Pertama VI.
Assalamualaikum w.b.t. Video PERTAMA VI yang pertama sekali ana tengok: Video PERTAMA VI yang paling ana suka: Video PERTAMA VI yang paling ana terkesan: Yang pertama, ana tak nak ulas. Yang kedua, ana cemburu dengan kefasihan bahasa Arab anak kecil itu. Yang ketiga, muhasabah diri bagi ana. Niat di hati nak menulis travel log. Sudah beberapa travel log ana tidak menulis. Bukan tidak ada masa, bukan tidak mahu. Tapi, mungkin terlampau banyak dan kebanyakan ana berjalan seorang diri. Rasanya tak ada yang nak baca cerita ana berjalan seorang diri kan? C: Untuk yang ketiga itu ana terkesan kerana senario itu berlaku pada ana dan sahabat ana. Mungkin ramai yang tahu ana berdua saja di dalam KC939. Ana, dan Izzati. Ramai juga yang tahu, ana suka memuji diri sendiri comel :D Tapi, Izzati lagi lah comel. Cuma ana tak pernah cakap saja, sebab kami jarang jumpa. Ana sibuk dengan mesyuarat, sibuk dengan laptop, sibuk dengan travel log. An...