ayat-ayat DIA.
Assalamualaikum w.b.t.
Kisah Ahlam,
Detik dan Nafas.
Menyintai Yang Dicintai.
Pabila Iman Diuji.
Hijab.
Pilihan.
Mereka.
Jatuh.
Niat di hati, memberi peringatan bagi yang lupa.
Antum tidak akan pernah sama, dengan kami yang biasa.
Detik dan Nafas.
Menyintai Yang Dicintai.
Pabila Iman Diuji.
Hijab.
Pilihan.
Mereka.
Jatuh.
Niat di hati, memberi peringatan bagi yang lupa.
Antum tidak akan pernah sama, dengan kami yang biasa.
*****
Dengan
nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Selawat
dan salam ke atas junjunganku, Rasulku, Nabi Muhammad s.a.w
Hasil
karya Umairah Hawani,
Ayat-Ayat
Dia.
“Jangan lupa
al-Quran.”
Ahlam menganggukkan
kepala. Tafsir al-Quran bertukar tangan. Langkahnya kembali menuju ke
kerusi asal. Dia melabuhkan punggung dan mengulang kembali ayat-ayat
kekasihnya. Ayat-ayat Dia, Allah Yang Maha Kuasa.
*****
“Jangan bezakan kami
dengan orang lain,” tegas suara muslimin tidak jauh daripadanya
itu. Rakan-rakan Ahlam memandangnya, sedikit risau. Ahlam menghela
nafas panjang. “Ana bukan sengaja bezakan, tapi ana tidak mampu
untuk melihat antum seperti orang lain,” balasnya. “Tengok,
persepsi orang. Kami manusia biasa juga,” suara yang tegas itu
membalas kembali. Ahlam terdiam seketika.
“Bukan menjadi
kesalahan bagi mana-mana pihak, tapi jika ia pada pihak ana, maka ana
dahulukan ucapan maaf,” Ahlam berbicara memecahkan keheningan yang
sementara. “Memang, antum seperti pelajar lain juga. Kita belajar
bersama, di tempat yang sama. Tapi, satu perbezaan antum dan kami
yang lain, antum tidak boleh digelar 'biasa'. Antum hafiz al-Quran.
Antum Hamlatul Quran,” bergetar sedikit suara Ahlam ketika
menuturkannya. Tidak pernah dia cuba berbicara sebegitu dihadapan
seorang hafiz yang dihormati.
Hafiz itu melepaskan
keluhan berat. “Yang membezakan manusia bukanlah semata hafalan,
tetapi takwa,” balasnya. “Kalau hanya semata kami menghafaz
al-Quran membuatkan anti merasa tidak boleh bekerja sama dengan kami,
apa nilainya kami?”
“Nilainya anta
pilihan Allah, untuk menghafal ayat-ayatnya. Sedangkan di pihak kami
ada yang bertungkus-lumus menghafaz masih tidak diizinkan Allah,”
Ahlam memutuskan bicara hafiz itu. “Adakah niat kami salah? Dan
apakah salah kami merasa merendah diri di hadapan antum kerana nilai
hafalan di dada antum? Sesungguhnya kerana kami hormat al-Quran, kami
menyayangi al-Quran begitulah penilaian antum di mata kami,”
sambungnya.
Suasana semakin tegang.
Tidak ada seorang mampu mengeluarkan kata.
*****
“Seseorang itu masih
baik jika dia masih membaca al-Quran.”
Suara ustaz itu menarik
perhatian Ahlam. Dia menghentikan bacaan lalu memandang ustaz
dihadapan kelas itu. “Apabila seseorang itu menghafal al-Quran,
maka apabila ada yang bertanya, dia boleh mengeluarkan dalil yang
dihafal,” sambung ustaz itu lagi. “Jika ada, antara seorang hafiz
dan yang bukan hafiz khitbah kamu, pilihlah yang hafiz.”
*****
“Ana biasa sahaja,
boleh sahaja gelak ketawa. Satu lagi, tak ada beza pun pelajar DQ
ataupun bukan. Asalkan jaga batasan, tidak jadi masalah. InsyaAllah
kami tak jumud, asalkan tak hanyut. Tak kisah siapa kita dahulu, yang
penting siapa kita sekarang,” suara hafiz itu memecahkan kesunyian.
Kata-kata itu
mencengkam hati Ahlam bagaikan ada manusia yang sanggup meragut
jantung tepat dari dadanya. Siapakah dia dahulu? Dia hanya manusia
biasa, hamba yang Maha Esa. Dia menunggu ilham, dia menunggu
butir-butir perkataan untuk diluahkan namun penantiannya berakhir
dengan kekecewaan.
Hafiz itu bangkit dari
duduknya. Ahlam memejamkan mata, tidak mahu melihat. Walapupun memang
dia sudah sedia menundukkan pandangan, dia tidak mahu perasaan untuk
melihat itu wujud, lalu biarkanlah kegelapan yang menjadi saksi.
“Maaf atas segalanya.
Moga Allah membalas jasa baik anti,” hafiz itu berbicara. Dia
memandang rakan-rakannya yang lain. “Moga Allah meredhai kita,”
sambungnya lagi. Usai memberi salam dia menuju ke arah pintu. Tombol
pintu dipulas perlahan.
Seketika kemudian,
mesyuarat yang bermula dengan kehadiran seramai 7 pelajar, hanya
meninggalkan 6 jasad yang terpaku di kedudukan masing-masing.
“Apakah ini yang anti
pendamkan selama ini?” tanya Zakaria.
Ahlam membuka matanya.
“Ana tidak pendamkan. Ana cuma mengharapkan seorang Hamlatul Quran
itu faham, sesungguhnya dia itu pilihan Allah,” balas Ahlam.
“Anti takut kami lupa
tanggungjawab kami?” tanya Danial sedikit tegas. Empat pasang mata
memandang ke arahnya, kecuali Ahlam.
"لا يسمي الإنسان بالإنسان إلا لنسيانه” balas Ahlam.
“Manusia tidaklah disebut dengan insan kecuali bahwa dia adalah makhluk yang sangat pelupa. Mengapakah anta merasa ayat al-Quran ada yang berulang-ulang?” Ahlam berhenti lalu menarik nafas panjang.
"لا يسمي الإنسان بالإنسان إلا لنسيانه” balas Ahlam.
“Manusia tidaklah disebut dengan insan kecuali bahwa dia adalah makhluk yang sangat pelupa. Mengapakah anta merasa ayat al-Quran ada yang berulang-ulang?” Ahlam berhenti lalu menarik nafas panjang.
“Ana letak jawatan,”
Ahlam menghabiskan bicara. Salam diberikan dan langkahnya menuju ke
luar. Hancur hatinya melepaskan amanah, namun dia tidak berdaya lagi
berada di situ.
******
Allahua'lam.
Comments
Post a Comment
بسم الله الرحمن الرحيم