Menjaga hati dalam menulis,

Assalamualaikum w.b.t.


Ramadhan Kareem ya ikhwani wa akhwati.


Dan sesungguhnya hati ini mencintai setiap dari padamu kerana Allah.


Khair, sudah lama tidak menulis. Malah sudah beberapa kali berfikir hendak berhenti sahaja menulis. Hinggalah satu hari diperingatkan untuk tetap menulis dari Sir Alizaman.


Dan beberapa hari lepas diingatkan kembali oleh Tariq Ramadhan yang berkunjung ke Malaysia.


AllahuAllah, betapa kadang-kadang hati di sini meringankan apa yang hendak ditulis.
Kerana perkara lagha itu seharusnya dijauhi, maka menulis dan membaca satu penulisan hendaklah jauh, jauh dari kelalaian. Seharusnya sesuatu itu apabila ditulis dan membaca mengingatkan diri pada yang memberikan ilham.


Mengingatkan diri pada Pencipta.


Ramadhan yang mulia sudah berkunjung.


Kadang-kadang hati bersedih, menunggu maut yang bakal datang menjemput.
Kadang-kadang hati gembira, berteman rakan seperjuangan.
Kadang-kadang hati merindu, Ramadhan yang bakal pergi.


Ramadhan hadir, tetap jua ia akan pergi.
Hafazan hadir, tanpa diulang akan terlupa.


Ada yang menyifatkan betapa sakitnya hati,
ada yang remuk hati. Ada yang tidak mampu berbuat apa-apa.


Kelas tasmi' pertama 8 Februari 2012.
"Tanyalah siapa sahaja, tips menghafaz, adalah mengulang."


Ulang.


Hafaz sampai masyi, ulang sampai mati.
Biiznillah.


Betapa,
pilunya bila talaqqi berehat seketika. 'Amalan lebih afdhal.
Satu fardhu bersamaan 70 fardhu. Satu sunat bersamaan satu fardhu.


Dan manusia itu tidak akan pernah merasa cukup.


"Apabila Allah memperhitungkan dosa-dosa hamba,
maka akan hamba memperhitungkan kebesaran maghfirahnya.


Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba,
maka akan hamba memperhitungkan keluasan pengampunanNya.


Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba,

maka akan hamba memperhitungkan pula betapa mulia kedermawaanNya."


Ditinggalkan seseorang itu, dengan kata-kata yang tidak sempurna.
Supaya setiap daripada insan itu berfikir.


"Clapping -- not just it is not Islamic, it makes you forget" -- Tariq Ramadan.
He doesn't intended to make jokes, but people laugh.


People, have to change.
But it must start with me, myself. InsyaAllah.





Allahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Kewangan Houseman - Langkah Pertama.

Majmu' Syarif.

Tips Kewangan Houseman - Langkah Kedua.