Kembali kepada fitrah.
Assalamualaikum w.b.t.
Dan sungguh, sudah beberapa hari diri tidak menulis di sini.
Kali terakhir pada 3hb Disember, sungguh, sangat tidak sihat.
Alhamdulillah, walaupun bersendirian di bilik, ada rakan menemani diri pada waktu malam seketika.
Malamnya, mendapat makluman tentang majlis talaqqi untuk keesokan hari.
4hb Disember.
Pertama kalinya menjejakkan kaki di Madrasah anNur.
Kitab yang disyarahkan:
Tafsir Ibnu Kathir, ustaz Azian.
Al-Mawaqi', Habib Naqjmuddin.
At-Tanbih, Habib Ali Zaenal Abidin.
Kitam Imam Al-Haddad, ustaz Azhar Hashim.
Ikhwan dan ikhwat dipisahkan oleh langsir, menjadi pelindung.
Di akhir majlis, surah Yasin dibacakan dengan martabat al-Hadaru.
Buat pertama kalinya, melihat seorang Arab menegur rakan. Sudah lupa bagaimana ayatnya tetapi maksudnya, "Adakah anda faham bahasa Arab?"
Diri hanya diam di situ.
Manakan tidak, dengan hanya mendengar saja sudah tahu itu lughah ammi.
Segan pula jika menjawab lughah fushah.
Dan dia pula berkata hendak berjemaah bersama, kerana kami tidak sempat jemaah yang pertama. Lalu tiga yang berada di situ bersetuju.
Tidak pula di sangka, apabila hendak solat, dia meminta salah seorang daripada kami untuk menjadi imam, dan tanggungjawab itu diberikan kepadaku. Dia mengatakan yang bermaksud, "Siapa yang paling besar, dia menjadi imam."
Diri terdiam, hanya mengalah.
Benar, tidak pernah merasa sungguh berat tanggungjawab imam itu hingga pada saat itu.
Naifnya diri, Subhanallah.
Usai solat, masih lagi dia berbicara dengan petahnya.
Diri hanya mendengar, menjawab segala soalan dalam hati. Rakan di sebelah yang bersekolah ma'had, fasih menjawab soalan dengan kata-kata.
Subhanallah.
Dan masa ku selebihnya terluang seperti biasa. InsyaAllah masih bermanfaat.
5hb Disember.
Untuk kali kedua, bersama rakan yang sama, diri berusaha untuk ke UIAM, Gombak untuk menghadiri majlis selawat.
Dan Allah itu Maha Mengetahui, majlisnya tergendala dan tidak sempat kami berlama-lama. Segera pulang ke PJ dan sempat sampai lebih kurang 10.30 malam.
Sepanjang perjalanan, diri belajar untuk bersabar, bertoleransi dengan sahabat.
Kerana selalunya berbuat apa sahaja pasti seorang diri.
Tapi kali ini berteman, maka perlulah sedikit kesabaran itu diuji.
Pernah terfikir dahulu, jika melihat seseorang melakukan sesuatu yang tidak sedap dipandang, pasti hati akan terus membenci.
Tapi, jika yang melakukan itu orang yang dikenali, pasti tahu sebabnya mengapa, pasti hati pasti memaafkan.
Jika orang itu tidak kenali, sudah bersangka buruk pula. Setelah berfikir lama, maka setiap apa yang mata ini lihat, setiap apa yang telinga ini dengar, akan hati bisikkan,
"Pasti ada sebab di sebaliknya."
Begitulah fikiranku menetapkan, apabila mula menuntut ilmu di sini.
6hb Disember.
Pagi dikejutkan depan pesanan ringkas dari sir Ashraf.
Lalu menunaikan janji, berada di hadapan bilik sir beberapa minit sebelum pukul 12.
Pada awalnya tidak sedar, tetapi setelah mula berbicara, baru ku sedar.
Sudah lama rupanya tidak berjumpa sir.
Malah, sudah lama tidak berjumpa guru-guruku di sekolah dulu.
Bagaimanakah keadaan mereka yang diri cintai?
Ketika itu sedar, serapat mana pun manusia di dunia, buat selama mana pun, jika ditakdirkan unutk berpisah, ukhwah itu mungkin renggang, sedikit sebanyak.
Benar, jika sudah lama kenal hati budi, mungkin tidak.
Tapi jika hanya untuk beberapa bulan, belum cukup lagi.
Mungkinlah, kerana pemikiranku sebegitu, kepercayaan ku kepada manusia sikit sekali.
Jika seseorang itu mengatakan begitu dan begitu, diri hanya mendengar, tapi kepercayaan itu tiada. Apatah lagi jika membabitkan masa hadapan.
Jika seseorang itu suka sekarang, mungkin tidak suka hari berikutnya.
Begitulah jua perihalnya dengan cinta, dengan sayang.
Hanya Allah yang kekal selamanya.
7hb Disember.
Pada petangnya, diri memutuskan untuk menghadirkan diri ke usrah selepas tahsin.
Sepanjang perjalanan ke mahallah Zainab, mata terlihat pohon, lalu hati berbisik:
"Adakah pohon-pohon itu mendoakan diri yang hendak ke majlis ilmu?"
Dan Allah itu Maha Mengetahui.
Bermula beberapa minit selepas pukul 6 dan berakhir selepas Isya'.
Hanya berbicara bila ditanya, itulah yang diterapkan sepanjang usrah untuk diri ini.
Tapi tidak tersangka, apabila ada yang berkata,
"Nama awak Amirah kan?"
Dibalas dengan anggukan dan senyuman.
"Maksudnya ketua."
Masih lagi diri diam, mengiakan di dalam hati.
"Ketua ini, selalunya lebih banyak amal dari kata-kata."
Maka dengan itu, diri diam juga sehingga tamatnya usrah.
Adakah benar pernyataan itu?
Dulu mungkin dengan sekeras-kerasnya diri menidakkan, kerana perasaan sukaku akan kata-kata. Jika sesuatu itu salah, pasti akan ku bahas, pasti akan di bawa ke meja perdebatan. Salah itu tetap salah.
Namun sejak ke sini, sudah mula mengenal erti mengalah, mendiamkan diri dan berfikir.
Malah kadang-kadang lama diri berfikir.
Tapi tidak bermakna yang zahir itu tidak akan ditegakkan jika batil menampakkan diri.
Salah itu tetap salah.
Usai usrah, berpindah ke majlis ta'lim di LHA.
Alhamdulillah, ta'lim kali ini banyak ilmu yang diperolehi dari bro Nasri Ishak.
InsyaAllah akan dikongsikan jika masa mengizinkan.
8hb Disember.
Diri ditugaskan, untuk memastikan kesemua rakan sekelas mendapat contoh kertas soalan. Ternyata, apabila dikira dan dihitung, jumlah yang perlu dibayar rm2.35 setiap seorang.
Persoalan timbul sama ada hendak menggenapkan jumlahnya atau mengurangkan jumlahnya.
Maka diserahkan pada Allah,
apabila tangan menghulur kepada rakan, ditakdirkan jumlah yang disebut jumlah tepat.
"RM2.35."
Alhamdulillah, tiada yang membahaskan tentang 5 sen itu.
Malah semuanya membayar tepat, menerima pulangan tepat kecuali seorang yang tidak mahukan bakinya.
Hati pun berasa lega.
Ketika berada di perpustakaan, mata ditakdirkan melihat dua buah buku yang ingin sekali ku baca. Tapi had pinjaman sudah sampai, dan masih belum habis ku baca.
Azamku, minggu ini akan ku habiskan sebanyak mungkin buku-buku itu.
InsyaAllah, doakan diri ini wahai sahabat.
Hari ini juga mendapat kembali superkira ini daripada rakan. Ada hikmah sudah lama tidak memegang superkira, mungkin, tidak mahu ku luangkan masa terlampau lama dihadapannya.
InsyaAllah minggu ini pulang ke Shah Alam, kerana sudah ditanya, "tidak mahu balikkah?" Rupanya sudah lama juga tidak kembali.
Dengan itu Amirah Hazwani kembali kepada fitrahnya,
manusia itu diciptakan untuk berfikir dengan akal. Itulah fitrah.
Melayu itu sinonim dengan lemah lembut. Itu fitrah.
Cinta itu memerlukan kepastian. Itu fitrah.
Dan daripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali. Kematian itu fitrah.
Wallahua'lam.

Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم