Kami utus kepada setiap umat seorang Rasul yang
menyerukan ‘Sembahlah Allah dan jauhilah thaghut (sesembahan selain
Allah)’”(QS.
An Nahl: 36)
Dikatakan kepadaku, "Mengapa belajar hukum agama jika tidak mengenal akidah?"
Dan itu ternyata, membuat diri terfikir.
Selalu sahaja, apabila seorang itu tidak solat, akan diri kata, "solatlah."
Selalu sahaja, apabila Ramadhan menjelang, akan diri kata, "puasalah."
Mengajak saudara se-Islam yang lain menjalankan hukum.
Yang wajib itu wajib. Bukankah taqwa itu salah satunya, mentaati perintah Allah?
Tapi bagaimana, jika kita sendiri tidak mengenal Allah siapa?
Bagaimana, jika kita tidak tahu pentingnya Islam itu?
Permasalahan akidah ini, bukan milik diri ini untuk menerangkan apatah lagi membahaskan.
Cuma sekadar pendapat, berusahalah memahami agamamu sendiri.
Kadang-kadang, orang tak solat itu bukan tidak tahu hukum, bukan tidak tahu cara.
Tapi tidak tahu kenapa perlu solat.
Janganlah hanya dikatakan: "Kerana solat itu wajib."
Siapa sahaja tidak tahu solat itu wajib?
Kadang-kadang, orang tidak puasa itu bukan tidak tahu hukum, bukan lapar sungguh.
Tapi tidak tahu kepentingan puasa, signifikannya kepada diri sendiri.
Janganlah hanya dipaksa: "Kalau tidak puasa, tidak dapat duit raya."
Kerana duit itu akan habis, seperti mana senangnya dia menghulur tangan menerima, senangnya juga dia memberi.
Semua manusia mendambakan syurga, bukan setakat kita sesama Islam sahaja.
Tapi ramai juga sedar diri akan masuk ke neraka, kerana alpa dengan dunia.
Dikatakan kepadaku, "Dunia ini umpama puteri kepada akhirat. Jika kamu mengahwini dunia, maka tidak mungkin kamu dapat memiliki akhirat."
Kita tidak cinta Islam, kerana kita tidak kenal.
Dan kita tidak kenal, kerana kita tidak cuba.
Sungguh, diri memahami ego itu. Bukankah kita sesama manusia? Bahkan siapa yang mengatakan kita berbeza? Sedikit sebanyak sama juga.
Diri cuba mencari rujukan untuk akidah, insyaAllah, pilihannya banyak. Jika Allah menggerakkan hatimu untuk membaca walau satu ayat, maka bacalah.
http://drmaza.com/home/?cat=21
http://mazhab.sementoji.net/v1/
http://helwaipj.tripod.com/akidah.htm
http://www.e-fatwa.gov.my/kategori-fatwa/akidah
http://id.wikipedia.org/wiki/Aqidah
http://www.sabah.edu.my/cwm010/akidahahlisunnah.htm
http://muslim.or.id/aqidah/tauhid-akidah-dalam-kehidupan-insan.html
Peringatan umum: InsyaAllah, mari bersama menghadirkan diri.
Wallahua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم